SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 15 - 9Januari

Maka bermulalah minggu ke-3 kami di KRT dlm program MHI dengan mengangkat tema ‘maintaining the change’. Setelah puas kami ‘mind set’ kan minda dan mencari ‘areas for change’ sepanjang minggu satu dan minggu dua, kini tiba masa untuk mengekalkannya.

   Seperti yg diamarankan oleh Abg Shukri, hari ini Kami menjalani sesi riadhah yg agak mencabar di THE WOODS RESORT CENTRE . setibanya kami di sana, kami melakukan ‘warm up’ sebelum menjalani aktiviti pertama kami iaitu ‘flying fox’. Selepas seronok melunjur turun dengan laju, kini kami perlu turun dengan perlahan pula melalui aktiviti ‘absailing’ (tidak tahu ejaan sebenar. heee ). Selepas penat turun secara laju dan perlahan, kini tiba untuk aktiviti kemuncak kami, ‘River Trailing’ !! Wah! Sungguh la kami teruja dan gembira kerana selepas penat lelah kami berjalan melawan arus sungai, penamat kami ialah air terjun! Masya-Allah! Sangat indah ciptaannya. Sementara ikhwah bergembira bermain terjun2, akhawat pula bergembira bermain sesama mereka. Sungguh kami tidak akan dapat melupakan detik2 indah bersama ini.

-Muslim yg baik akn sentiasa bersedia menerima apa jua cabaran yg mendatang-

Setelah berpenat lelah menghabiskan sesi riadhah dengan penuh semangat, kami meneruskan slot kami yg terakhir pd hari ini bersama Prof. Dato’ Dr, Hasan Basri yg berceritakan tentang tafsir surah Luqman. Malangnya, oleh kerana ‘energy’ kebanyakan para peserta telah habis ketika sesi riadhah di pagi hari, slot pada mala mini agak perlahan dan kurang mendapat perhatian dek kerana mata yg kuyu dan kepala yg tersengguk. Namun Alahmdulillah, Dr Hasan tetap menghabiskan sesi beliau dengan jayanya meskipun tidak ramai yg mengambil perhatian. Bagi yg mendengar cerita yg disampaikan oleh Dr Hasan, pasti mereka akan mendapat manfaat kerana Dr Hasan telah mengupas dan menyampaikan kepada kami tafsir surah Luqman dengan baik dan mantap!!

Pada malam ini, kami dilepaskan pulang ke kamar beradu masing2 sedikit awal dr kebiasaannya bg menggantikan dan me’recharge’ energy para peserta. Sekian.

BY : Humaira’

Comments