Skip to main content

Kenali MHi??



Sekitar hampir 500,000 orang pelajar sedang mengambil peperiksaan SPM termasuk STPM dan STAM saban tahun. Sebahagian daripada mereka akan mengikuti PLKN dan bekerja selepas menamatkan peperiksaan tersebut. Ada di kalangan mereka yang akan banyak meluangkan masa di rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada diri mereka sementara menunggu ditawarkan peluang menyambung pelajaran mereka ke kolej-kolej persediaan, universiti atau yang setaraf dengannya. 

Sepanjang tempoh transisi ini, mereka sewajarnya dipersiapkan dengan pelbagai cabang ilmu bagi mengukuhkan lagi persediaan mereka sebelum melangkah ke alam mahasiswa yang jauh lebih mencabar. Pelajar Muslim yang bakal bergelar mahasiswa ini bukan sahaja perlu cemerlang dari segi intelek, sebaliknya turut mapan daripada aspek kerohanian, akhlak, emosi dan jasmani seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang. 



Demi melahirkan bakal mahasiswa yang cemerlang dalam semua aspek tersebut, badan bukan kerajaan perlulah memainkan peranan yang sewajarnya. Pertubuhan IKRAM Malaysia di bawah Jawatankuasa Belia & Remaja akan menganjurkan MHi, satu program yang komprehensif dan intensif selama lebihkurang sebulan. Ia menggabungkan konsep teori dan praktikal bertunjangkan nilai-nilai Islam. Pada tahun ini, MHi sudah masuk tahun kesepuluh setelah enam MHi sebelum ini Alhamdulillah berjaya menyantuni dan mempersiapkan pelajar lepasan SPM/STPM/STAM menuju gerbang dunia mahasiswa yang sarat dengan cabaran. 

MHi turut menyediakan modul program berbentuk sukarelawan dan khidmat masyarakat beserta aktiviti-aktiviti lasak yang menguji fizikal dan emosi peserta. Aktiviti sebegini penting sebagai pengukuhan jiwa untuk hidup berkomuniti dan berorganisasi apabila berada di IPT kelak. Semestinya corak hidup seorang pelajar memerlukan hubungan kolektif sesama ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat yang sihat tanpa mengabaikan syariat. 



OBJEKTIF MHi


1) Melahirkan muslim yang mempunyai 10 ciri-ciri muslim terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak


2) Memberi kefahaman jelas kepada para peserta akan matlamat kehidupan sebenar sebagai hamba dan khalifah ALLAH


3) Membina kemahiran peserta melalui program-program ‘self development’ dan ‘life skills’


4) Melahirkan kepimpinan pelajar IPT yang bertaqwa, berkemahiran tinggi, dinamik dan berketerampilan


5) Menyediakan ruang perkongsian ilmu dan pengalaman tokoh masyarakat, pakar motivasi, ahli profesional, asatizah dan fasilitator dengan para peserta


6) Menjalin dan memperkukuhkan ukuwwahfillah sesama para peserta dan dengan kepimpinan dan ahli IKRAM


7) Memberi pendedahan kepada pilihan bidang kerjaya yang bersesuaian dengan para peserta


8) Memperkenalkan gerakerja Belia Remaja, IKRAM Siswa khususnya, kepada peserta




Modul-modul program dalam MHi merangkumi:

  • Modul Kefahaman Islam - Cth: Kefahaman Islam, Aqidah, Sirah, Fiqah, al-Quran, Hadis, Dakwah
  • Pembangunan Kerohanian dan Spiritual Diri - Cth: Qiamullail, Ibadah yang sempurna, Puasa, Ikhtilat, Kuliah dan Tazkirah, Semakan Tajwid al-Quran harian
  • Kemahiran Kendiri (Soft Skill) - Cth: Kemahiran Memasak, Menjahit, Membaiki Kereta/Motor, Public Speaking, Critical Thinking, Managing Diversity, Etika Blog
  • Aktiviti Luaran (Outdoor Activity) - Cth: Jungle Trekking, Explorace, Night Walk, Water Confidence, Futsal Tournament, Task Force, Street Dakwah
  • Aktiviti Interaktif dalam Dewan (Indoor Activity) - Cth: Majlis Persembahan MHI, Bantuan Kecemasan, Movie Nights, Interactive Games, English Section





Popular posts from this blog

PENDAFTARAN MHI'1819 KINI DIBUKA!

