Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

R2T -Thailand, day 5 , 27 Januari 2012

‎7.31 am : sarapan pagi, di Dinar Lodge, Phuket.

Alhamdulillah, semalam kami telah bertemu dgn ikhwah akhawat thailand dan melihat aktiviti2 yang telah dijalankan, seperti daurah, mukhayyam, katibah dll. Alhamdulillah terasa kebersamaan :)

Jika di malaysia rangkaian sekolah musleh telah beroperasi selama belasan tahun, tetapi dithailand, rangkaian sekolah as-salam telah beroperasi selama 37 tahun.

Sekarang tengah tunggu bas, perjalanan hari ini dijangka lebih panjang dan menarik. Doakan semuanya dipermudahkan. Insyaallah :)


Perjlnn dr Phuket ke Hat Yai mengambil masa 5 jam :)
kami SUKA ddk dlm bas!!! :D

R2T -Thailand, day 4 , 26 Januari 2012

Phuket...



R2T -Thailand, day 3 , 25 Januari 2012

Skrg pukul 9.30 waktu Thailand, kami berada di Tarbiah Islamic School, Phang-nga, Krabi
Sekolah Islam Swasta, yg dapat biaya dari Kuwait. Sekolah ini didirikan dgn bantuan  Kerajaan Kuwait dgn Pelajarnya 300 orang. Bertemu pelajar sekolah yang osem. alhamdulillah dimudahkan semuanya



wajah2 melayu yg berbahasa Thai. sekiranya kekuatan org Islam di Nusantara dipadu, kekuatan baru akan muncul. Semoga peserta MHi 2011/12 menjadi penghubungAmeen Ya Rabbal Alameen


sepanjang pagi hingga tengahari kami telah berjaya berkayak sejauh 15 km. walaupun pelbagai rintangan telah dihadapi seperti kayak tergolek, hanyut dan hampir lemas, tetapi kesemuanya selamat sampai dan pengalaman ini tidak akan kami dapati di tempat lain :) makanan? memang best! OSEM!
Sesi malam ini perkongsian serta persembahan.



R2T -Thailand, day 2 , 24 Jan 2012

Laporan tertangguh.... Prince of Sonkgla University, kilang soya,Satun...


                                               Masjid Kersik, Pattani. Masjid terawal di Thailand.

Pengiring-pengiring yang sangat berjasa, sentiasa ceria & sporting... JZZK Pcik Amran & Ummi Salmi!

Gambar2  R2T Day 2  di sini

R2T -Thailand, here we come!! Day 1, 23 Jan 2012

23 Januari 2012 , 11: 03 am


Alhamdulillah, setelah selesai makan nasi ayam Thailand (sambal dia umph....), kami pun bersedia utk meneruskan perjalanan. Kali ni akan melawat kilang soya milik ikhwah kita di sini. Cuaca agak panas tapi anak2 riang ria sentiasa.



Kami pun sudah berjumpa dengan ustaz Mat di imigresen checkpoint. Kami pun dah beri bingkisan yang dikirimkan drp Dr. Salwani kepada ust. Mat.
Sekarang ust. Mat sedang beri taklimat. Sekarang bersempadanan dengan Songkla dan Dannok. Yala adalah 130km dari sini dan akan ke sana melawat University Yala.



Sent from my IKRAM HS Pad.

Salah satu banner di SRI Darul ulum yala

Gambar2  R2T Day 1boleh dilihat di sini

R2T Alhamdulillah, Selamat tiba di Changlun

23 Januari 2012, 7:05 am


Salam.
Kami sudah sampai ke persempadan Changlon. Sekarang di CTC, tempat persinggahan utk kami menukar wang ringgit Malaysia ke baht Thailand. Solat suboh tadi berjemaah di Masjid Imaniah, masjid tepi jalan. Kami tiba agak awal, jadi sempatlah ikhwah dan akhawat berqiyammulllail di masjid tersebut.
Selesai sudah bermathurat, kami tiba di CTC, menukar wang dan ada yang minum2. Para peserta dah mula cergas dan mula riuh di dalam bas.

