Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Story for today !! ( Day 15 )

28 Disember 2013, satu lagi sejarah di Kem Rimba Tamu bermula. Hari ini hari ke 15 Madrasatul hayah Ikram berlangsung.
            Umi Ida kembali lagi ke MHi 13/14 bersama kami dengan slot keindahan bersamamu (KBM). Tapi, kali ini mereka membawa dengan skop yang berbeza iaitu pengorbanan dan jasa Ibu Bapa. Kami dihidangkan dengan tayangan video dan sebuah perjalanan yang memberi keinsafan, tentang keperitan ibu bapa kami membesarkan kami sepanjang 17 tahun kami hidup dimuka bumi ini. tidak terkecuali ikhwah dan akhawat juga turut sama-sama merasai hangat kasih sayang ibu bapa yang selama ini kami tidak merasainya. Agak terkejut apabila umi bagitahu yang mereka telah merima text daripada ibu bapa peserta malam sabtu itu dan berserta Live call! Perasaan bercampur baur kepada sesetengah peserta yang menerima text dan live call daripada ibu bapa masing-masing. Kami juga diberi peluang untuk mengarang surat di dalam satu kad yang diberikan. Surat-surat yang dibuat oleh peserta itu akan d…

Kembara Ilmu ( Day 14 )

Hari keempat belas, Jumaat, 27 Disember 2013
Hari Jumaat yang penuh barakah telah diisi dengan bacaan Surah Al-Kahfi selepas Subuh dan sedikit riadah.  Alhamdulillah, hari ini segalanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.  Pada waktu pagi, 2 orang peserta MHi telah menyampaikan pengucapan awam dalam segmen Speakers’ Corner. Diikuti dengan slot pertama yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkarnain, salah seorang aktivis IKRAM yang telah pergi ke Syria. Tajuk perbincangan hari ini adalah “Biladdus Syam”. Peserta didedahkan dengan sedikit sebanyak tentang Biladdus Syam berdasarkan hadis dan Al-Quran. Beliau juga menceritakan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di sekitar Bumi Syam yakni Syria,Palestin dan juga Mesir. Pada sebelah petang, 3 orang peserta menyampaikan pengucapan awam menyambung segmen Speakers’ Corner. Setelah selesai acara Speakers’ Corner, para peserta diberi masa untuk berlatih untuk aktiviti keesokan harinya. Solat Asar. Aktiviti gotong-royong di Kem Rimba …

13th Day In Kem Rimba Tamu

Hadis of the day : Rasulullah bersabda, mafhumnya :“ Amalan akan dilihat oleh Allah pada hari Isnin dan Khamis, jadi aku ingin amalanku dilihat ketika aku berpuasa”.                 Hari ini para peserta berpeluang melakukan amalan sunat iaitu puasa sunat. Pagi yang penuh barakah ini dimulakan dengan aktiviti Qiam Jamaie’.Alhamdulillah, kehadiran sangat memberangsangkan dan dengan berjalannya aktiviti ini, kita mengharapkan berkat dan rahmat Allah turun mencurah-curah di bumi “Batang Kali” ini. Tajuk speaker’s corner pada hari ini berfokuskan WANITA. 1- Isteri Berkerjaya dan Surirumah, Suami Goyang Kaki, oleh Aliyah. 2-Shopping, Keperluan Atau Kehendak? Dibentangkan oleh Mawaddah. 3- Wanita penakluk IPT,dari Hilmi. Dua speaker’s hari ini tidak dapat beraksi dengan mantap disebabkan masalah-masalah teknikal yang dihadapi secara tidak terduga.              Pada jam 10.00 pagi, slot bermula dengan tema Remaja dan Perubahan yang dibawa oleh Encik Roslan.  Para peserta diberi suntikan te…

