Thursday, 16 February 2012

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 21 - 15januari

    Jam 6.30 pagi, terdengar sayup suara peserta-peserts MHI yg sedang membaca ma'thurat secara berjemaah. Setelah itu, kami dikumpulkan di lapangan kawad untuk aktiviti riadhah. Kemudian, hari diteruskan lagi dengan slot 'Sejarah Nuasantara' oleh Dr. Hafidzi. Kami dibawa menyelusuri dan melihat sejarah Nusantar dari sudut yg berbeza. Jika dulu, kita berkenalan dgn Dr. Burhanuddin al-Helmy yg perjuangannya 'berakhir' di balik tirai besi. Tapi hari ini, kami berkenalan pula dengan hidup perjuangannya di balik tirai besi yg sempit itu. Slot berhenti untuk solat Zohor dan makan lunch.

    Slot Sejarah Nusantara disambung kembali pada sebelah petangnya. Kali ini, kami belajar pula tentang sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukan itu sahaja, kami juga belajar tentang sejarah Islam di negara lain seperti China, India dan Acheh. Dr. Hafidzi berjaya menyingkap misi utama kedatangan negara-negara barat ke Tanah Melayu, iaitu untuk menghancurkan Islam tp menggunakan perdagangan sebagai alasan. Mereka bukan berperang dengan orang Melayu pada ketika itu, tetapi mereka berperang dengan orang Islam.

-Sejarah Bukan Sekadar Perkara Lalu, Namun ia Sebagai Penentu Masa Depan Untuk Kita Pelajari Daripadanya-

    Malam ini pula, malam kami di isi dengan perbincangan tentang 'Krisis Ekonomi Global' oleh Prof. Nazari. Amerika Syarikat negara miskin!! Jepun dilanda krisis ekonomi!! Percayakah anda? Itulah hakikat dunia ekonomi sekarang. Kemajuan dan kemodenan sesebuah negara hanya mengaburi krisis ekonomi negara tersebut. Makin maju, makin banyak hutang. Banyak hutang merupakan simbol kemiskinan. Kami juga disarankan agar tidak menggunakan kad kredit kerana kad kredit punya riba dan kita akan berhutang. Kalau terpaksa, bayar full, jangan bayar separuh2. Begitulah antara pesanan Prof. Nazari kepada kami. 

-Orang Paling Kaya ialah Orang Yang Paling Sedikit Hutangnya-


BY : Siti Ummul Hadhirah Hussain


SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 20 - 14januari

   Pagi ini tiada aktiviti khusus untuk kami seperti kawad atau riadhah. Sekitar jam 9pagi kami berkumpul di dalam dewan bagi memulakan rutin harian kami iaitu sesi public speaking. Seusai sesi public speaking, tiba pula sesi Dr. Adnan. Kali ini beliau mengajar kami tafsir surah al-Mukminun. Apa yg kami dpt dr slot ini ialah, bagaimana caranya Rasulullah S.A.W bersolat. Slot tamat sekotar jam 12.30 tgh/hari.

   Selepas Zohor, tiada rasmi yg dijalankan. Namun, bagi memenuhi permintaan kami, kami telah ditayangkan dengan cerita "Valley of The Wolves" (klu xslap). Cerita ini menggambarkan tentang penderitaan yg dihadapi oleh saudara se-Islam kita di Palestine. Walaupun kami bebas melakukan apa sahaja, tp kebanyakan dr kami tetap bersemangat untuk menonton tayangan ini sehingga ke punghujung program. Tayangan tamat sekitar jam 6 petang.

    Malam pula, slot bermula agak awal iaitu pada jam 8.30malam. Kami berkumpul pada jam 8.30 malam bg memulakan slot malam kami pada hari ini bersama wakil dr PERINTIS atau Persatuan Saintis Muslim Malaysia. Slot bermula dengan pengerusi majlis mengenalkan kami kepada Prof. Pauzi Zakaria. Beliau merupakan tenaga pengajar di UPM. Beliau juga merupakan satu-satunya pakar dalam " Finger-printing Hydrocarbone" atau lebih dikenali sebagai "Environmental CSI". Satu lagi yg menarik ialah di mana beliau pernah menjelajah sehingga ke Antartika dan Artik bagi tujuan mengkaji pencemaran alam sekitar. Selepas sesi pengenalan yg mengagumkan kami itu, slot diteruskan dengan aktiviti. aktiviti ini diberi nama "Science Bridge". Ikhwah dipecahkan kepada dua kumpulan dan akhawat juga dipecahkan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diberikan beberapa bahan seperti surat khabar, salotape dan gunting. Kami dikehendaki membina satu jambatan menggunakan bahan-bahan yg diberi. Syaratnya jambatan itu mestilah kukuh dan teguh.

