Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Jaulah-Day 1

Salam Alayk,

     Pada 14 Januari 2015,seramai 37 peserta ikhwah dan akhawat termasuk barisan fasilitator mengikuti program jaulah yang diberi nama #R2K2015 (Road To Kemboja). Setibanya mereka di KLIA mereka diminta berada disitu pada pukul 4.30. Setelah semuanya sudah diuruskan maka mereka menaiki pesawat Air Asia pada pukul 7. Setibanya di Lapangan Terbang Pnomh Penh pada jam 8.30 waktu tempatan,mereka terus bergerak ke Pejabat Mufti Kemboja kemudian ke Muzium Tuol Sleng .



              Seterusnya mereka berangkat ke Kampung Keh,daerah Kampot. Dikatakan jarak dari Bandar Pnomh Penh ke Kampot adalah 150km.Setelah sampai mereka menunaikan solat maghrib di sana secara berjemaah. Kemudian mereka dibahagikan kepada rumah keluarga angkat masing-masing. Dikatakan mereka akan kekal bersama keluarga sehingga 21 Januari. Selamat malam.


Mawaddah Zainal.

We're Preparing Soldiers of Islam

4 hari berlalu setelah peserta-peserta MHI meninggalkan teratak yg dicintai - Kem Rimba Tamu . Tidak bermakna kami diam . Tidak bermakna kami tidak merancang . Media maklumat digunakan sebaiknya oleh kami untuk terus berinteraksi dan meneruskan perjuangan kami dalam mengekalkan bi'ah islamiah dan bersedia menempuh dunia luar .

   Perancangan dan stategi teliti sedang disusun bagi kami meneruskan jihad kami sebagai "Pendakwah Pada Abad Millenia" ini . Kami yakin bahawa kami diciptakan oleh YANG MAHA PENCIPTA bukan hanya untuk diri kami sendiri mahupun hanya buat keluarga . Tetapi kami yakin kewujudan kami ADALAH UNTUK UMMAH . InsyaAllah, mohon didoakan agar pelan-pelan peserta MHI 14/15 berjalan dengan lancar . Sesungguhnya manusia boleh merancang . Tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT .

Day 27-A Memorable Day

Assalamualaikum w.b.t;

     Alhamdulillah pagi yang indah,indah lagi kami ditugaskan untuk menyembelih ayam. Kami diarahkan untuk membentuk satu kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang. Kami ditugaskan untuk menangkap dan menyembelih seekor ayam.




       Setelah ayam disembelih,direndam dengan air panas,dicabut bulu dan dicelup dengan air panas semula. Kami kembali ke dewan untuk meneruskan slot pagi kami. Mungkin kami agak kelewatan namun kami berusaha sedaya upaya kami untuk menguruskan diri dan bersegera untuk masuk ke dalam dewan.Kali ini,slot bersama Pakcik Yaakob yang membawa slot Pengenalan Ikram. Kami didedahkan dengan apa itu Ikram? Dasar Ikram,Struktur Ikram,Lagu Ikram,Rancangan & Amal Ikram serta Cogan Kata Ikram.

       Seterusnya,pagi tadi adalah slot terakhir kami. Maka berakhirlah slot kami. Kami cuma melakukan gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan masing-masing.Kemudian,kami bersiap sedia untuk…

Day 26-Two Days Left

Ahlan Wa Sahlan! Pagi!

         Seusai menyanyi,slot pagi kami bersama Abang Hafiz Bai. Slot kami bertajuk Dakwah & Tarbiyah. Pada mulanya,kami diberi definisi apa itu dakwah dan apa itu tarbiyah. Seterusnya,movie time! Kami ditugaskan untuk "Bedah Movie" tersebut. Kami ditayangkan dengan satu cerita yang berjudul "Sang Murabbi-Mencari Spirit Yang Hilang". Lalu ramailah yang fokus untuk mencari ibrah yang dilihat di dalam cerita tersebut. Watak utama dalam kisah ini adalah Ustaz Rahmat Abdullah. Cerita ini mengisahkan seorang hamba Allah yang bermatian-matian berjuang untuk menegakkan syiar Islam walaupun berliku-liku dugaan yang mendatang,dia tempuhi dengan sabar. Dia juga meletakkan Allah sebagai cinta pertamanya kemudian barulah ibunya,keluarganya serta isteri dan anak-anaknya. Cerita ini amat menarik kerana terdapat pelbagai ibrah yang kami dapat.
          Selepas makan tengah hari,Slot IkramHealth yang disampaikan oleh Dr. Munawwar pun bermula. Ini dapat …