25 Disember 2013 , Rabu ( Day 12 )

Pada hari ini , selepas bacaan Mathurat , hadis corner dijalankan dengan mengetengahkan tentang cara-cara pembacaan alQuran oleh Rasulullah oleh Hammad.Cara Rasulullah membaca Alquran adalah dengan jelas , satu per satu huruf.. Pengisian minda yang pertama adalah mengenai ‘’ Pengurusan kewangan Di IPT ‘’ , oleh En Harun Mohd Yusof @ Hamdy. Setiap kumpulan diarahkan untuk merangka perbelanjaan bulanan di IPT nanti. Peserta MHI pada tahun ini memberikan idea dan respon yang bernas.Tidak lupa juga kami diberi pencerahan tentang cara-cara menyimpan kewangan dengan sistematik.Resolusinya , kami semakin bijak mengurus kewangan masing-masing dengan tips-tips yang bermanfaat. In Shaa Allah ..                 Slot yang kedua di isi oleh kak Azreen @ ka E’en yang menceritakan tentang “ Marhalah seorang Daie “. Apakah maksud marhalah ? Marhalah ialahperjalanan atau jarak yang dilalui dari satu tempatke satu tempat. Motivasi yang diberikan oleh Kak E’en telah menjentik hati kami…

Usul Isyirin juga, Fotografi, Ibrah dari Movie (Day 11)

Hari kesebelas,selasa,24 desember
            Pada jam 9.30 pagi,speaker corner bermula yang diwakili oleh lima orang saudari Raudhah Yunus,Nik Yuhamizah,Najihah Wafa,Wan Ahmad Irfan.speakers corner yang disampaikan begitu semangat sekali.Setiap wakil mempunyai isi yang cukup dan menarik minat para peserta untuk mendengar ucapan mereka.
             Pada jam 10.00 pagi pula bermulanya slot usul isyirin 3 yang dikendalikan oleh Encik Mohd Hafiz atau lebih dikenali dengan Abang Bai.Di dalam slot ini para peserta didedahkan mengenai islam.Malah para peserta didedahkan dengan mengenai asal usul islam,definisi-definisi islam.secara keseluruhannya,islam itu syumul ,dimana isalam itu meliputi seluruh kehidupan kita.Oleh itu,segala perkara yang dilakukan haruslah berasaskan agama islam agar hidup lebih diberkati.
             Pada waktu petang,tepat jam 2.30 petang,maka bermulalah slot untuk waktu petang.Slot ini disi dengan kemahiran fotografi yang dikendalikan oleh saudara Syed Ahmad Safwa…

Usul Isyirin, Hindu and Dakwah? (Day 10)

Kumpulan: Sang Rimba Tarikh: 23 Disember 2013 Hari: Isnin
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Tiktok... tiktok... tiktok... Masa berlalu dengan pantas. Hari ini telah masuk hari ke-10 kami berada di dalam program MHI. Seperti biasa kami meneruskan rutin harian yang biasa di buat. Pagi ini, slot yang agak istimewa kerana slot ini dikendalikan sepenuhnya oleh Abang Hafiz (Bai) iaitu berkenaan usul isyirin. Abang Bai menggunakan video dan slide untuk mengendalikan slot ini yang mana Ustaz Alias Othman menjadi penceramah media dalam program ini. Pelbagai pendekatan yang digunakan untuk memberikan kefahaman kepada peserta. Bermula dengan taaruf usul isyirin dan latar belakang maka tamatlah pengenalan sesi pertama. Sehingga ke petang.
                Kemudian, beriadhahlah para peserta untuk membuang segala toksik dalam badan. Selepas Maghb, kami disajikan dengan sedikit cerita dan pengalaman dari Abang Man seorang jurutera elektronik. Subhanallah sungguh terkesan kisahnya.
                Selepas it…

Back to School, Perang MHI, kedatangan Ayahanda Parid (Day 9)