Assalamu'alaikum wbt
Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM, kami bawakan...
MADRASATUL HAYAH IKRAM 2018-2019 (MHi'18/19)

Tarikh: 22 Disember 2018 – 19 Januari 2019 (29 Hari)

Tempat: Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor
Yuran: RM1,000 (anak ahli IKRAM) RM1,100 (bukan anak ahli IKRAM)
Pendaftaran: http://bit.ly/mhi1819

Tarikh Tutup Pendaftaran: 12 Disember 2018



Anjuran: JK Belia dan Remaja Pusat dengan kerjasama IKRAMTeens
-------------
PENGENALAN
Sekitar hampir 500,000 orang pelajar sedang mengambil peperiksaan SPM termasuk STPM dan STAM saban tahun. Sebahagian daripada mereka akan mengikuti PLKN dan bekerja selepas menamatkan peperiksaan tersebut. Ada di kalangan mereka yang akan banyak meluangkan masa di rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada diri mereka sementara menunggu ditawarkan peluang menyambung pelajaran mereka ke kolej-kolej persediaan, universiti atau yang setaraf dengannya. 
Sepanjang tempoh transisi ini, mereka sewajarnya dipersia…

Apa itu Usrah?/ STREET DAKWAH/ Forum Mahasiswa -Day 21 MHI 13

Slot 1 : Apa itu usrah?  Oleh: Hafiz Bai [9.00-11.55]
Kami didedahkan tentang definisi usrah yang sebenar Abang Bai menerangkan tentang sejarah usrah, siapa yang mengasaskan, bilakah bermula dan rukun usrah iaitu 3T (Taaruf, Tafahum, Takaful) Kami akan dibahagikan dalam usrah mengikut negeri/daerah
*"Tuceen, bangonlah, kita nk p street dakwah ne :(*

*goodie2 bag2x~~*



Slot 2: STREET DAKWAH. The Curve, Damansara [12.00-5.00]
Street Dakwah bertujuan menerangkan dan membetulkan fahaman non-muslim tentang Islam yang telah banyak menyimpang yg mncul dari orang2 Islam yang tidak mempraktikkan Islam sebenar itu sendiri. Setiap peserta diberikan minimum 2 goodie bag yang berisi pamphlet tentang Islam, majalah ilmiah dan sebungkus biskut tiger juga beberapa barang temubual.
Hasil daripada outing ini, Dapat pengalaman responden non-muslim yang menolak Islam dengan keras dan ada juga responden yang mengatakan ; “ I like the religion but I do not like some Muslim who use Islam to justify their…

MHI TAKEOVER SELATAN

Tarikh: 30 December 2018

Pada hari Ahad bersamaan 30 december 2018. Para perserta MHI 1819 telah memulakan perjalanan ke melaka seawal 7 pagi.

Jaulah peserta MHI 1819 ke Melaka telah di bimbing oleh Kak Intan & Abang Umar yang merupakan team Dr,Hafizi

Jaulah kami di mulakan di Kota A Famosa yang juga berhampiran dengan Istana Melaka. Kemudian diteruskan lagi ke Bukit St.Paul.

Selepas beberapa minit berjalan jalan di sekitar bukit St.Paul , kami meneruskan perjalanan ke Makam Syamsudin Al-Sumatrani di Kampung Ketek.

Pada pukul 4.30 petang kami meneruskan perjalanan ke lokasi terakhir kami di Melaka iaitu di Bukit St.John yang juga dikenali sebagai Bukit Senjuang

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Masjid Selat Melaka & menikmati pemandangan yang indah  sambil menunggu waktu Maghrib di sana.


Peserta MHI 1819 di Bukit St. John bersama Kak Intan & Abang Umar