R2T (Road2Thailand) bermula.....

22 Januari 2012, 9:15 pm

Assalamualaikum wbt.
Pada pukul 7.05 mlm tadi setelah diberi taklimat ringkas oleh Prof. Dr. Salwani Daud mewakili PERINTIS kami telah dilepas(flag off) oleh YB Haniza Talha menaiki bas; memulakan jaulah kami. Sebahagian ibubapa dan adik beradik telah berada di PKJ untuk " say goodbye".

Pemandu bas kami bernama Firdaus pun mula menggerakkan bas dan seterusnya membawa deras menuju ke jalanraya. Suasana dalam bas agak sunyi, hatta teringat ana yg kita masih belum membaca doa perjalanan. Lalu dibisik pada akhi Amran dan dia pun mengangguk. Belum sempat bangun, datang seorang akh dan berkata, "pak cik, kita belum baca doa naik kenderaan, biar saya bacakan", lalu dibacakan doa dengan penuh syahdu.
Sampai di tol Batu, Firdaus mula membuka radio. Mula ingatkan dia buka radio IKIM sebab suara Akhil Hayy berkumandang, rupanya radio Ibukota. Kami pun request buka radio IKIM. alhamdulillah dia akur.
Tepat 7.45 mlm kami sampai di tol R&R Sg. Buloh. Diberi tempoh 45 minit untuk solat dan makan, 8.30 mlm perlu ada di bas semula. Masya Allah tepat 8.30 mlm, semua sudah ada di depan bas, kecuali driver bas! Terpaksalah kami tunggu driver bas pulak.


Bila berada di dalam bas memulakan perjalanan, seorang peserta bangun dan ingatkan kawan2 yang lain, " Ikhwah, akhawat, ingat tak masa kita di Ulu Tamu, apa kita buat selepas maghrib dan Suboh? " maka bersahutlah kawan2 yang lain..al Mathurat. Maka bermulah pembacaan al Mathurat di dalam bas. Rasanya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sudah nampak bibit2 tarbiah dr MHI terbekesan di dlm jiwa mereka.
Sekarang bas sunyi sepi..insya Allah akan sampai di Tol Ipoh Selatan untuk mengambil peserta yg lain pula. 
Akan bersambung..

Ummi Salmi
IKRAM HULU SELANGOR
Sent from my IKRAM HS Pad.

 Sebahagian peserta akhawat bersama pengiring & urusetia

 Sebahagian peserta ikhwah bersama fasi pengiring

 YB Haniza flagging off....

 Fi Amaanillah..






Comments