SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 17 - 11januari

    Sebenarnya, slot pagi ini ialah “Stress Management”. Tetapi, atas beberapa sebab teknikal, ia ditukarkan kepada slot “Campus Life”. Tiga orang fasilitator telah berucap dan bercerita tentang kisah kehidupan mereka di campus. Ketiga-tiga mereka ber’campus’ di Institut Pendidikan Guru (IPG), Sarawak. Import dr jauh. Hehehe.. Mereka ialah Abg Mohd Syukri, Kak Aida dan Kak Hafizah @ Fifi. Mereka telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang pengajian mereka di IPG. Mereka juga bercerita bagaimana mereka pertama kali mengenali tarbiyah dan usrah ketika di IPG. Kata2 mereka telah memberikan kami semangat baru untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup. Namun, ketiga-tiga mereka ini akan meninggalkan MHI setelah 3minggu berbakti kepada kami. Mereka akan di’posting’ dalam beberapa hari sahaja lagi.
-Semua peserta telah mendapat pendedahan seidkit sebanyak mengenai kehidupan di alam kampus. InsyaAllah kami akan membuat persediaan yg secukupnya.-

Pada petang ini, satu acara debat antar ikhwah dan akhawat diadakan. Tajuk debat kami pada hari ini ialah, “Acheh atau Thailand. Di mana rasionalnya?”. Tajuk ini diberi kerana, dua negara ini merupakan destinasi pilihan untuk jaulah MHI 11/12. Pihak ikhwah menjadi pencadang dan pihak akhawat menjadi pembangkang. Lokasi yg ditetapkan ialah Acheh, oleh itu, pihak pembangkang memilih Tahiland. Selepas hamper sejam mendengar hujah2 yg diberikan, para juri akhirnya membuat keputusan bahawa pihak pembangkang yg memilih Tahiland menang perdebatan ini. Dan speaker terbaik diberikan kepada Danial Mustafa Byrnes. Namun, destinasi jaulah kami masih belum ditentukan.
-Sangat hebat mereka berhujah. Semoga Islam dapat terus tertegak dengan generasi ini-

Slot malm ini disampaikan oleh Ustaz Fitri Abdullah, seorang JK Dakwah bagi IKRAM Hulu Selangor. Beliau merupakan seorang India-Muslim, yg memeluk Islam ketika berumur 28 tahun. Tajuk yang diberikan kepada beliau ialah “Time Management”. Slot ini disampaikan dengan penuh santai dan berkesan. Antara yg beliau sampaikan kepada kami ialah adab menuntut ilmu, tips mengurus masa dan cara-cara mengelak masalah pengurusan masa. Walaupun malam tersebut agak dingin, hamper kesemua peserta berjaya menumpukan perhatian terhadap apa yg disampaikan oleh Ustaz Fitri.
-Nikmati masa kayamu sebelum tiba masa miskinmu-

SPECIAL EVENT

  Oleh kerana Kak Fifi dan Kak Aida akan pulang ke Sarawak esok pagi dan Abg Syukri lewat sehari. Maka para fasilitator telah menyediakan sedikit kejutan buat mereka. Seusai slot Ustaz Fitri, Abg Ashraf telah menghabiskan masa kami sementara menunggu Abg Syukri tiba. Kak Aida dan Kak Fifi sudah sedia ada di dalam dewan. Setibanya Abg Syukri, beliau telah di minta membacakan doa selamat untuk Afiq kerana tarikh lahirnya jatuh pada hari ini.
   Selepas itu, kami telah menyanyikan lagu ‘Untukmu Teman’ khas untuk Kak Aida, Kak Fifi dan Abg Syukri. Selepas sedikit tayangan video oleh JK Multimedia, para peserta telah memeluk fasi mereka buat kali terakhir. Malam ini di akhiri dengan sedikit jamuan yg disediakan oleh Ummi Jamaliah Awang.


BY : Muizzah

Comments