Ekspedisi Gua Tempurung - 4 Januari 2012

    Sesudah solat Subuh, kami bergegas beratur mengikut kumpulan masing2. Sementara menunggu bas tiba,kami telah mengubah ‘brain clap’ kpd mhi clap’ dengan dkutai oleh penghulu kami,saudara Ehsan.
Kami bertolak pd jam 7pagi, dan pd kira2 jam 830 pagi,kami berhenti berehat di RnR Tapah selama hamper 39minit  (walaupun hanya 5minit  masa berehat sebenarnya).hehehe..

    Pada 1030pagi, kami tiba di Gua Tempurung(GT). Sebelum memulakan perjalan menjelajah GT, kami diarahkan utk melakukan sedikit renggangan badan bg mengelakkan sebarang kecederaan seperti ‘cramp’ berlaku. Kemudian kami diberi sedikit taklimat oleh Renjer Abd Manan tentang perjalanan kami. Namun, atas mendapat keizinan para fasilitator, Amir Ikhwan, Aqil dan Ibrahim tidak dapat bersama-sama kami menjelajahi GT pd hari itu. =(

    Sepanjang perjalanan, kami ditunjukkan dengan pelbagai bentuk dan rupa yg terbentuk secara semulajadi atas kehendak Allah S.W.T.  Antara bentuk yg dpt dilihat ialah, bentuk perempuan mengandung, muka ‘alien’, baju, bayi dan obor-obor. Kami telah mendaki sekitar 1046 anak tangga sepanjang berada di dlm GT. Ternyata kami hebat! Hehe.

    Merangkak, mengengsot, meniarap, jalan itik dan macam2 lg cara yg unik dan kreatif telah kami gunakan bg melepasi halangan2 semulajadi yg memisahkan kami dengan hujung gua a.k.a tempat istirehat kami. =P  Antara yg paling mencabar ialah cabaran tebing. Di mana, kami perlru menggelungsur menuruni tebing setinggi 9meter. Alhamdulillah,berkat kerjasama dan keberanian para peserta, halangan itu berjaya di atasi dengan jayanya. Cuma ada sedikit kecederaan di bahagian akhawat di cabaran ini.

    Selepas berjaya keluar dr GT yg banyak menyedarkan kami tentang kerdilnya kami di sisi-NYA, kami menunaikan solat jamak qasar fardhu Zohor dan fardhu Asar secara berjemaah. Yang menariknya, kami solat berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit. Sangat menarik! kerana ada di antara kami yg pertama kali melakukannya.

    Ada sedikit kecederaan yg berlaku sepanjang ekspedisi ini. Di mana, Afiq telah disengat,digigit kala jengking. Dan Amir Farid terluka di jari telunjuknya akibat terkena bnda tajam. Semoga kesihatan mereka semakin bertambah dan kesihatan para pesrta MHI juga turut cemerlang sepanjang program inil Ameen~
Kami tiba di KRT pd sekitar jam 6ptg.Pada petang itu, kami dibenarkan berehat selepas berpenat lelah melawan arus sungai dan mengelak ‘stalaktit’ dan ‘stalagmit’ di dalam GT spanjang hari ini. Hehehe.

    Pada sebelah malamnya, sesi refleksi untuk ekspedisi GT telah dilakukan. Tetapi refleksi ini dilakukan dengan cara yg berbeza kerana kami semua sedang penat. Kami diarahkan untuk duduk di dalam kumpulan masing2.Kejohanan pantun dua kerat di antara kumpulan2 ikhwah dan kumpulan2 akhawat telah berlangsung. Namun sehingga kini pemenangnya masih misteri. Selepas tamat pusingan pertama kejohanan pantun dua kerat kami, kami di arahkan untuk mereka 3rangkap pantun bagi setiap kumpulan, dan syaratnya ialah pantun2 itu mestilah berkisarkan tentang ibroh atau pengajaran yg dpt di ambil sepanjang ekspedisi GT pg td.

Antara pantun yg ada ialah ;

Dalam toilet dengar lagu Saujana,
Mandi-manda terlupa sabunnya;
Terpegun melihat ciptaan Sang Pencipta,
Terasa begitu kerdil di sisi-NYA.

Tomyam sedap dimasak Saifuddin,
Doa dibaca menjadi penambah;
Gua Tsur takkan dilupakan,
Penghijrahan Nabi mengukir sejarah.


Alhamdulillah. Satu lg hari bombastik di MHI. Semoga kami terus tabah dan kuat menjalani baki2 hari yg tinggal di MHI. =D



BY : Humaira’, Aiman, Imran, Amir Hanafi, Anwar.

Comments