Pengurusan Organisasi dan Seni Bicara (Day 2)

Hari ini Ahad bersamaan 15/12/2013, hari kedua kami berada disini, Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor.  Setelah pembahagian kumpulan untuk kumpulan MHi semalam, pagi ini selepas solat Subuh dan bacaan Mathurat, kami disajikan dengan taklimat oleh Abang Hafiz Bai tentang peraturan peraturan yang perlu kami patuhi sepanjang berada di kem ini.

Selepas taklimat, kami beramai-ramai Solat sunat Dhuha dan meneruskan lagi program untuk slot yang kedua iaitu slot LDK. Dimana di dalam slot ini, kami setiap kumpulan diberi tugas untuk melantik ketua kumpulan serta anggota-anggotanya tadi terdiri daripada JK Chef,  JK Kebersihan, JK Kerohanian, JK Mulpen (Multimedia dan penerbitan) dan JK Sukan. Setiap Ketua Kumpulan yang dipilih pula terpilih untuk membarisi majlis Syuro MHI 13/14. Dengan adanya majlis Syura MHI 13/14 InsyaAllah program ini berjalan lebih lancar dan menarik lagi, dalam slot ini, kami bermain bola di dalam kumpulan yang mana juga disertai bersama Abang yai (Rizal) yang menambahkan lagi seni program petang itu.

Malam itu kami disajikan dengan sebuah slot yang sungguh Berjaya menambat hati kami iaitu slot Seni Bicara bersama abang yang sungguh kacak dan menawan, Abang Syed Faizal. Pelbagai cara dan tips yang dikongsikan bersama peserta program untuk membina dan menambahbaikkan lagi skill pengucapan awam atau ‘public speaking’. Antara tips yang dikongsikan ialah teknik 4 penjuru dalam menyampaikan ucapan. Teknik ini sungguh berkesan dalam meningkatkan lagi kemahiran berucap. Akhir sekali, kami berharap hari esok menjadi lebih baik daripada hari ini.

Setiausaha bertugas
Ahmad Ulwan Sharak

Kump. Sang Rimba.  

Comments