SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 14 - 8Januari

   Sarapan pagi pada hari ini sedap. Bertambah sedap bila makan ramai2 dalam dulang. Sangat terasa kemesraan antara kami. =) Heee… Selepas sarapan yg sedap tadi. Kami dihidangkan pula dengan pencuci minda yg diberikan oleh Dr. Har yg bertajuk ‘Critical Thinking’. Beliau memberikan kami definisi ‘Critical Thinking’ dan menyatakan kebaikan serta kelebihan unutk berfikir secara kritis. Dalam slot kali ini, para peserta banyak melakukan gerak kerja bersama ahli kumpulan masing2. Gerak kerja dilakukan secara berkumpulan agar setiap ahli kumpulan sama-sama mendapat manfaat berfikir dan berbincang tentang soalan serta kritikan yang diajukan oleh Dr. Har. Sesi beliau tamat setelah azan Zohor  berkumandang. Walaupun hanya sedikit masa kami bersama Dr. Har  pada pagi ini, namun banyak yg dapat kami pelajari dr beliau dlm masa yg sgt singkat ini.

   Setelah selesai kami makan ‘lunch’ bersama dlm dulang, kami telah didatangi oleh KBM KL. Slot kami pd petang ini ialah ‘Sahabat’. Dalam slot yg dibawakan oleh Pak Long Melaka ini, kami telah diberi peluang untuk mengimbau kembali kenangan bersama kawan rakan teman kami. Kami juga telah diberi peluang untuk bermain dagu, menyentuh hidung, mengusap pipi dan memeluk rakan ‘partner’ kami. Slot ini telah banyak menyedarkan kami tentang nilai sebenar seorang sahabat. Kami juga telah diberi cara bagaimana untuk menjadi seorang sahabat yg baik. Kerana jika kita inginkan orang yg baik menemani kita, kita perlu menjadi peneman yg baik untuk orang lain dahulu. =D

   Malam ini, slot kami masih dibawakan oleh KBM KL. Slot mala mini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, kami disedarkan tentang nilai dan erti sebenar Allah, Rasulullah, ibu dan bapa. Di penghujung bahagian pertama ini, para fasilitator telah berlakon khas untuk kami. Hehe…
Selepas tamat bahagian pertama, kami bersambung pula ke bahagian kedua. Dalam bahagian kedua ini, kami dipisahkan dari rakan2 kami supaya kami lebih fokus dan tidak hilang tumpuan sepanjang slot. Kami telah digambarkan tentang bagaimana sakitnya azab seksa  di kubur buat mereka2 yg tidak meninggalkan tegahan agama dan tidak melaksanakan suruhan agama.
Tamat sahaja slot pada malam ini, kami terus dibenarkan pulang untuk tidur kerana kami semua sudah kepenatan. Sekian laporan dari kami ahli jawatankuasa setiusaha MHI 11/12.

BY : Amir Hanafi, We Loh dan Imran.

Comments