Selangkah Merubah Dunia! - Day 3 - 28 Disember 2011


Okey, macam biasa selepas selesainya  Qiamullail,solat Subuh berjemaah dan bacaan Ma’thurat. Seterusnya, kami  dihidangkan dengan sedikit pengisian oleh salah seorang fasilitator kami, Abang Shukri. Selepas itu, kami diberi arahan oleh Abang Asyraf untuk bersiap sedia ke padang kawad.
   

“ 1! 2! 3! 4! 5!!~ ”
Perghhh!! Kami masih terkejut juga dengan arahan yang diberikan untuk berdiri tegak dalam 3 barisan lurus (walaupun ini kali kedua kami menerima arahan sebegini). Abang Asyraf telah mengendalikan kawad kaki kedua  kami dalam kem ini. Seluruh kawasan Kem Rimba Tamu digemakan dengan suara nyaring~ beliau. Setelah itu,pertama kali kami menyanyikan lagu Negaraku  di kem ini. Agak seronok dan bersemangat bila nyanyi  bersama. Heee~ =P

Hari ini dimulakan dengan slot ‘Public Speaking’. 5 speaker pertama telah dirasmikan oleh ketua bg setiap kump peserta lelaki. Nak tahu siapa mereka?
Ø  Aqil
Ø  Ashraf
Ø  Danial
Ø  Ehsan
Ø  Amir

Setiap seorang dari mereka mmg layak memegang jawatan ketua kerana mereka berjaya menghabiskn ucapan mereka dengan jayanya walaupun tiada persediaan yg dbuat. Lebih mengagumkan, mereka hanya mengetahui tajuk ucapan mereka sejurus sebelum mereka mula beraksi. Hebatkan?

         Selepas itu, kami mengikuti bimbingan memasak yang diketuai oleh Pak Long dan Mak Long.


Kami diajar pelbagai menu antaranya:
1.       Daging masak kicap
2.       Ayam masak sambal merah
3.       Ikan masak lemak
4.       Sayur goreng
5.       Ayam goreng

Kami juga diajar bagaimana untuk memotong sayur, daging, bawang dan sebagainya. Jadi, bila pulang ke rumah kelak, bolehlah kami bantu ummi-ummi kami di dapur.hehehe… oh! Antara nilai murni yg kami dapat sepanjang sesi ‘potong memotong gaul-menggaul’ ini, beban yg berat akan dpt dikurangkan sekiranya kita bekerja secara berkumpulan..


      Selepas merasa masakan hasil air tangan kami sendiri td, kami dikerah untuk membuat perbincangan dlm ‘komiti’ masing2. Terdapat 10 ‘komiti’ semuanya :


Majlis Syura ( terdiri dr setiap ketua kumpulan) -> sbgi wakil peserta untuk berbincang dgn para fasilitator.
Timbalan Ketua  merangkap AJK Kebajikan -> menjaga kebajikan para peserta
AJK Masakan > berbincang ttg menu makanan harian.
JK Setiausaha > menyediakan laporan aktiviti harian para peserta.
AJK Kerohanian > menyediakan jadual imam, bilal dan para pentazkirah.
AJK Sukan > merencana aktiviti sukan para peserta serta menjaga peralatan sukan.
AJK Kebersihan > Memastikan kawasan kem sentiasa bersih.
AJK Disiplin dan Keselamatan > Menjaga disiplin dan keselamatan para peserta.
AJK Dana > Menjaga pengaliran wang keluar masuk program. 
AJK Multimedia > Menyediakan video dan gambar untuk kegunaan program

Selepas Maghrib tazkirah peserta lelaki tidak berjaya dilakukan atas beberapa sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. =(  Namun peserta perempuan berjaya melakukan tazkirah KULTIM (Kuliyah Tiga Minit). Tahniah kpd AJK Kerohanian akhawat kerana berjaya melaksanakan amanah mereka. Tazkirah tersebut berjaya disampaikan oleh Syakirah Bte Abdul Rahman. Ia berkisar tentang kisah Nabi Sulaiman dan Sang Semut. Di mana beliau menekankan tentang keyakinan Sang Semut dengan rezeki Allah serta kebijaksanaan mereka dalam berjimat cermat demi kebaikan mereka.

         Slot terakhir kami disampaikan  oleh DR. Adnan bertajukkan ‘’Muslim Personality’’..    Antara point penting yang ditekankan oleh DR Adnan ialah :
·         Kepentingan sifat SABAR .
·         Betapa pentingnya untuk kita THABAT dlm apa jua jalan yg kita yakini.
·         BAHAYA LISAN terhadap diri kita dan org lain.

Oh! Hari kami ditamatkan dgn satu hadiah dr Abg Shukri, DOA! Sangat bahagia bila mendapat hadiah yg sebegitu bermakna dr seorang yg sgt hebat seperti beliau. Terima kasih kami ucapkan kpd Abg Shukri. Harapannya agar budaya doa ini dpt kami teruskan dan laksanakan setiap hari dan setiap masa kerana doa itu merupakan senjata orang mukmin. =)

Terima Kasih Abg Shukri =D

Alhamdulillah. Berjaya kami habiskan repot kami. Sebelum kami beransur untuk tidur, ingin kami mohon dr para pembaca agar dpt mendoakan kami para peserta untuk terus tetap di MHi ini. Dan juga untuk para fasilitator agar mereka terus kuat dan tabah dlm menjaga kami.hehe.. Tolong ya!

Repot oleh TeamSU MHi : Aiman, Abdullah,Anwar, Yaqin-          
-          

Untuk gambar-gambar yg lebih menarik, sila ke link ini : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.327381420614783.85954.325485660804359&type=3
                                                       

Comments