Pada hari ini bermula pada jam 9.30am dengan Speaker’s Corner  yang bertemakan sukan. Speaker  yang pertama adalah Fatimah Az-Zahra dan diikuti dengan Anas Hakimi, Aisyah Syahruddin, Mohd Yunus dan Arina Farhana. Public Speaking yang disampaikan amat bersemangat dan penuh dengan pengetahuan yang baru. Sebelum Speakers Corner dimulakan beberapa peserta telah dihantar ke Program Back to School anjuran IKRAM Hulu Selangor yang bertempat di Mydin Rawang. Hal ini adalah untuk membantu petugas-petugas di sana.
Pada jam 10 Pagi Perang Dunia MHI a.k.a Money Drop yang dikendalikan oleh Akh Siraaj. Permainan ini memerlukan semua peserta dan bermula dengan persaingan yang amat sengit daripada setiap kumpulan. Setelah permainan ini tamat pada jam 4.30 petang, para peserta diberikan ruang masa untuk beriadah dan bersiap untuk program pada malam ini.  
Program seterusnya ceramah yang diberikan oleh Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Ahmad pada jam 10 malam. Ceramah ini berkisarkan Remaja dn Perubaha…

Gua Batu Maloi!!! (Day 8)

Penerokaan Gua Batu Maloi
Para peserta dikejutkan daripada tidur seawall jam 5.15 pagi. Selesai menunaikan Solat Subuh, para peserta dikumpulkan di parker kereta berhadapan kantin. Oleh kerana bas tidak menepati masa, para peserta digalakkan untuk bersarapan terlebuh dahulu. Selepas bersarapan, kehadiran para peserta dan para fasilitator diambil. Para peserta dimasukkan kedalam kumpulan masing-masing utnuk penempatan bas. Tiga buah bas hadir dalam jam 7.30 pagi dan para peserta beserta fasilitator mula bergerak pada jam 7.40 pagi menuju ke Gua batu Maloi. Bacaan mathurat berlangsung di dalam bas. Pada jam 9.30 pagi, bas berhenti rehat di RnR.
Rombongan tiba di pintu gerbang Gua  Batu Maloi pada jam 10.30 pagi . Rombongan berjalan kaki ke tempat berkumpul dan diberikan taklimat berkenaan aktiviti penerokaan tersebut oleh Encik Nazri. Para peserta juga diiringi oleh 13 orang peneroka-peneroka yang diketuai oleh Abang Bujang. Penerokaan memakan masa selama lebih kurang dalam 4 jam bermula…

Ikhtilat dan Psikologi Remaja (Day 7)

KRINGGGG!!!!! Pejam celik, pejam celik ehhh dah hari ke-7 kiteorang berada disini. Pada hari yang penuh barakah  ini, kiteorang dikejutkan dengan mengadakan senam robik bersama-sama dalam dewan selepas membaca  al-ma’thurat . Riadhah hari ini sangat menarik kerana abang deen telah ‘lead’ senamrobik secara tidak langsung dapat mengurangkan lemak-lemak kami. Haha.  Lepas tu, kami bersarapan pagi dgn bihun sup yang sangaaat sedap.
Speakers corner pada hari ini El dari kumpulan renaissance telah menunjukkkan bakat yang telah lama terpendam dan pengucapan beliau telah membuka mata semua peserta MHi untuk merasa lebih yakin dalam public speaking. Menjadi contoh kepada para peserta untuk membina keyakinan ketika berada dihadapan khalayak ramai pada suatu hari nanti. Pengucapannya penuh bersemangat dan padat telah mengujakan kami semua.Semoga bakat yang tersemai di dalam diri El pada masa akan datang . Slot pertama sekali lagi telah disampaikan oleh Dr.Adnan yang memfokuskan tentang “perkahwina…

Remaja dan Perubahan, Ayohh!! (Day 6)

