Selangkah Merubah Dunia ! - Day 2 - 27 Disember 2011

 “pagi yang gelap kini sudah terang..”
Oke, Qiamullail sudah,solat subuh berjemaah? Pun sudah.Ma’thurat? lagilah sudah. Seterusnya, kami dihidangkan dengan sedikit pengisian oleh salah seorang fasilitator kami, Abang Safwan. 


Apakah antara ibrah yang kami dapat? Perasaan TAKUT dapat membuatkan seseorang itu menjadi lebih hebat daripada dirinya sebelum itu.Selain itu, apabila kita yakin dengan doa yang kita panjatkan, ia bakal membuatkan doa tersebut lebih dimakbulkan.

“skuad! Ke kanaaaaaaan lurus~!”
                Oh!! kami kaget dengan arahan yang diberikan untuk berdiri tegak dalam 3 barisan lurus. Pakcik RELA (xigt name =P) telah mengendalikan kawad kaki pertama kami. Seluruh kawasan Kem Rimba Tamu digemakan dengan suara nyaring beliau. 
                Setelah itu, kami diberi sedikit  ‘amanah’ mengenai perbezaan antara solat dan kawad dalam diri seseorang yang beragama Islam. Hebat bukan? Itulah beliau yang digelar kami ATUK, dan merupakan peyelia Kem ini, iaitu, Tuan Haji Osman.
`               Bermula 9 pagi, kami megikuti sebuah lagi slot, yang bertajuk “Why Am I Here (mind setting)”. Fungsinya, peceramah telah mengajar kami cara untuk meng’set’ minda dan akal fikiran selama berada di MHI. Slot berharga tersebut telah dikendalikan oleh Encik Hasni Bin Marjumat

             Antara input yang kami dapat ialah ‘personality frame identify purpose drawing goals, strength witness and your goal’.

Hari yang indah diteruskan dengan Taklimat MH-I.Melalui slot ini kami berkenalan dengan lagu tema MH-I.(MP3).Disinilah kami dipecahkan kepada 10 kumpulan kesemuanya dan melantik ahli jawatan kuasa dalam kumpulan masing-masing untuk menjayakan program ini. 


Pada saat ini, anda dapat saksikan kami sedang bersuka ria ketika beriadah bersama-sama teman seperjuangan! Nilai utama yg ditanamkan dalam diri kami ialah kepercayaan terhadap ahli kumpulan masing-masing.
                Selepas makan malam, usai solat maghrib, diikuti dengan tazkirah ringkas, mengenai format al-Ma’thurat.Subhanallah! Begitu bagus sekali penyampaian fasi kami dalam menghuraikan isi-isi tersebut dan dikaitkan pula dengan format peperiksaan kami. Menarik bukan?
                Tibalah masanya, saat yang mendebarkan kami kerana slot pada malam ini ialah PUBLIC SPEAKING. Satu sesi yang begitu bertenaga oleh Encik Adnan yang membuatkan kami rasa tercabar untuk berada setanding dengan beliau dalam pegucapan awam. Kami diberi peluang untuk berucap dengan menghantar seorang wakil dari setiap kumpulan untuk berucap. 




               Nampaknya, dalam kalangan kami ini ramai sangat yang berbakat. Don’t judge a book by it’s cover! Kata orang-orang putih gitu… Kalau judge juga, jadi macam kami lah, terkejut sendiri..hehe…

                Itulah antara aktiviti yag kami lakukan sepanjang hari ini. Bermula saat ini, kami berazam untuk menyasarkan goal yang lebih jelas dan tepat pada halatuju. Expect the unexpected! Kami memang peserta yang hebat sepanjang hari ini. Tahniah dan tepukan gemuruh untuk kami! Heee… =D


P/S : tak sabar nak tunggu esok, dengarnya kami akan diberi kursus memasak! Yeah!!

Lagi gambar-gambar menarik hari kedua di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.326730307346561.85794.325485660804359&type=1

Ikuti cerita ceriti kami d http://www.facebook.com/pages/Madrasatul-Hayah-IKRAM-MH-i-20112012/325485660804359

Comments