Hari kami berakhir dengan kepuasan membina jambatan. =D


BY : Imran Bin Kamaruzaman , We Loh , Amir Hanafi



http://www.facebook.com/media/set/?set=a.343166169036308.89317.325485660804359&type=3

Sunday, 12 February 2012

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 19 - 13januari

    Slot kami pada pagi ini telah diganti dengan sesi refleksi yg telah dikendalikan oleh Kak Asma Amran. Kak Asma telah meminta kami untuk menyenaraikan sebarang perubahan yg telah terjadi sepanjang tiga minggu kami berada di sini.Beberapa peserta ikhwah & akhawat telah berkongsi perubahan-perubahan yg berlaku kepada diri mereka sepanjang berada di MHI. Program-program MHI yg dijalankan telah banyak membawa perubahan kepada diri kami. Pada hari ini juga, kami bakal kehilangan tulang belakang kepada program MHI, Abg Syukri, beliau akan pulang ke Sarawak kerana beliau, Kak Aida dan Kak Fifi akn di 'posting' dlm masa terdekat. Semasa beliau mahu pergi meninggalkan kami, peserta ikhwah telah mengiringi kepulangan Abg Syukri dengan nyanyian lagu 'Untukmu Teman'. Terasa pilu dan sedih kerana Abg Syukri byk mengajar dan menegur kesilapan kami.

- Setiap pertemuan pasti akn ada perpisahan-


   Masa tengahhari kami di isi dengan slot 'English Time' yg dibawa khas olah akak fasi kami, Kak Syah. Kami di minta untuk berada dlm kumpulan masing-masing dan diberi tugasan unutk mencipta 'indoor games' kami sendiri berdasarkan kreativiti kami. Pelbagai jenis 'indoor games' telah tercipta, antaranya "The Pitch-Potch", "Mute & Deaf", "Splat" dan "Truth, Dare & Challenge".

   Semasa slot ini juga, kami hanya dibenarkan untuk berkata-kata menggunakan bahasa Inggeris. Mereka yg terlepas cakap dalm bahasa Melayu akn didenda. Beberapa peserta telah didenda kerana bercakap menggunakan bahasa Melayu, mereka dicalitkan sos cili ke muka mereka sebagai denda. Seterusnya, Kak Syah telah berkongsi kepentingan bahasa Inggeris yg menjadi bahasa perantaraan dunia sekarang.

-Menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa selain bahasa Melayu adalah adalah satu KEMESTIAN-

    Pada malam ini, kami didatangi 3 org mahasiswa dan mahasisiwi dr Universiti Islam Antarabangasa Malaysi (UIAM). Akhi Marwan telah berkongsi sedikit pengalaman hidupnya dan sedikit perkongsian mengenai kepentingan usrah di universiti kelak. Beliau juga berkongsi tentang pengalaman dan cara beliau berdakwah di kampus. Kemudian, seorang ukhti bernama Siti Amirah juga menceritakan tentang pengalaman hidup beliau sepangjang berada di alam kampus UIA. Beliau juga teah memberi kata-kata semangat kepada kami agar terus bangkit dan tidak berputus asa untuk berdakwah.


-Seseorang haruslah melibatkan diri dengan masyarakat agar dakwah dapat dikembangkan-


BY : Nur Hidayah Bt Mesyasin

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18- 12januari

AKHAWAT

Nur Hidayah Bt Mesyasin a.k.a DAYAH

    Hari ini adalah hari yang sangat dinantikan oleh peserta MHI. Pihak Raudhatus Sakinah telah datang seawal pagi untuk meluangkan masa bersama dengan peserta MHI. Pihak RS telah berkongsi maklumat mengenai gejala salah laku seksual yg semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Mereka juga telah menayangkan gambar bayi-bayi yg telah dibuang dengan kejam sehingga menyentuh hati kebanyakan peserta. Sya juga berasa sangat terkilan dengan tindakan remaja zaman sekarang.

Mu'izzah Bt Mohd Razali a.k.a IZZAH

    Hari ini, pihak Raudhatus Sakinah telah datnag ke lokasi MHI untuk satu program yg bernama 'Anda Bijak Jauhi Zina'.Program ini merupakan satu program di mana ia menerangkan tentang bahaya melakukan seks bebas dan masalah rata-rata remaja zaman sekarang. Semasa gambar-gambar bayi yg dibuang ditayangkan, ramai akhawat yg menitiskan air mata kerana pilu melihat nasib bayi yg malang itu. Selain itu, terdapat juga aktiviti berkumpulan dimana kami berbincang mengenai isu semasa.

