Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati - part 1 - 31 Disember 2011


Setelah kami selesai makan tgh/hri yg dsediakn, kami menaiki bas untuk ke Masjid Negara. Alhamdulillah. Kami tiba hampir-hampir saja pd masa pendafataran akn di tutup, iaitu sekitar jam 3ptg.hehe.. Kami diberi sedikit taklimat oleh Abg Shukri. Beliau Juga telah memberi pesanan kpd kami :

  1. Bertindak mengikut arahan.
  2. Bergerak dalam kumpulan
  3. Jaga tingkah laku sebagai peserta MHI
Itulah antara pesanan atau lebih kepada arahan dr ketua fasi kpd kami. Huu...


Majlis perasmian program 1000 Jiwa 1 Hati bermula selepas solat Asar bertempatkan Dewan Muktamar Pusat Islam berdekatan dengan  bangunan TV al-Hijrah. Alhamdulillah. Penghulu peserta MHI, Muhammad Ehsan telah diberi kepercayaan untuk membacakan doa dihadapan ribuan peserta yg hadir. Tahniah kpd saudara Ehsan krn berjaya mejalankan tugasan itu dengan jayanya! Kemudian, kata-kata ucapan dari Dr. Harlina dan beberapa tokoh-tokoh yg berucap di majlis perasmian pd petang tersebut tlh menyedarkan serta mengejutkan kami dr mimpi lena selama ini (ayat sedikit skema di situ..). Semangat kami untuk membanteras dan melawan aktiviti2 yg membawa kpd zina dn perlakuan songsang semakin kuat pd petang itu. Majlis perasmian tamat dan kami bergegas pulang ke masjid untuk solat Maghrib.Seusai solat Maghrib, kami duduk di dewan solat untuk mendengar tazkirah yg dsediakn oleh pihak masjid. Sangat bersemangat bila melihat seribu muslimin muslimat berkumpul di dalam satu dewan untuk sama2 menimba ilmu.. 
Ehsan membacakan doa untuk majlis perasmian.



Selepas solat Isyak, kami bergerak secara beramai-ramai ke Dewan Muktamar Pusat Islam untuk mendengar   ucapan dan menimba ilmu bdasarkan pengalaman Ibu Aisyah, Ustazah Firuz(juara Ustazah Pilihan Musim 1) dan Ustaz Zahazan.  Majlis sentiasa ceria dengan celoteh dan gelagat serta usikan2 nakal 'MC' iaitu Abg Fedtry. Artis jemputan yg di;import' khas dr Indonesia, Shoutul Harakah telah menggegarkn dewan pd mlm itu dengan nasyid2 yg mereka nyanyikn pd mlm itu. Kami peserta MHI dengan semangatnya meng'iplimentasi'kan gaya yg di ajar oleh para fasi pd nasyid Gelombang Keadilan. Semakin kami bertambah semangat apbila salah seorang munsyid perasan akan gerak geri kami dan beliau telah turut sama2 menggayakn gerak geri Gelombang Keadilan bersama kami. =D
GELOMBANG KEADILAN!~
Bayangkan takbir oleh manusia seramai ini!
Hampir jam12 tgh/mlm, semua aktivit dihentikan dan di skrin besar di hadapan telah dipancarkan 'countdown' untuk masuk ke tahun baru 2012! Kami telah mengira beramai-ramai apabila kiraan hanya tinggal kira2 20 saat.. Tahun baru 2012 kami mulakan dengan takbir yg dilaungkn dgn penuh semangat oleh lebih 1000 muslimin muslimat yg memenuhi dewan pd malam itu. Sebelum berangkat pulang ke masjid untuk merehatkan badan, kami telah berikrar secara beramai-ramai dengan diketuai oleh Abg Abd. Omar.

Hari ini tamat dengan senyuman tanda kepuasan dan minda yg semakin tajam. Kami berharap agar azam dan semangat kami ini kekal sepanjang hidup kami untuk kami terus berada di jalan ini insyaAllah.

Comments