Sekarang kami hanya menunggu ketibaan satu lagi kereta yang diketuai ukhti Asma Zaid bersama 4 peserta MHI. Asma telah datang sehari awal untuk membuat passport di Kedah sebab imigresen Kedah buka pada hari Ahad. Dengar cerita akhi Hasbullah Ashaari akan membawa mereka ke CTC ini.
Doakan kami selamat kembali dan pulang.
Wasallam.

Sent from my IKRAM HS Pad.

R2T (Road2Thailand) bermula.....

22 Januari 2012, 9:15 pm
Assalamualaikum wbt.
Pada pukul 7.05 mlm tadi setelah diberi taklimat ringkas oleh Prof. Dr. Salwani Daud mewakili PERINTIS kami telah dilepas(flag off) oleh YB Haniza Talha menaiki bas; memulakan jaulah kami. Sebahagian ibubapa dan adik beradik telah berada di PKJ untuk " say goodbye".
Pemandu bas kami bernama Firdaus pun mula menggerakkan bas dan seterusnya membawa deras menuju ke jalanraya. Suasana dalam bas agak sunyi, hatta teringat ana yg kita masih belum membaca doa perjalanan. Lalu dibisik pada akhi Amran dan dia pun mengangguk. Belum sempat bangun, datang seorang akh dan berkata, "pak cik, kita belum baca doa naik kenderaan, biar saya bacakan", lalu dibacakan doa dengan penuh syahdu.
Sampai di tol Batu, Firdaus mula membuka radio. Mula ingatkan dia buka radio IKIM sebab suara Akhil Hayy berkumandang, rupanya radio Ibukota. Kami pun request buka radio IKIM. alhamdulillah dia akur.
Tepat 7.45 mlm kami sampai di tol R&R Sg. Buloh. Di…

Catatan Minda Madrasatul Hayah IKRAM 2011/2012

Assalamualaikum WBT Segala Pujian Bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam yang mengurniakan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNYA. Nikmat yang teragung dikurniakanNYA nikmat IMAN dan ISLAM membawa setiap diri manusia kepada kebenaran kehidupan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas segala cinta, pengorbanan dan kasih Baginda SAW dapatlah setiap insan terpilih merasai nikmat teragung ini. Alhamdulillah, kesyukuran diri persembahkan kepada Allah SWT atas dikurniakan ruang selama tiga minggu dalam usaha menyantuni adik-adik Madrasatul Hayah IKRAM (MHi) 2011/2012 serta menyelami diri sebagai insan yang sentiasa dalam proses memperbaiki diri ke arah kebaikan.
Sesungguhnya pengalaman bersama saat suka duka di Kem Rimba Tamu selama tiga minggu menyaksikan begitu banyak tarbiah langsung daripada llahi kepada diri. Menyedari sebagai hamba biasa begitu banyak kelompangan amal dan kekurangan pada pandangan Yang Maha Esa. Pada saat kebersamaan hati sama ada antara fasilitator t…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 20 - 14januari

Pagi ini tiada aktiviti khusus untuk kami seperti kawad atau riadhah. Sekitar jam 9pagi kami berkumpul di dalam dewan bagi memulakan rutin harian kami iaitu sesi public speaking. Seusai sesi public speaking, tiba pula sesi Dr. Adnan. Kali ini beliau mengajar kami tafsir surah al-Mukminun. Apa yg kami dpt dr slot ini ialah, bagaimana caranya Rasulullah S.A.W bersolat. Slot tamat sekotar jam 12.30 tgh/hari.

   Selepas Zohor, tiada rasmi yg dijalankan. Namun, bagi memenuhi permintaan kami, kami telah ditayangkan dengan cerita "Valley of The Wolves" (klu xslap). Cerita ini menggambarkan tentang penderitaan yg dihadapi oleh saudara se-Islam kita di Palestine. Walaupun kami bebas melakukan apa sahaja, tp kebanyakan dr kami tetap bersemangat untuk menonton tayangan ini sehingga ke punghujung program. Tayangan tamat sekitar jam 6 petang.

