JAULAH KE MELAKA (22-23 DISEMBER 2019)


PADA PAGI HARI TERSEBUT, SEMUA PESERTA BERSIAP TERLEBIH AWAL DEMI MENEPATI JADUAL PERJALANAN YANG TELAH DITETAPKAN. ABANG ZAID TELAH MEMBERI TAKLIMAT TERLEBIH AWAL SEBELUM BERTOLAK AGAR PESERTA LEBIH PEKA DENGAN OBJEKTIF UTAMA MEREKA KE MELAKA. Alhamdulillah , oleh sebab keadaan trafik lengang , perjalanan ke Melaka hanya memakan masa 2 Jam 30 MInit.
AKTIVITI DAN TUGASAN
Bermula pukul 10:45 pagi sehingga 4:15 petang, setiap kumpulan dikehendaki membuat sebuah Dokumentari dengan menggunakan tajuk yang diberi :
·         5 Makanan unik di Melaka
·         Pengangkutan Unik Di Melaka
·         Bangunan Bersejarah Di Melaka
·         Tempat Ibadah Di Melaka
PERJALANAN KE RUMAH NGAJI
Selepas selesai dengan tugasan yang diberi, kami singgah sebentar di Masjid Selat Melaka untuk solat berjemaah Maghrib dan Isyak. Setelah tiba , Para peserta diberi masa untuk kendiri dan bersedia untuk tayangan tugasan dari setiap kumpulan yang telah bertungkus lumus menyiapkannya sepanjang hari.
BERAKIT DI LEMBAIAN DANAU
Keesokkan harinya, kami bertolak ke Lembaian Danau kira-kira Jam 8:30 pagi dan tiba pada jam 12 tengah hari untuk aktiviti Berakit. Para peserta di ajar untuk membina rakit dan :water confidant’. Selepas itu para peserta mengadakan perlumbaan antara kumpulan untuk menunjukkan semangat berkumpulan untuk memenangi pertandingan juga untuk menentukan sama ada rakit yang dibina itu kukuh ataupun tidak.

BERTOLAK PULANG KE KEM RIMBA TAMU
Selapas selasai berakit dan kendiri ,peserta mula bersiap dan bertolak semula ke kem pada pukul 3:30. Kami juga berhenti berehat di RnR Sungai Buloh untuk makan malam dan solat jama’ maghrib dan isya’

Comments