3 JANUARI 2020


Financial Literacy 101 Bersama Abang Irfan
Slot ini diisi dengan perkongsian pengalamannya belajar di luar negara selama beberapa tahun. Beliau juga memberikan penerangan yang jelas tentang kelebihan dan kekurangan belajar di luar negara. Tambahan lagi,beliau menunjukkan cara-cara menguruskan wang perbelanjaan yang paling efektif sepanjang belajar di luar negara.

Penilaian Kumpulan Bersama Kak Syarh
 Dalam slot ini,setiap kumpulan diberi peluang untuk menilai input yang diperoleh  daripada semua aktiviti yang telah dilakukan samada di dalam atau di luar Kem Rimba Tamu. Setiap kumpulan perlu melakar peta minda berdasarkan apa yang telah dibincangkan. Selepas itu,setiap kumpulan menghantar seorang wakil yang akan membentangkan satu aktiviti yang amat memberi impak yang positif kepada individu tersebut. Antara aktivitinya ialah slot belajar memasak, temuramah ketika Jaulah di Melaka, slot belajar Bahasa Isyarat dan projek M.

Islam Dan Penentanganya Bersama Bro Arham
Bro Arham memberikan pendedahan tentang golongan syiah kepada para peserta dengan lebih mendalam.Golongan syiah yang dibincangkan dalam slot ini adalah Syiah Imam 12.Beliau juga turut menekankan agar peserta lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan golongan syiah agar tiada sebarang permasalahan akan timbul kelak.

Comments