Hari keenam , Khamis , 19 Disember 2013
                Rutin seharian diteruskan lagi dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh.  Slot pertama pada hari ini bertajuk ‘ Remaja Dan Perubahan’ bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Topik yang dibincangkan menarik hati peserta menyebabkan semuanya tertawan dan memberi  fokus yang sangat baik. Beberapa aktiviti seperti ‘what is my SWOT?’ dan menulis surat untuk ibubapa telah dijalankan. For reader’s information, aktiviti ini adalah untuk belajar mengenali diri peserta dan seterusnya belajar memperbaiki diri.SWOT stands for [S-Strength, W-Weakness]internal[, O-Opportunities and T-Threat]external. Slot ini secara tidak langsung menyentuh tentang Umar R.A, our ‘role model’ dan proses tarbiyah itu sendiri iaitu bermula dengan tilawah{baca,faham , amal ayat al-Quran dan Hadis}, tazkiyah[menyucikan diri dengan membuang amalan yang bukan dari Islam dan bangun malam] dan seterusnya ta’lim(memberi pengajaran, mengubah kefahaman,membin…

Commando Track dan Solat Ikut Sunnah (S.I.S) (Day 5)

Alhamdulillah, kami masih bertahan berada di MHI setelah 5 hari berada di kem ini. Pagi ini bukan mcm pagi2 yg lain. Biasanya, kawad je. Agak bosan la. Tapi, hari ni kami sgt seronok sebab ada senam aerobik yang dikendalikan oleh abg Danny yang tough. First time kot, kami riadhah pagi berpeluh. Hehe, sebelum ni kawad tak berpeluh langsung. Abg Danny sangat friendly dan menghiburkan. Best ! Lepas habis makan, kami nyanyi lagu baru iaitu “hai sahabat”. Abg bai ajar kami dgn muka konfidennye. Rupa2nya, nak nyanyi lagu tu dgn gaya skali.......huh, berpeluh. Dah macam senam aerobik versi dua. xD
Agenda kami diteruskan dgn sesi yg sepatutnya mencabar, iaitu “COMMANDO TRACK”. Dah nama pon commando, memang ter’seksa’ lah kami semua. Kami diberitahu bahawa kami akan memasuki hutan dan hanya makan roti sahaja utk tghari. Huh, perit. >_<
Adehh, tapi commando track yg dirancang, suku jalan je. Kami hanya lalui beberapa obstacle di hutan sebelah kem je. Selesai solat zohor, kami mkn tghari …

Berani untuk berubah!! (Day 4)

17 DISEMBER 2013
“Allahuakbar.. Allahuakbar!!” suara azan subuh berkumandang di Kem Rimba Tamu. Azan ini menandakan permulaan hari ketiga MHI di Kem Rimba Tamu. Para peserta solat subuh secara berjemaah di dewan dan membaca ma’thurat bersama-sama serta melakukan halaqah Al-Quran.
Sesi riadah pagi di padang kawad dimulakan dengan aktiviti regangan dan memanaskan badan yang diketuai oleh JK Sukan. Setelah itu, kawad statik dilakukan bersama-sama dan peserta ikhwah dan akhawat beriadah secara berasingan. Peserta ikhwah melakukan ‘Hakka’ iaitu pergerakan bersama laungan semangat dalam formasi piramid. Kemudian, peserta bergerak ke dewan makan untuk sarapan pagi. Nasi goreng dan roti bersama telur dihidangkan. Peserta diberi masa selepas sarapan untuk bersiap sedia untuk slot seterusnya yang dimulakan dengan Public Speaking.

Selepas mendengar Public Speaking daripada barisan majlis syura Akhawat, kami meneruskan slot yang pertama iaitu Dare to Change yang telah disampaikan oleh Kak Sumayy…

Bimbingan memasak dan Motivasi Solat (Day 3)

