Selangkah Merubah Dunia ! - Day 1 - 26 Disember 2011



Peserta mula mendaftar seawal jam 12 tengahari - walaupun secara rasmi pendaftaran dibuka jam 2.dan berterusan hingga lewat malam - walaupun secara rasmi pendaftaran ditutup jam 7!! Begitulah, kita merancang, Allah yang menentukan. Apa pun, syukur Alhamdulillah semuanya selamat tiba, dari seluruh pelusuk tanahair, jauh & dekat. Ada yang sesat ada yang tersangkut, biasalah..bila ketempat yang tidak pernah sampai, tambah pula nun jauh di rimba.... Kami sangat menghargai kesungguhan & kepercayaan ibubapa 'menyerahkan' anak-anak ke sekolah kehidupan dengan harapan ianya untuk kebaikan. Begitu juga harapan kami. Sama-samalah kita doakan.....   
Sehingga berakhir hari pertama MHi, seramai 49 peserta lelaki dan 37 peserta perempuan telah berjaya mendaftar diri .
Program bermula dengan bacaan ma’thurat secara beramai-ramai  selepas solat maghrib berjemaah.  Sebelum  bergerak untuk makan malam, Abg Shukri selaku Ketua Fasilitator telah meminta para peserta utnuk membetulkan niat mereka agar masa yang akan mereka luangkan selama sebulan di MH-I kali ini tidak akan sia-sia.
Slot Ice-breaking yg dikendalikan oleh Abg Hafiz Bai bermula jam 2100 dan tamat  jam 2250. Antara aktiviti di slot ini yg telah berjaya memecahkan ais ! :
  • ·         Teka – Teki.
  • ·         Berkenalan dengan Abg-abg dan Kakak-kakak fasi.
  • ·         Game ‘AIR’
  • ·         GAME ‘RAHIM KATA’
  • ·         Mempelbagaikan kegunaan sesuatu barang
  • ·          Menyentuh gayung - sepatutnya bola, tetapi bola telah  pecah ketika aktiviti sedang berjalan :(((.


Sebelum kembali ke bilik, peserta telah di jamu dengan bubur durian dan teh panas. Harapnya tidak kepanasan nanti!!
  .

 _____________________________________________

Lintas langsung:


Suasana pendaftaran yg santai di MHi kali ini...
Ada yang makan durian, makan buah-buahan dan sebagainya...
MHi kali ni nampak lebih teratur dan kemas... Ramai alumni MHi yg datang membantu...

Alhamdulillah...

HBai


Untuk melihat lagi gambar-gambar di hari pertama, sila ke
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.326074580745467.85639.325485660804359&type=1

Comments

  1. Tahniah Dari Kami...

    https://www.facebook.com/creativetank

    ReplyDelete

Post a Comment