Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati - Part 2 - 1 Januari

    Hari ketujuh.. Genap seminggu kami berjauhan dari rumah, juga genap seminggu berada di MHI menimba ilmu dan pengalaman hidup. Hari ini juga merupakan hari pertama bagi tahun baru, tahun 2012. Kami mulakan hari ini dengan azam dan semangat yang tinggi dan jitu. Kami bangun seawal jam 4pagi untuk menunaikan Qiam fardhi sebelum Qiam jamaei pada jam 5pagi nanti. Ada juga yg memanfaatkan masa terluang pagi itu dengan bertilawah al-Quran.

   Jam 0815, larian 1000 Jiwa 1 Hati dimulakan selepas ‘stretching’ yg dipandu oleh para fasilitator dilakukan secara beramai-ramai yg ramainya mencecah seribu orang. Sungguh teruja melakukan aktiviti secara
berkumpulan. Hee =p… Buat pengetahuan para pembaca, laluan larian hanyalah sekitar Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana. Peserta MHI menyerlah jauh dari biasa dan kelihatan gah dengan nyanyian yg dinyanyikan secara beramai-ramai. Selepas larian beramai-ramai tamat, Abg Firdaus mengajar kami beberapa ilmu yg saya kira sangat berguna kerana ia dapat menajamkan dan merangsang otak kanan kami. Senaman itu dinamakan “Mind Gym”. Menghiburkan dan member banyak manfaat kepada yg melakukannya..

Sekali lagi nama MHI diharumkan apabila senarai “20 Peserta Terbaik Akhawat” tertulis ramai nama peserta akhawat dari MHI. Alhamdulillah!

Allahuakbar!!
   
    Dengan tamatnya majlis penutup pd hari itu, maka tamatlah juga outing pertama kami ini.. Dengan tamatnya outing pertama kami ini, maka semakin bertambahlah ilmu dan pengetahuan kami. Semakin bertambah ilmu dan pengetahuan kami, semakin beratlah tanggungjawab kami terhadap masyarakat sekeliling kami..Di kesempatan ini, kami ingin memohon kiriman doa untuk kami agar dapat kami laksanakan amanah kami sebagai orang2 berilmu kepada orang2 sekeliling kami. Ameen~

Maka dengan itu, tamatlah jua laporan khas kami tentang outing pertama kami di Masjid Negara ini. Hehehe…

Comments