SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 7 - 1 Januari 2012

   Setelah berakhirnya program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati di Masjid Negara, kami semua berkumpul untuk mendengar sedikit celoteh Abg Shukri tersayang kami sambil2 menunggu kenderaan kami tiba membawa kami pulang ke Kem Rimba Tamu (KRT). Bas kami tiba, dan kami bertolak pulang sekitar jam1245 tgh/hari.

    Dalam perjalanan pulang ke KRT, bas berhenti singgah di pasaraya ‘Tesco’. Kami diberi masa selama satu jam untuk membeli sebarang keperluan dan bekalan untuk kami sepanjang di MHI nanti. Setelah tamat masa yg dberikan, kelihatannya ade yg membeli dan ada yg hanya sekadar berjalan-jalan, kami menyambung perjalanan kami yg terbantut di ‘Tesco’ td. Kami tiba di KRT sekitar jam 330 petang.

    Petang itu kami diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendri. Ada yg berehat melepaskan lelah, ade yg berendam di dalam sungai gara-gara rindukan air sungai dan ade juga yg bergelak ketawa bersama keluarga yg datang melawat.

   Pada sebelah malam pula, slot ‘Remaja Dan Perubahan’ yg dkendalikan oleh Encik Roslan telah mengisi masa malam kami. Tidak semua para peserta yg memberikan respon yg cemerlang terhadap slot pd malam itu. Ini kerana masih terdapat sisa kepenatan fizikal dan minda dr prog Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati yg tamat pd sebelah pg td. Slot pd mala mini lebih menekankan tentang perubahan-perubahan yg berlaku di sekeliling dan di dalam diri remaja itu sendiri. Antara perkongsian yg mnarik ialah beliau telah menceritakan ttg satu soalan yg saya kira agk mencabar minda.

Q : “Kenapa kita hebat menjadi hamba Allah di mana pd realitinya perkataan hamba itu merujuk kpd sesuatu yg hina?"

A : Kerana jika kita bukan hamba kpd Allah bererti kita hamba kpd sesuatu yg lain seperti FB, kereta, wang ringgit dan sebagainya, di mana martabat ‘sesuatu yg lain’ itu adalah jauh lebih rendah drpd Allah.

Terdapat juga sesi soal jawab dlm slot pd mala mini. Para peserta Alhamdulillah menunjukkan komitmen yg tinggi dgn mengajukan beberapa soalan kpd Encik Roslan. Slot tamat pd jam 11 malam dan kami sgt berpuas hati dengan perkongsian yg diberikan. Sekian.

BY : We Loh + Anwar   

Comments