Day 25-An Extraordinary Day

Salam Alaik,
          "How To Connect With Parents" itulah isu slot yang diutarakan kepada kami pada pagi ini. Slot ini dikendalikan oleh Puan Azlina Roszy Mohd Ghaffar.Slot ini agak menarik dimana kami diajarkan tentang bahasa. Bukan Bahasa Cina mahupun Bahasa India. Tetapi bahasa-bahasa yang fantastik iaitu Dosa Bahasa serta 10 Bahasa Cinta Dengan Ibu Bapa.Disini saya ini berkongsi Cara untuk mengeratkan hubungan dengan ibu bapa. Antaranya ialah;
1)Menggunakan Komunikasi Sunnah. 2)Membina Kepintaran Emosi. 3)Selalu Berhubung. 4)Birrul Walidain yang bermaksud berbakti kpd ibu bapa. 5)Sentiasa memohon maaf. 6)Mendoakan kedua-dua ibu bapa. 7)Berdoa ditemukan di Syurga.
         Slot petang yang bertajuk Membina Keyakinan Untuk Berjaya yang diberikan oleh Datin Che Asma bt. Ibrahim.Beliau menerangkan kepada kami semua untuk fahami 3 perkara iaitu "Dari mana kita datang,Untuk Apa Kita Hidup dan Kemana Kita Akan Pergi Selepas Ini". Ini adalah persoalan-persoalan yang …

Day 24- HARI SUKANEKA !

Assalamualaikum,salam pembuka bicara.

Hari ini kami tiada slot. Tetapi kami mengikuti program yang diaturkan oleh AJK Sukan MHi iaitu hari sukaneka. Acara ini amat dinanti-nantikan oleh para peserta mahu pun para fasi. Selepas kami sarapan,kami diarahkan untuk pergi ke padang. Kami membuat senaman aerobik yang telah diketuai oleh Abang Dhany. Seorang abang yang sado dan gagah!




Yeah,jadi kita teruskan dengan agenda utama kita iaitu sukaneka. Mula-mula kami diminta untuk mengumpul 6 orang daripada setiap group masing-masing. Jadi kamu teruskan dengan permainan pertama iaitu kereta api dadu,diikuti dengan musicial chair,game "pijak belon" serta running man.
Secara tak langsungnya kami diberikan ibrah bahawa kerjasama dalam kumpulan itu amatlah diperlukan. Tak lupa juga kepada semangat berukhuwah kerana "UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN."

Usai solat isya',kami bersama abang Amir Syafik bin Alias dalam slot Ikramsiswa. Banyak pendedahan serta pengajaran yang diberi termas…

Day 23 - K&K Day

5 Januari 2015- pada pagi ini,para peserta MHi dikumpulkan di dewan seperti biasa. Untuk slot pagi ini, peserta-peserta dari JK kebersihan dan kebajikan memainkan peranan dalam menjalankan pertandingan yang wajib disertai oleh setiap kumpulan. It's K&K day!

Slot dimulakan dengan sedikit taklimat daripada penganjur tentang serba sedikit mengenai pertandingan. Setiap kumpulan akan melalui dua pusingan bagi pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan dimulakan dengan pusingan pertama iaitu sesi fotografi.. Setiap kumpulan diminta menghantar 3orang wakil yang dipercayai berbakat dalam fotografi untuk menyelesaikan pusingan ini. Peserta diberi masa untuk keluar dari dewan dan menangkap beberapa gambar mengikut kreativiti masing-masing..

Manakala peserta yang tinggal di dalam dewan diberi tugasan baru iaitu membuat persediaan untuk ke pusingan yang seterusnya. Untuk pusingan kedua,setiap kumpulan diminta membuat persembahan yang berkaitan dengan tiga tema, kebersihan, keselamatan da…

Day 19 - Street Dakwah

1 January 2015 - Peserta-peserta MHi telah berkumpul di dewan bagi mendengar taklimat oleh Abang Hafiz Bai untuk persediaan ber-street dakwah. Peserta-peserta juga telah dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setelah selesai melakukan segala persiapan, setiap peserta bergerak ke bas masing-masing dan menuju ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) aka Petronas Twin Tower.