    Malam pula, slot bermula agak awal iaitu pada jam 8.30malam. Kami berkumpul pada jam 8.30 malam bg memulakan slot malam kami pada hari ini b…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 19 - 13januari

Slot kami pada pagi ini telah diganti dengan sesi refleksi yg telah dikendalikan oleh Kak Asma Amran. Kak Asma telah meminta kami untuk menyenaraikan sebarang perubahan yg telah terjadi sepanjang tiga minggu kami berada di sini.Beberapa peserta ikhwah & akhawat telah berkongsi perubahan-perubahan yg berlaku kepada diri mereka sepanjang berada di MHI. Program-program MHI yg dijalankan telah banyak membawa perubahan kepada diri kami. Pada hari ini juga, kami bakal kehilangan tulang belakang kepada program MHI, Abg Syukri, beliau akan pulang ke Sarawak kerana beliau, Kak Aida dan Kak Fifi akn di 'posting' dlm masa terdekat. Semasa beliau mahu pergi meninggalkan kami, peserta ikhwah telah mengiringi kepulangan Abg Syukri dengan nyanyian lagu 'Untukmu Teman'. Terasa pilu dan sedih kerana Abg Syukri byk mengajar dan menegur kesilapan kami.

- Setiap pertemuan pasti akn ada perpisahan-

   Masa tengahhari kami di isi dengan slot 'English Time' yg dibawa khas olah…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18- 12januari

AKHAWAT
Nur Hidayah Bt Mesyasin a.k.a DAYAH
    Hari ini adalah hari yang sangat dinantikan oleh peserta MHI. Pihak Raudhatus Sakinah telah datang seawal pagi untuk meluangkan masa bersama dengan peserta MHI. Pihak RS telah berkongsi maklumat mengenai gejala salah laku seksual yg semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Mereka juga telah menayangkan gambar bayi-bayi yg telah dibuang dengan kejam sehingga menyentuh hati kebanyakan peserta. Sya juga berasa sangat terkilan dengan tindakan remaja zaman sekarang.
Mu'izzah Bt Mohd Razali a.k.a IZZAH
    Hari ini, pihak Raudhatus Sakinah telah datnag ke lokasi MHI untuk satu program yg bernama 'Anda Bijak Jauhi Zina'.Program ini merupakan satu program di mana ia menerangkan tentang bahaya melakukan seks bebas dan masalah rata-rata remaja zaman sekarang. Semasa gambar-gambar bayi yg dibuang ditayangkan, ramai akhawat yg menitiskan air mata kerana pilu melihat nasib bayi yg malang itu. Selain itu, terdapat juga aktiviti berkumpulan…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18 - 12januari

Kali ini, hasil kerja setiap ahli AJK SETIAUSAHA akn dipaparkan.

IKHWAH
Wan Abdullah a.k.a WE LOH

    Pagi yg gelap kini sudah terang. Keheningan di waktu subuh dipecahkan dengan kebingitan suara kekalutan semua peserta MHI. Ada yg masih tidur, dan ada yg berkalut serta ada yg masih seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Jam menunjukkan pukul 8pagi dan semua peserta diminta untuk berkumpul di dalam dewan kerana krew dari Radhatus Sakinah telah tiba dan sudah bersedia untuk memulakan program.

    Program kami bermula bersama pihak Raudhatus Sakinah dengan propaganda yg dibawa 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Tajuk pada hari ini berasaskan tentang masalah 'Zina dan Padahnya'. Kami didedahkan dengan masalah-masalah sosial remaja kini yg kian merunsingkan.


Amir Hanafi a.k.a AMIR

    Pada pukul 8.30pagi, penceramah ABJZ memulakan ceramah mereka tentang kesan2 berzina. Barisan penceramah terdiri drpd Bro. Jo, Bro. Bit, Bro. Fairuz dan Sister Jaja. Ceramah yg disampaikan oleh me…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 17 - 11januari

