27 DECEMBER 2019


SLOT PAGI (GOTONG-ROYONG)
 Slot gotong-royong ini dianjurkan oleh ahli jawatan kuasa kebajikan dan kebersihan MHi.Pembahagian tugas bagi setiap kumpulan  dilakukan sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan.Aktiviti gotong-royong ini telah dijalankan di beberapa kawasan sekitar Kem Rimba Tamu.Antaranya ialah:
Kumpulan 1: Tandas ikhwah
Kumpulan 2: Dorm ikhwah
Kumpulan 3: Surau ikhwah dan akhawat
Kumpulan 4: Dewan
Kumpulan 5: Kantin dan dapur
Kumpulan 6: Dorm akhawat
Kumpulan 7: Tandas akhawat

Slot seterusnya adalah aktiviti bebas,slot ini diisi dengan permainan selimut minda. Permainan ini berperanan untuk menguji kepantasan dan daya ingatan para peserta.Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil bagi setiap pusingan dan wakil kumpulan tersebut perlu berhadapan dengan pihak lawan.
SLOT PETANG (AKTIVITI TAJWID)
Aktiviti tajwid ini pula dianjurkan oleh ahli jawatan kuasa kerohanian MHi.Beberapa kaedah mudah  untuk mengingati tajwid telah diperkenalkan oleh wakil daripada ahli jawatan kuasa kerohanian ikhwah dan akhawat.Teknik ini sangat membantu para peserta untuk memperbaiki bacaan tajwid apabila membaca al-Quran.Wakil daripada ajk kerohanian juga turut menerangkan hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam al-Quran.
SLOT MALAM- SLOT HADIS
 Pada slot malam pula , Para perserta mempelajari tentang Hadis Riyadius Salihin yang disampaikan oleh Ustaz Adam Mohd Adnan.

Comments