Catatan Minda Madrasatul Hayah IKRAM 2011/2012


Assalamualaikum WBT
Segala Pujian Bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam yang mengurniakan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNYA. Nikmat yang teragung dikurniakanNYA nikmat IMAN dan ISLAM membawa setiap diri manusia kepada kebenaran kehidupan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas segala cinta, pengorbanan dan kasih Baginda SAW dapatlah setiap insan terpilih merasai nikmat teragung ini.
Alhamdulillah, kesyukuran diri persembahkan kepada Allah SWT atas dikurniakan ruang selama tiga minggu dalam usaha menyantuni adik-adik Madrasatul Hayah IKRAM (MHi) 2011/2012 serta menyelami diri sebagai insan yang sentiasa dalam proses memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Sesungguhnya pengalaman bersama saat suka duka di Kem Rimba Tamu selama tiga minggu menyaksikan begitu banyak tarbiah langsung daripada llahi kepada diri. Menyedari sebagai hamba biasa begitu banyak kelompangan amal dan kekurangan pada pandangan Yang Maha Esa. Pada saat kebersamaan hati sama ada antara fasilitator termasuk pengurusan MHi, adik-adik dan juga pakcik-pakcik serta makcik-makcik nyata melihat kepelbagaian identiti yang berupaya disatukan dengan fikrah dan ikatan hati bersama. Melihat kebesaran Yang Maha Esa, tarbiahNYA sangat hebat dengan lebih diketahui tentang elemen KETAATAN, antara PRINSIP & TEKNIKAL, UKHUWAH dan RUKUN USRAH (3T;ta’aruf, tafahum &
takaful). Ia menyaksikan medan dakwah & tarbiah sebenar kepada para aktivis dalam usaha mencari redha Illahi.
Semestinya coretan ringkas sebegini tidak dapat menjelmakan segala perasaan dan harapan yang terbuku pada lubuk hati, namun ia harapnya dapat menjadi pengubat hati buat diri dalam merasai kemanisan bersama sepanjang MHi. Layanan yang tidak jemu khususnya daripada pakcik-pakcik & makcik-makcik kepada kami sebagai FASILITATOR sepanjang MHi membawa erti yang begitu besar buat diri masing-masing.

Hanya munajat dan doa-doa kami bekalkan untuk setiap diri antum hingga ke SyurgaNYA. Ikatan janji pertemuan ke SyurgaNYA sebagai ikatan janji setia dalam jalinan ukhuwah kerana DIA. Ungkapan terima kasih segalanya kepada para fasilitator dan juga pihak pengurusan yang begitu komited dan tidak jemu menyantuni adik-adik MHi. Moga-moga segala usaha ANTUM dibalas dengan ganjaran TERBAIK daripadaNYA jua dan didoakan kesemuanya terus TSABAT pada jalan TARBIAH dan DAKWAH.
Pesanan khusus buat adik-adik MHi, setiap dirimu bagaikan permata
terpilih daripada Illahi. Sekolah Kehidupan IKRAM adalah suatu ruang terbaik sebagai medan pembaikan diri ke arah menjadi insan soleh wa musleh. Jangan biarkan KEMANISAN IMAN, KEMANISAN UKHUWAH, KEMANISAN BERIBADAH, KEMANISAN KEHIDUPAN yang dirasai sepanjang MHi berlalu
begitu sahaja. Penerusan dan solusinya adalah TARBIAH dan DAKWAH adik-adikku. Pilihan segalanya di tangan kita, tersangat penting mencari BIAH SOLEHAH (persekitaran baik) yang membawa kepada ruang lingkup kebaikan.
Adik-adik permata MHi,
Keseronokan dunia memang fana, ramai rakan-rakan kita tersilap langkah dalam memilih laluan kehidupan. Tentunya kita merasai kesedihan mengenangkan laluan yang dipilih mereka. Namun yakinlah, inilah peluang & SEGERA ambil peluang ini untuk menjadi agen-agen perubahan kepada masyarakat. Besarnya harapan untuk melihat adik-adik MHi 2011/2012 menjadi insan-insan yang berterusan memperbaiki diri & menyeru insan lain ke arah kebaikan yakni perhambaan TOTAL kepada Allah SWT. Jika bukan SEKARANG bila LAGI? Jika bukan ANDA siapa LAGI?

JOM, JOM, JOM menyahut tugas mulia untuk HIDUP MULIA atau MATI SYAHID.

Amin ya Robb. Mohon doa agar perubahan fasa dalam maratib amal ke arah baitul muslim sentiasa dalam redha Illahi...
warkah coretan MHi
abg mohd shukri bin abg muis
sjk chung hua sibuti, miri





Comments