Tibanya setiap peserta di KLCC. Terpegun beberapa peserta yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sini melihat menara berkembar tu. Oh ini bukan masa untuk berlibur. Kami pun memulakan misi kami untuk berdakwah. Apa yang perlu peserta-peserta lakukan ialah berjumpa dengan mana- mana orang bukan Islam dan menanyakan mereka beberapa soalan seperti :

1.Apa agama anda?
2.Apakah yang anda tahu tentang Islam?
3.Apakah pendapat anda tantang Islam?
4.Adakah anda mengenali Nabi Muhammad S.A.W?
5.Apa yang menarik tentang Islam?



Terdapat pelbagai jawapan yang diterima serta dugaan yang dilalui.
Ada yang menjawab dengan baik.
Ada yang san…

Day 18 - Diversity is Good

31 Disember 2014 - Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj, Naib Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah dan masyarakat kita. Ya, slot pertama yang bertajuk 'Managing Diversity' telah disampaikan oleh beliau, Dr. Harlina. Ooh yeah, mana tak excited.





 Slot tersebut dimulakan dengan segmen mengenali diri. Sebelum menilai masyarakat sekeliling, kami perlu belajar tentang personaliti kami dulu menggunakan ujian DOPE atau burung. Tapi, kami tidak sempat untuk melaksanakan ujian tersebut atas sebab-sebab teknikal. Namun, kami masih dapat mengenalpasti personaliti setiap burung yang mewakili identiti masing-masing.
Dr. Harlina kemudiannya memberitahu bahawa kita perlu menerima dan pandai menguruskan kepelbagaian dalam masyarakat kita. Especially dalam masyarakat majmuk di Malaysia ni. Unsur-unsur negatif seperti racism, diskriminasi, bias dan lain-lain tidak sepatutnya ada lagi. Bermula dari kami, ya, generasi kami, unsur negatif itu tidak sepatutn…

Day 17 - Transform

30 Disember 2014 - Money, money, money. Ya, wang. Duit. Tajuk utama slot pertama kami pada pagi itu. Tapi ia bukan sekadar tentang wang semata-mata. Ia tentang bagaimana dan betapa, sesangat pentingnya untuk menguruskan kewangan dengan bijak dan efisyen di alam universiti nanti. Peserta MHi telah diajarkan oleh Encik Harun Mohd Yusof tentang cara membuat bajet, berjimat-cermat dan mencari idea perniagaan yang bersesuaian dengan kami di IPT nanti. Kami dengan ini, berasa begitu yakin sekali untuk menghadapi alam universiti nanti kerana kami sudah sedia dengan skil pengurusan kewangan yang tepat! InshaAllah, masalah kewangan dapat diatasi oleh peserta MHi dengan berkesan di masa hadapan nanti!
 Para peserta MHi kemudiannya didatangi oleh seorang pendebat dari UIA yang selesa dipanggil Abang Anas. Ya, kami sudah tak sabar lagi, untuk BERDEBAT. Tapi kita ‘warm up’ terlebih dahulu sebelum dewan menjadi lebih hangat lagi. Slot dimulakan dengan mengajar serba sedikit tentang debat dan kemudia…

Day 16 - Refresh!

29 Disember 2014 - Pada pagi itu, kami bersama Ustazah Maznah  Daud untuk slot yang buat hati kami berbunga-bunga, bergelora. Slot tersebut bertajuk ‘Wanita Dalam Sirah’. Antara kisah srikandi yang dikongsi ialah Zainab bt. Jahsy, Hafsah bt. Umar dan Ummu Salamah. Mereka tidak begitu terkenal seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah, namun mereka mempunyai akhlak dan pekerti yang amat mulia serta wajar menjadi teladan untuk kami semua. Ya, ada sedikit ‘zapp’ di situ bagi kami peserta perempuan MHi.
 Slot kedua, kami meluangkan masa bersama fasilitator-fasilitator yang selama ini sudah berpenat lelah membimbing dan membanting tulang untuk kami, peserta MHi. Taaruf yang lebih mendalam dan perbincangan dalam kumpulan dilaksanakan. ‘Feedback’ turut dikongsi dan direnung bersama demi memaksimakan manfaat dari program MHi ini. Ada yang bergelak ketawa, dan ada yang bernada serius. Usai perbincangan, kami meneruskan aktiviti masing-masing. Tapi outdoor saja. It’s riadah time!
 Matahari…