Humaira' Bt Ahmad Khalid a.k.a MAIRA'

ABJZ Yes!
Are you ready?!
ABJZ Yes!
Are you ready?!
ABJZ yes! yes! yes!

    Jeritan bersemangat drpd peserta MHI telah menggegarkan dewan KRT! applause~ Pimpinan drpd barisan fasi2 mantap ABJZ menyinari hari saya hari ini. Terlalu banyak perkongsian yg dikongsikan especially by Sis Jaja, Bro. Jo, Bro. AO dan ramai lagi. Bahagian yg paling menyentuh hati saya sehingga menitiskan air mata ialah apabila video yg memaparkan susasan penduduk GAZA yg mana remajanya sangat berbeza dengan remaja MALAYSIA. Mereka benar-benar berjuang untuk meraih syurga, bukan atas dasar nafsu syahwat semata-mata. Next, slot diteruskan dgn LDK sehingga lewat petang.

Siti Ummul Hadhirah Husain a.k.a UMMUL

   Kalau remaja luar sibuk membimbit I-Phone, hari ini remaja MHI rata-rata membimbit 'I-BAG', gara-gara tidur lewat untuk majlis perpisahan semalam. Pagi ini slot dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Slot yang berlanjutan hingga jam 5.30 petang ini banyak membuka minda peserta tentang realiti dunia luar an tentang penzinaan. Selain pendedahan tentang dunia percintaan remaja yg melalaikan, kami turut diberi maklumat tentand STD ( Sexulally Transmitted Disease) yg kami kira sebagai azab yg Allah janjikan kepada penzina.

Nur Aqilah Bt Mokhtar a.k.a QIQI

    Slot pada hari ini bermula pada jam 8.20 pagi setelah semua usai bersarapan. Slot pada hari ini telah dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy yg berkisar tentang kempen yg tidak asing lagi bagi kami iaitu 'Anda Bijak Jauhi Zina' atau singkatannya ABJZ.

    Slot pertama kami adalah tentang asal kejadian kita serta sejarah kita sebagai manusia. Walaupun informasi ini sudah diketahui semua umumnya, namun slot ini telah berjaya menyedarkan kami akan hakikat kebesaran dan kekuasaan Allah. Seterusnya, slot ini diteruskan dengan mendalami jiwa remaja tentang cinta yg sememangnya suatu fitrah tetapi telah disalah gunakan nikmat ini hingga mereka melakukan kemungkaran dan maksiat. Kami sedar bahawa cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, umat dan kecemerlangan khususnya, adalah cinta yg sebenar dan menjamin ke syurga serta mendaapt keredhaan Allah.

    Slot diteruskan lagi dengan isu gejala sosial dalam kalangan remaja kini yg dahagakn kebebasan seperti Emo, Gothic, Black Metal, Pengkid dan sebagainya. Slot kemudiannya menyentuh soal akibat seks bebas yg kian berleluasa kini. Antara akibatnya ialah pembuangan bayi dan pengguguran serta penyakit seperti AIDS & HIV. Kami berpeluang mengenali dengan lebih jelas tentang penyakit kelamin @ 'Sexually Transmitted Disease (STD)' seperti sifilis, gonorea serta ketuat. Sungguh azab Allah ke atas orang yg berzina itu sungguh dahsyat. Nauzubillah.

    Slot yg kedua teah dijalankan selepas Zohor. Kami dibahagikan kepada 10 kumpulan bagi menjalani sesi LDK. Slot ini mengandungi beberapabahagian iaitu tafsir surah al-Baqarah dari ayat 49 hingga ayat 57 kemudian mengaitkannya dengan ABJZ ini. Seterusnya kami diberi 4kajian kes tentang laporan akhbar berkaitan isu-isu seks bebas ini. Bahgian seterusnya ialah merancang projek kami sendiri untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat tentang isu ini. Kami juga diminta menyenaraikan 10 perancangan kami menyebarkannya.

Slot bersama Raudhatus Sakinah berakhir pada jam 5 petang.

SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18 - 12januari

Kali ini, hasil kerja setiap ahli AJK SETIAUSAHA akn dipaparkan.