SLOT: BIMBINGAN MEMASAK
Hari ini merupakan yang sangat menarik bagi kami semua. Aktiviti utama kami hari ini ialah belajar memasak bersama maklong dan paklong dari kem rimba tamu. Menu masakan kami pada hari ini ialah aym masak merah, daging black pepper, sayur kacang botol, sayur lemak, sup sayur, kacang panjang  dengan tempe. Kami dibahagikan kepada 20 cara untuk kumpulan, 5 akhawat 5 ikhwah. Kami diajar cara untuk memotong ayam dan daging. Kami diajar cara menyiang ikan, kami juga diajar untuk memasak nasi. Kami juga diajar untuk menganggarkan kuantiti yang hendak digunakan.
SLOT: PENGURUSAN ORGANISASI
Untuk slot pengurusan organisasi, kami telah dibahagikan kepada beberapa AJK antaranya ketua kumpulan , penolong ketua kumpulan, AJK-AJK dan sebagainya. Kemudian AJK-AJK dikumpulkan untuk mencari ketua AJK dan penolong AJK. Setiap AJK dimaklumkan mengenai tugasan yang harus diusahakan sepanjang berlangsungnya majlis.
SLOT: MOTIVASI SOLAT







Pengurusan Organisasi dan Seni Bicara (Day 2)

Hari ini Ahad bersamaan 15/12/2013, hari kedua kami berada disini, Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor.  Setelah pembahagian kumpulan untuk kumpulan MHi semalam, pagi ini selepas solat Subuh dan bacaan Mathurat, kami disajikan dengan taklimat oleh Abang Hafiz Bai tentang peraturan peraturan yang perlu kami patuhi sepanjang berada di kem ini.
Selepas taklimat, kami beramai-ramai Solat sunat Dhuha dan meneruskan lagi program untuk slot yang kedua iaitu slot LDK. Dimana di dalam slot ini, kami setiap kumpulan diberi tugas untuk melantik ketua kumpulan serta anggota-anggotanya tadi terdiri daripada JK Chef,  JK Kebersihan, JK Kerohanian, JK Mulpen (Multimedia dan penerbitan) dan JK Sukan. Setiap Ketua Kumpulan yang dipilih pula terpilih untuk membarisi majlis Syuro MHI 13/14. Dengan adanya majlis Syura MHI 13/14 InsyaAllah program ini berjalan lebih lancar dan menarik lagi, dalam slot ini, kami bermain bola di dalam kumpulan yang mana juga disertai bersama Abang yai (Rizal) yang menamba…

Mukaddimah MHI 13-14 Ahlan Wasahlan!! (Day 1)

Dengan nama Rabb kita Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan izinNya juga kita diizinkan untuk memulakan pengembaraan kita sekali lagi di dalam Sekolah Kehidupan IKRAM, kali ke 5, Sesi 2013-2014.

Sekolah yang bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai Abid dan Khalifah yang memahami tujuan diri diciptakan di bumi.

Sekolah yang bercita-cita untuk melahirkan personaliti-personaliti Hijrah yang baru.

Sekolah yang bercita-cita untuk menggilap potensi dan bakat peserta agar mereka menjadi du'at yang serba boleh.

Segalanya sudah tentu dengan izin Rabb kita, melalui doa dan inisiatif bersama dari pelbagai pihak.

TAHNIAH!! kerana telah dipilih Allah untuk menghadiri kem ini. Allah jualah yang memilih mujahid-mujahidah MHI pada tahun ini. Barakallah!

Semoga dengan keterlibatan semua pihak ini menjadi amal yang menghidupkan.

Doakan agar mereka terus tabah dan dipermudahkan Allah dalam misi SELANGKAH MENGUBAH DUNIA INSYAALLAH!

Kem Rimba Tamu, hari pertama masuk kem ini akan dibenci, se…

AHLAN WA SAHLAN

PESERTA,  IBUBAPA SERTA KELUARGA YANG DIHORMATI
AHLAN WA SAHLAN!! KE
MHi 2013/14
PENDAFTARAN DI KEM RIMBA TAMU SABTU, 14 DIS 2013 10.00 AM - 5.00 PM
JANGAN LUPA  !! RESIT ASAL PEMBAYARAN BARANG-BARANG KEPERLUAN PERIBADIPASSPORTBUKU MODUL PEMBANGUNAN INSAN 01 (atau RM35 jika tiada buku)
MOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN! JUMPA DI KRT, INSYAALLAH!