SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 6 - 31 DISEMBER 2011

Alhamdulillah. Rutin harian seperti subuh berjemaah, ma'thurat, tazkirah dan 'renggang-renggang pagi' berjaya kami laksanakan dgn jayanya tnpa sebarang kesulitan. Alhamdulillah. Hari ini sarapan kami disediakn oleh pihak kem. Nasi Lemak yg kami kira sedap itu telah mengisi perut setiap seorang dr kami.hehe.. 

Slot seterusnya ialah slot oleh pemilik Kem Rimba Tamu iaitu Othman Bin Ahmad a.k.a Pakcik Othman. Beliau mengingatkan kami ttg bahaya merokok, bahaya dadah, bahaya arak, bahaya nikotin, dan bahaya-bahaya yg sewaktu dengannya. Slot beliau saya kira menarik kerana terlalu banyak info serta input2 baru yg kami dpt, xkira la sama ada peserta atau fasilitator. Selepas bercakap untuk seketika, para peserta telah diberikan satu soalan bg stiap kumpulan untuk dibincangkan. Kami diminta untuk membentangkan hasil perbincangan kami di atas pentas.

Habis sahaja slot Pck Othman, kami disuruh mengemas barang kami sementara para fasilitator mengemas dewan. Kami diarahkan berkumpul pd jam 1220. Kami sedikit teruja kerana hari ini merupakan 'outing' pertama kami di MHI. Kami akan bergerak ke Masjid Negara untuk bersama-sama pemuda pemudi dr seluruh Malaysia dlm program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati oleh Raudhatus Sakinah.

Laporan sepanjang program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati akn kami masukkan kemudian hari sebagai satu laporan  khas. =)

Comments