Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

BASIC SELF DEFENSE/ HIDAYAH CENTRE

Tarikh:Rabu 2 Jan 2019 Tempat: Dewan KRT

Slot 1: BASIC SELF DEFENSE Aktiviti kami dimulakan dgn pengenalan tentang ‘Martial Arts’. Kami diberitahu bahawa ‘self-control’ adalah amat penting dalam seni mempertahankan diri. Dalam sesi praktikal kami mempelajari ‘vital points’ pada seseorang musuh , kami menjalani latihan tersebut secara berpasangan. Kami mengakhiri aktiviti kami dengan sebuah pertunjukkan yang dilakukan oleh 4 orang peserta MHI yang dipilih secara rawak.








Slot 2 : Hidayah Centre En.Kamarul menerangkan tentang peranan hidayah centre dan tujuan hidayah centre ditubuhkan. Beliau menceritakan pengalaman yang dilaluinya ketika berdakwah kepada orang bukan islam untuk mengenali islam dengan lebih lanjut. Penenerangan tentang agama selain daripada islam yang ada di Malaysia akan diberitahu untuk slot yang akan datang.



DAKWAH FARDIYAH

Tarikh: 1/1/2019 Tempat: Dewan KRT  Penceramah: Angah AKA Abang Fadzil
Kami diberi penjelasan tentang dakwah fardiyah. Antaranya ialah tentang teknik-teknik berdakwah
1.Taaruf dan berkenalan bersama ahli usrah
2.Meningkatkan silaturahim
3.Bina Thiqah
4.Beribadah dan taat kepada Allah
5.Ceritakan tentang keindahan islam
6.Bertanggungjawab
7.Ajak kenalan rapat
Kami diberi tugasan untuk memainkan satu watak dan mengaplikasikan cara dakwah fardiyah yang telah diajarkan. Pembentangan yang dilakukan bagi setiap kumpulan dilakukan dengan penuh semangat.





MHI TAKEOVER SELATAN

Tarikh: 30 December 2018

Pada hari Ahad bersamaan 30 december 2018. Para perserta MHI 1819 telah memulakan perjalanan ke melaka seawal 7 pagi.

Jaulah peserta MHI 1819 ke Melaka telah di bimbing oleh Kak Intan & Abang Umar yang merupakan team Dr,Hafizi

Jaulah kami di mulakan di Kota A Famosa yang juga berhampiran dengan Istana Melaka. Kemudian diteruskan lagi ke Bukit St.Paul.

Selepas beberapa minit berjalan jalan di sekitar bukit St.Paul , kami meneruskan perjalanan ke Makam Syamsudin Al-Sumatrani di Kampung Ketek.

Pada pukul 4.30 petang kami meneruskan perjalanan ke lokasi terakhir kami di Melaka iaitu di Bukit St.John yang juga dikenali sebagai Bukit Senjuang

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Masjid Selat Melaka & menikmati pemandangan yang indah  sambil menunggu waktu Maghrib di sana.


Peserta MHI 1819 di Bukit St. John bersama Kak Intan & Abang Umar