Sebenarnya, slot pagi ini ialah “Stress Management”. Tetapi, atas beberapa sebab teknikal, ia ditukarkan kepada slot “Campus Life”. Tiga orang fasilitator telah berucap dan bercerita tentang kisah kehidupan mereka di campus. Ketiga-tiga mereka ber’campus’ di Institut Pendidikan Guru (IPG), Sarawak. Import dr jauh. Hehehe.. Mereka ialah Abg Mohd Syukri, Kak Aida dan Kak Hafizah @ Fifi. Mereka telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang pengajian mereka di IPG. Mereka juga bercerita bagaimana mereka pertama kali mengenali tarbiyah dan usrah ketika di IPG. Kata2 mereka telah memberikan kami semangat baru untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup. Namun, ketiga-tiga mereka ini akan meninggalkan MHI setelah 3minggu berbakti kepada kami. Mereka akan di’posting’ dalam beberapa hari sahaja lagi. -Semua peserta telah mendapat pendedahan seidkit sebanyak mengenai kehidupan di alam kampus. InsyaAllah kami akan membuat persediaan yg secukupnya.-
Pada petang ini, satu acara debat antar ikhwah…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 16 - 10Januari

Hari ini dimulakan dgn slot SIRAH oleh Akhi Ammar Mohd Zain. Beliau bercerita berkaitan dengan Ghazwah Badr. Para peserta didedahkan tentang peristiwa2 berkisar tentang Ghazwah Badr Qubra, strategi, sebab perang dan kesan ghazwah.Banyak info dan ilmu baru yg kami dapat dr Akhi Ammar. =D
 Kalau sekadar dengar, cukup ke? Kalau cukup, kenapa susah nak ambil pengajaran? Petang ini, para peserta diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yg baru diterima pagi td. Kami berperang pada kali ini dlm aktiviti  “War Game”. Dengan berbekalkan air tepung yg diisi dlm plastic sebagai peluru, kami dikehendaki merampas dan memadmkan api lilin kumpulan lain. Kami juga dilekatkan dengan ‘salotape’ putih sebagai bahan amanah kami, jika ia tercabut dr baju, maka secara automatik kami kalah. Perang berjalan sekitar 1jam 30minit. Alhamdulillah. Bagi ikhawah, kump5 mendapat tempat pertama, kump3 mendapat tempat kedua, kump1 mendapat tempat ketiga, dan hadiah saguhati dapat kepada kump 2 dan kump4. Bagi akha…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 15 - 9Januari

Maka bermulalah minggu ke-3 kami di KRT dlm program MHI dengan mengangkat tema ‘maintaining the change’. Setelah puas kami ‘mind set’ kan minda dan mencari ‘areas for change’ sepanjang minggu satu dan minggu dua, kini tiba masa untuk mengekalkannya.
   Seperti yg diamarankan oleh Abg Shukri, hari ini Kami menjalani sesi riadhah yg agak mencabar di THE WOODS RESORT CENTRE . setibanya kami di sana, kami melakukan ‘warm up’ sebelum menjalani aktiviti pertama kami iaitu ‘flying fox’. Selepas seronok melunjur turun dengan laju, kini kami perlu turun dengan perlahan pula melalui aktiviti ‘absailing’ (tidak tahu ejaan sebenar. heee ). Selepas penat turun secara laju dan perlahan, kini tiba untuk aktiviti kemuncak kami, ‘River Trailing’ !! Wah! Sungguh la kami teruja dan gembira kerana selepas penat lelah kami berjalan melawan arus sungai, penamat kami ialah air terjun! Masya-Allah! Sangat indah ciptaannya. Sementara ikhwah bergembira bermain terjun2, akhawat pula bergembira bermain sesama mer…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 14 - 8Januari

Sarapan pagi pada hari ini sedap. Bertambah sedap bila makan ramai2 dalam dulang. Sangat terasa kemesraan antara kami. =) Heee… Selepas sarapan yg sedap tadi. Kami dihidangkan pula dengan pencuci minda yg diberikan oleh Dr. Har yg bertajuk ‘Critical Thinking’. Beliau memberikan kami definisi ‘Critical Thinking’ dan menyatakan kebaikan serta kelebihan unutk berfikir secara kritis. Dalam slot kali ini, para peserta banyak melakukan gerak kerja bersama ahli kumpulan masing2. Gerak kerja dilakukan secara berkumpulan agar setiap ahli kumpulan sama-sama mendapat manfaat berfikir dan berbincang tentang soalan serta kritikan yang diajukan oleh Dr. Har. Sesi beliau tamat setelah azan Zohor  berkumandang. Walaupun hanya sedikit masa kami bersama Dr. Har  pada pagi ini, namun banyak yg dapat kami pelajari dr beliau dlm masa yg sgt singkat ini.
   Setelah selesai kami makan ‘lunch’ bersama dlm dulang, kami telah didatangi oleh KBM KL. Slot kami pd petang ini ialah ‘Sahabat’. Dalam slot yg dibaw…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 13 - 7Januari

