SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 13 - 7Januari

   Hari ini slot pertama kami ialah slot tentang PALESTIN! Kami disantuni oleh salah drpd dua belas org yg telah pergi ke Gaza baru2 ini. Beliau ialah Mck Ramlah. Mck Ramlah telah bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang beliau di sana. Kami juga telah di tayangkan dengan beberapa video tentang kesengsaraan raykat Palestin dan kekejaman tentera zionis.

   Sepanjang sesi bersam Mck Ramlah itu, ramai antara kami yg terkejut mengetahui keadaan sebenar rakyat di sana. Antara yg paling menarik perhatian saya ialah, apabila Dr. Ramlah menyampaikan pesanan salah seorang saudara kita dr sana ;

“Kami tidak perlukan wang ringgit anda. Kami tidak perlukan simpati anda. Apa yg kami perlukan ialah DOA dari saudara2 kami…”








    Lebih kurang begitu bunyinya. Apa yg saya faham dr kata2 itu, mereka tidak mengharapkan simpati dr kita. Bagi mereka, wang ringgit sahaja tidak membantu perjuangan mereka. Apa yg paling diharapkan dan didambakan dr saudara se-islam mereka yg berada di serata dunia ialah DOA yg ikhlas dan berterusan agar mereka kuat dan tabah dalam menegakkan agama Islam. Maka, alangkah bagusnya kalau kita sentiasa memasukkan mereka dlm doa kita setiap hari. Semoga mereka syahid dan ke syurga. Ameen~

   Selepas solat zohor, kini tiba masa untuk kami pula berjuang dlm slot yg diberi nama ‘KEHIDUPANKU
Petang ini setiap kumpulan dibahagikan kpd 4 bahagian. Bahagian pertama tugasnya ialah MEMANCING. Bahagian kedua pula tugasnya MENCARI UMPAN. Bahagian ketiga diberi tugas untuk MENCARI SAYUR HUTAN. Dan bahagian terakhir tugasnya ialah MEMASAK.

   Kami begitu bersemangat untuk menjalankan tugas masing2. Tapi sayangnya, tiada satu kumpulan pun yg berjaya memancing ikan untuk memakan umpan mereka. =( Dan itu bemaksud, tiada ikan yg dapat dimasak. Meskipunbegitu, seekor ikan yg ditangkap oleh salah seorang bapa kpd salah seorang peserta ikhwah telah dibakar. Terbukti dan ternyata peserta MHI tahun ini mahir dlm membuat ikan bakar!!

  Makan malam kami pd hari ini ialah nasi putih dan sardin yg disediakn oleh peserta ikhwah. Alhamdulillah, walaupun prog tidak berjalan sebegitu lancar, tp kami byk belajar ttg erti kesabaran dlm mendapatkan sesuatu. Adalah mustahil untuk mendapatkan syurga tanpa usaha yg berpatutan. =)

   Selepas mengisi perut, kami memulakan slot ketiga yg dibawakan oleh Dr.Harlina Siraj a.k.a Dr. Har. Dr. Har menceritakan tentang bagaimana untuk menangani kepelbagaian. Kami juga diajar bagaimana untuk menangani kepelbagaian perangai dan kerenah orang yg mendatang dlm hidup kami. Terdapat juga jenis2 kebencian seperti dikriminasi dan stereotype (klu xslap). Kesimpulannya, slot Dr. Har pd mlm ini adalah sebagai salah satu persediaan kami untuk ke alam ipt kelak. Sekian~

Comments