SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 16 - 10Januari

    Hari ini dimulakan dgn slot SIRAH oleh Akhi Ammar Mohd Zain. Beliau bercerita berkaitan dengan Ghazwah Badr. Para peserta didedahkan tentang peristiwa2 berkisar tentang Ghazwah Badr Qubra, strategi, sebab perang dan kesan ghazwah.Banyak info dan ilmu baru yg kami dapat dr Akhi Ammar. =D

   Kalau sekadar dengar, cukup ke? Kalau cukup, kenapa susah nak ambil pengajaran? Petang ini, para peserta diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yg baru diterima pagi td. Kami berperang pada kali ini dlm aktiviti  “War Game”. Dengan berbekalkan air tepung yg diisi dlm plastic sebagai peluru, kami dikehendaki merampas dan memadmkan api lilin kumpulan lain. Kami juga dilekatkan dengan ‘salotape’ putih sebagai bahan amanah kami, jika ia tercabut dr baju, maka secara automatik kami kalah. Perang berjalan sekitar 1jam 30minit. Alhamdulillah. Bagi ikhawah, kump5 mendapat tempat pertama, kump3 mendapat tempat kedua, kump1 mendapat tempat ketiga, dan hadiah saguhati dapat kepada kump 2 dan kump4. Bagi akhawat pula, tiada maklumat.

=D  Setelah beberapa hari tidak bertemu, sekali lagi Dr. Adnan hadir untuk menyampaikan pengisian tentang “Positvie Child… Parents Interaction” . Dalam slot pada kali ini, kami didedahkan dengan skil2 untuk ‘get along with parents’ dengan cara yg betul. Sedikit aktiviti telah dilakukan, dimana para peserta telah menulis surat kepada ibu bapa mereka. Isi surat adalah privacy para peserta. Oleh itu, wahai para ibu bapa, nantikan surat cinta dari anak-anak mu. Hehehehe…..

BY : Aiman

Comments