Hari ini slot pertama kami ialah slot tentangPALESTIN! Kami disantuni oleh salah drpd dua belas org yg telah pergi ke Gaza baru2 ini. Beliau ialah Mck Ramlah. Mck Ramlah telah bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang beliau di sana. Kami juga telah di tayangkan dengan beberapa video tentang kesengsaraan raykat Palestin dan kekejaman tentera zionis.
   Sepanjang sesi bersam Mck Ramlah itu, ramai antara kami yg terkejut mengetahui keadaan sebenar rakyat di sana. Antara yg paling menarik perhatian saya ialah, apabila Dr. Ramlah menyampaikan pesanan salah seorang saudara kita dr sana ;
“Kami tidak perlukan wang ringgit anda. Kami tidak perlukan simpati anda. Apa yg kami perlukan ialah DOA dari saudara2 kami…”







    Lebih kurang begitu bunyinya. Apa yg saya faham dr kata2 itu, mereka tidak mengharapkan simpati dr kita. Bagi mereka, wang ringgit sahaja tidak membantu perjuangan mereka. Apa yg paling diharapkan dan didambakan dr saudara se-islam mereka yg berada di serata dunia ialah DOA …

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 12 - 6Januari

“Ayuh sama-sama kita nikamti, Pemberian Ilahi, Setiap pagi hari…”
Itulah antara bait-bait lirik dalam salah satu nasyid kumpulan Saff-One. Alhamdulillah pagi hari ini para peserta MHI menunjukkan rasa syukur kepada Allah dengan berqiamullail secara jamaei. Dan seperti biasa, selepas Subuh bacaan ma’thurat dibaca dgn diketuai oleh salah seorang peserta ikhwah dan diikuti dgn tadarus al-Quran. Cuma tadarus kali ini, kami diminta membaca surah al-Kahfi.
Selepas sarapan pagi, kami berkumpul untuk menerima arahan seterusnya drpd abg fasy. Abg Ikram Yeo telah membahagikan peserta ikhwah kepada 3kumpulan dan peserta akhawat kpd 2kumpulan. Setiap kumpulan diberi kawasan amanah masing2. Apa yg perlu kami buat dengan kawasan amanah kami? Haaa…. Kami disuruh untuk membersihkan kawasan amanah kami bersi sebersihnya… Hee… Dengan kata mudahnya, pagi ini, kami bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Kem Rimba Tamu. Manfaatnya ialah kami dpt mengeratkan lg ukhuwah antara kami. Kami juga dapat beram…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 11 - 5Januari

Hari ini hari Khamis. Kami telah diwajibkan untuk berpuasa. Kami mulakan pg yg indah ini dengan sedikit senaman yg dikendalikan oleh Abg Acap kami. Kami telah melompat, me’stretching’, bergerak mengikut rentak lagu tema (Gelombang Keadilan) dan macam2 lg yg kami lakukan.
   Pada hari kami berpuasa ini, kami telah di uji dengan kami disuruh untuk menangkap dan mengejar seekor ayam yg telah ditetapkn. Setiap kumpulan perlu menangkap seekor ayam. Bunyinya susah bukan? Tp tidak. Sangat senang kerana kami hebat dan juga kerana ayam itu tidak lari dan rela ditangkap. Hee..
Selepas semua kumpulan berjaya menankap ayam masing2, kami diberi tunjuk ajar bagaimana cara yg betul untuk menyembelih ayam. Selepas di’model’kan, kini tiba giliran kami pula untuk mengaplikasikan apa yg kami pelajari td. Hehehe… Alhamdulillah, drpd 10ekor aym yg disembelih oleh para peserta, hanya seekor sahaja yg perlu ditanam dan tidak boleh dimakan ekoran drpd sedikit kesilapan yg berlaku sepanjang proses penyembel…

