SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 11 - 5Januari

    Hari ini hari Khamis. Kami telah diwajibkan untuk berpuasa. Kami mulakan pg yg indah ini dengan sedikit senaman yg dikendalikan oleh Abg Acap kami. Kami telah melompat, me’stretching’, bergerak mengikut rentak lagu tema (Gelombang Keadilan) dan macam2 lg yg kami lakukan.

   Pada hari kami berpuasa ini, kami telah di uji dengan kami disuruh untuk menangkap dan mengejar seekor ayam yg telah ditetapkn. Setiap kumpulan perlu menangkap seekor ayam. Bunyinya susah bukan? Tp tidak. Sangat senang kerana kami hebat dan juga kerana ayam itu tidak lari dan rela ditangkap. Hee..

Selepas semua kumpulan berjaya menankap ayam masing2, kami diberi tunjuk ajar bagaimana cara yg betul untuk menyembelih ayam. Selepas di’model’kan, kini tiba giliran kami pula untuk mengaplikasikan apa yg kami pelajari td. Hehehe… Alhamdulillah, drpd 10ekor aym yg disembelih oleh para peserta, hanya seekor sahaja yg perlu ditanam dan tidak boleh dimakan ekoran drpd sedikit kesilapan yg berlaku sepanjang proses penyembelihan menggunakan pisau lipat itu.

   Kemudian, kami diberi tugas untuk membersihkan dan membung bulu2 ayam yg telah kami sembelihi sebentar td. Kemudian, kami telah me’marinate’ ketulan2 ayam yg telah dipotong kecil2 kerana pd malam ini, ketulan2 itu akan di’bbq’ pd mlm ini. =D

    Petang itu, tiada aktiviti khas. Cuma Majlis Syura telah melakukan beberapa aktivit bg mengeratkan ukuwwah dan persefahaman di antara kami.

    Pada sebelah malam pula, pck Hamdy telah dtg bercakap dlm slot yg bertajuk ‘Pengurusan Wang’. Dalam slot ini kami belajar bagaimana cara2 yg efektif untuk menguruskan wang. BUkan sekadar untuk sewaktu kami muda, tp juga cara2 bagaimana ntuk menguruskan wang setelah berumah tangga kelak. Hehe.. harap-harapnya, dapatlah kami aplikasika apa yg kami pelajari pada malam ini. AMEEEEEEEN~

    Selepas tamat slot yg sgt byk memberi manfaat kepada kami itu, peserta lelaki bergegas ke pondok tempat di mana abg2 fasy ber’bbq’ ayam yg kami sembelih pg td. Mereka telah ber’bbq’ ketika kami sibuk berkira2 dan berangan tentang wang. Alhamdulillah! Sangat mantop rase aym itu apabila ditambah pula ‘mased potato’ dan ‘ coleslow’ yg disediakan oleh kak Sha dan kak Mira khas untuk di makan bersama aym ‘bbq’. Nyum2. Sangat berselera kami makan sehingga ade yg berebut2 untuk menambah dan ade juga yg merungut kerana tidak cukup. Hehe.. Buat pengetahuan semua, peserta MHI tahun ini mmg sgt byk makan terutamanya yg ikhwah.

Sekali lagi, hari kami tamat dengan senyuman lebar dr semua pihak. Alhamdulillah!!! =D




Comments