IKHWAH

Wan Abdullah a.k.a WE LOH

    Pagi yg gelap kini sudah terang. Keheningan di waktu subuh dipecahkan dengan kebingitan suara kekalutan semua peserta MHI. Ada yg masih tidur, dan ada yg berkalut serta ada yg masih seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Jam menunjukkan pukul 8pagi dan semua peserta diminta untuk berkumpul di dalam dewan kerana krew dari Radhatus Sakinah telah tiba dan sudah bersedia untuk memulakan program.

    Program kami bermula bersama pihak Raudhatus Sakinah dengan propaganda yg dibawa 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Tajuk pada hari ini berasaskan tentang masalah 'Zina dan Padahnya'. Kami didedahkan dengan masalah-masalah sosial remaja kini yg kian merunsingkan.


Amir Hanafi a.k.a AMIR

    Pada pukul 8.30pagi, penceramah ABJZ memulakan ceramah mereka tentang kesan2 berzina. Barisan penceramah terdiri drpd Bro. Jo, Bro. Bit, Bro. Fairuz dan Sister Jaja. Ceramah yg disampaikan oleh mereka sangat menarik dan menyentuh hati. Dalam slot ini, mereka menceritakan tentang buruknya kesan melakukan zina terhadap individu seseorang. Alhamdulillah, slot ini selesai pada pukul 1 tengahhari.

    Selesainya solat Zohor, aktiviti lain pula diteruskan. Kali ini, peserta MHI dipecahkan kepada 10 kumpulan baru. Setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing di berlainan lokasi. Akhirnya, tugasnya yang diberikan selesai pada pukul 5.3o petang.

Imran Kamarulzaman a.k.a IMRAN

    Seawal 8 pagi, peserta MHI bertungkus lumus menyiapkan diri untuk menghadiri program 'Anda Bijak Jauhi Zina' @ ABJZ yg dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah. Program ini bermula dengan sesi mengenali diri sebagai remaja. Bor. Fairuz menjai pengerusi majlis. Selepas itu, Bro AO mengendalikan sesi ISK atau 'Ini Sejarah Kita'. BEliau menerangkan fitrah manusia. Ungkapan yg tersemat dikalbu peserta ialah kisah kaum Nabi Luth yg menyokong perkahwinan sejenis.

    Selepas itu, Sister Jaja menerangkan tentang akibat buruk melibatkan diri dalam pergaulan bebas. Salah seorang peserta ikhwah disuruh untuk melafazkan ayat-ayat cinta. Sister Jaja juga menerangkan kesan buruk dan risiko membuat seks sebelum kahwin. Banyak pengetahuan dan info dapat diperolehi bagi peserta MHI.

    Di sebelah petang, peserta MHI telah dibahagikan mengikut kumpulan yg terdiri drpd 10 orang. Setiap kumpulan diberikan tugas dlm sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Di dalam kumpulan3, mereka diberi tugas menghuraikan tentang keratan akhbar yg menunjukkan perbuatan zina remaja. Selepas itu, mereka diberi amanah untuk menyediakan suatu Projek Mega untuk dijadikan sumber rujukan ahli ABJZ. Mereka telah menyusun strategi unutk "Karnival Mari Berpacaran" yang boleh menarik perhatian para remaja zaman sekarang.

Tuesday, 7 February 2012

R2T -Thailand, day 5 , 27 Januari 2012 - After Breakfast ^^


Pantai!!!!!


Eh rangka En. Paus pun ada? Mana ni??


Belut elektrik pun ada???


Kerapu BESAR pun ada???


Gambar Tsunami pun ada???


Ni apa???


Sebenarnya kami melawat Akuarium Phuket ^.^


Kemudian kami ke menara tinjau untuk melihat pemandangan indah ciptaan Allah, Pulau Phuket ^^



Hotel Jepun di Thailand! Habato2!


Selamat malam!


Thursday, 26 January 2012

R2T -Thailand, day 5 , 27 Januari 2012

‎7.31 am : sarapan pagi, di Dinar Lodge, Phuket.

Alhamdulillah, semalam kami telah bertemu dgn ikhwah akhawat thailand dan melihat aktiviti2 yang telah dijalankan, seperti daurah, mukhayyam, katibah dll. Alhamdulillah terasa kebersamaan :)

Jika di malaysia rangkaian sekolah musleh telah beroperasi selama belasan tahun, tetapi dithailand, rangkaian sekolah as-salam telah beroperasi selama 37 tahun. 

Sekarang tengah tunggu bas, perjalanan hari ini dijangka lebih panjang dan menarik. Doakan semuanya dipermudahkan. Insyaallah :)


Perjlnn dr Phuket ke Hat Yai mengambil masa 5 jam :)
kami SUKA ddk dlm bas!!! :D