SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 12 - 6Januari

“Ayuh sama-sama kita nikamti,
Pemberian Ilahi,
Setiap pagi hari…”

Itulah antara bait-bait lirik dalam salah satu nasyid kumpulan Saff-One. Alhamdulillah pagi hari ini para peserta MHI menunjukkan rasa syukur kepada Allah dengan berqiamullail secara jamaei. Dan seperti biasa, selepas Subuh bacaan ma’thurat dibaca dgn diketuai oleh salah seorang peserta ikhwah dan diikuti dgn tadarus al-Quran. Cuma tadarus kali ini, kami diminta membaca surah al-Kahfi.

Selepas sarapan pagi, kami berkumpul untuk menerima arahan seterusnya drpd abg fasy. Abg Ikram Yeo telah membahagikan peserta ikhwah kepada 3kumpulan dan peserta akhawat kpd 2kumpulan. Setiap kumpulan diberi kawasan amanah masing2. Apa yg perlu kami buat dengan kawasan amanah kami? Haaa…. Kami disuruh untuk membersihkan kawasan amanah kami bersi sebersihnya… Hee… Dengan kata mudahnya, pagi ini, kami bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Kem Rimba Tamu. Manfaatnya ialah kami dpt mengeratkan lg ukhuwah antara kami. Kami juga dapat beramal kpd alam sekitar yg selama ini telah beramal kpd kami dgn menyediakan pemandangan yg menyenangkan dan paling penting membekalkan kami dengan ‘oxygen’.. Maka, rajin2lah beramal kpd alam sekitar.

Slot kedua kami pd hari ini disampaikn oleh mck2 yg dibawakan khas dr Ikram Ampang Jaya. Mereka2 yg hebat itu ialah Ummi Uji, Mck Jawaher dan Mck Norliah. Mereka telah mengajar kami asas2 menjahit. Ramai dalam kalangan kami yg first time bertemu dgn ‘thimble’, alat untuk melindungi jari dr tertusuk jarum yg berbentuk seumpama mini tong sampah. Hehehe. “ Jahitan seterusnya ialah jahitan tulang ikan Herring… “ errr… apakah? Bagaimanakah? Rupa2nya jahitan silang pangkah. Baru kami tahu, banyak nama lain yg kami belum tahu. Antara jahitan asas lain yg kami pelajari ialah sembat dan jelujur. Kami juga belajar bagaimana untuk mjahit kancing dan butang.

8 pemenang telah dipilih. 8jahitan paling kemas, paling cantik dan paling menarik hati para juri telah dipilih. Dan mereka ialah.
-Nurul Hannan
-Tasneem Yunos
-Humaira’
-Mursyidah Mokri
-Nabil Azhar
-Udin
-Anas
-err…maaf..terlupa siapa lg seorang…
Humaira' menerima hadiah dr Kak Sha.


‘What Should Young Women Know About Sex’. Demikian tajuk kupassan oleh Dr. Azlina, seorang psikiatri klinikal yg telah Berjaya membuka minda semua peserta akhawat MHI (kerana slot ini khas untuk akhawat dan ikhwah ade aktiviti sendiri di dewan makan). Kami diberi pendedahan meluas tentang jenis-jenis seks, peyakit-peyakit yg berkaitan serta keganasan seks. Ilmu yg paling memberi impak dan paling mendapat perhatian peserta akhawat ialah kes mangsa rogol. Kami diberi penjelasan terperinci tentang tindakan yg perlu thadap mangsa rogol. Ramai maruah remaja perempuan di luar sana yg tidak dibela  hanya kerana mereka tidak diberi pendedahan awal tentang tindakan-tindakan yg sewajarnya apabila dirogol atau bagaimana mengelakkan diri dari dirogol. Laporan polis tidak berani dibuat kerana diugut, tidak merujuk kepada hospital untuk mengambil bukti kerana takut dan malu. Maka, maruah mereka tidak dapat dibela kerana mereka memendam penderitaan itu seorang diri. Kasihan mereka.. Slot menjadi lebih menarik kerana slot ini wujud hubungan dua hala antara Dr Azlina as penceramah dan kami as pendengar.


BY : Amir Hanafi , Imran dan Ummul.

Comments