Ekspedisi Gua Tempurung - 4 Januari 2012

Sesudah solat Subuh, kami bergegas beratur mengikut kumpulan masing2. Sementara menunggu bas tiba,kami telah mengubah ‘brain clap’ kpd mhi clap’ dengan dkutai oleh penghulu kami,saudara Ehsan. Kami bertolak pd jam 7pagi, dan pd kira2 jam 830 pagi,kami berhenti berehat di RnR Tapah selama hamper 39minit  (walaupun hanya 5minit  masa berehat sebenarnya).hehehe..
    Pada 1030pagi, kami tiba di Gua Tempurung(GT). Sebelum memulakan perjalan menjelajah GT, kami diarahkan utk melakukan sedikit renggangan badan bg mengelakkan sebarang kecederaan seperti ‘cramp’ berlaku. Kemudian kami diberi sedikit taklimat oleh Renjer Abd Manan tentang perjalanan kami. Namun, atas mendapat keizinan para fasilitator, Amir Ikhwan, Aqil dan Ibrahim tidak dapat bersama-sama kami menjelajahi GT pd hari itu. =(
    Sepanjang perjalanan, kami ditunjukkan dengan pelbagai bentuk dan rupa yg terbentuk secara semulajadi atas kehendak Allah S.W.T.  Antara bentuk yg dpt dilihat ialah, bentuk perempuan mengandung, muka…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 9 - 3 Januari 2012

Pagi    Slot pagi ini adalah mengenai tafsir oleh Dr.Adnan . Slot ini membincangkan ayat dari surah an-nur, (24:30-31) dan surah al-ahzab,(33:32-33). Slot ini menerangkan secara mendalam tentang ikhtilaat.Umumnya, slot-slot hari ini membuat peserta ‘hyper’..bak kata abang Asyraf la…Di akhir slot kami mempelajari bahawa islam sangat perinci akan hubungan antara lelaki dan perempuan. Selain itu kami belajar bahawa badan, kelakuan, suara, penampilan merupakan antara peraturan ikhtilaat dan islam juga mengehadkan hubungan antara lelaki dan perempuan kecuali dalam keadaan yanag dibenarkan syarak. Mematuhi peraturan ikhtilaat adalah sangat penting untuk mengurangkan masalah sosial.
Tengah Hari    Setelah selesai solat berjemaah fardhu zohor, kami menjamu selera dan bersedia untuk slot seterusnya iaitu sambungan daripada slot pagi tadi. Ramai di kalangan kami yanag amat meminati tajuk ini terutamanya kaum adam yanag nampaknya memberikan sepenuh perhatian kepada Dr. Adnan. Melalui slot ini, ka…

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 8 - 2 Januari 2012

Pagi      Setelah kami mengisi perut dengan sarapan pagi yg sungguh enak sekali, kami meneruskan hari kami dengan slot selanjutnya iaitu slot ‘Aqidah 1’ yg disampaikan oleh Ustaz Alias. Beliau telahn menerangkan dengan lebih lanjut tantang apa yg dmaksudkan dengan aqidah yg sejahtera bg seorang muslim. Beliau juga telah mengatakan bahawa aqidah yg kukuh adalah asaa pegangan keimanan seseorang. Kemudian beberapa persoalan telah diutarakan oleh para peserta berkenaan dengan aqidah yg sejahtera dan beberapa soalan yg berkisar tentsng fiqh. Setelah tamatnya slot ini. Kami teruskan hari kami dengan ‘Public Speaking’ yg speaker2 pada hari ini ialah peserta akhawat yg tampil ke hadapan dengan penuh keberanian dan tanpa rasa ragu2.
Tengah hari     Selepas Zohor, kami sekali lagi bersam Ustaz Alias untuk slot ‘Aqidah 2’. Pada sesi kali ini, kami diminta diarah untuk duduk dlm kump untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Setiap kump harus membincangkan tentang beberapa soalan yg disediakn oleh Us…