SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 8 - 2 Januari 2012

Pagi
     Setelah kami mengisi perut dengan sarapan pagi yg sungguh enak sekali, kami meneruskan hari kami dengan slot selanjutnya iaitu slot ‘Aqidah 1’ yg disampaikan oleh Ustaz Alias. Beliau telahn menerangkan dengan lebih lanjut tantang apa yg dmaksudkan dengan aqidah yg sejahtera bg seorang muslim. Beliau juga telah mengatakan bahawa aqidah yg kukuh adalah asaa pegangan keimanan seseorang. Kemudian beberapa persoalan telah diutarakan oleh para peserta berkenaan dengan aqidah yg sejahtera dan beberapa soalan yg berkisar tentsng fiqh. Setelah tamatnya slot ini. Kami teruskan hari kami dengan ‘Public Speaking’ yg speaker2 pada hari ini ialah peserta akhawat yg tampil ke hadapan dengan penuh keberanian dan tanpa rasa ragu2.

Tengah hari
    Selepas Zohor, kami sekali lagi bersam Ustaz Alias untuk slot ‘Aqidah 2’. Pada sesi kali ini, kami diminta diarah untuk duduk dlm kump untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Setiap kump harus membincangkan tentang beberapa soalan yg disediakn oleh Ustaz Alias. Pada sesi pembentangan, walaupun mendapat soalan yg sama, kami mendapati terdapat pelbagai hujah yg mantap2 dan banyak pandangan yg berbeza-beza di antara kami para peserta ikhwah dan akhawat.

Selepas kami selesai membentangkan pendapat kami, Ustaz Alias menerangkan apa sebenarnya yg beliau mahu dr pembentangan kami dan beliau telah membetulkan sebarang pendapat kami yg salah dengan cara yg penuh hikmah. Alhamdulillah, banyak yg kami pelajari sepanjang bersama dengan tokoh yg disegani ramai, kerana beliau merupakan antara veteran dalam jalan dakwah ini. =D Semoga kami terdidik menjadi insan yg hebat sepertinya Ameen~ =p

Petang
    Pada waktu petang, para peserta akhawat telah diberi peluang mencuba sesuatu yg baru dalam aktiviti yg disediakan untuk akhawat iaitu ‘Bengkel Kereta’, sementara peserta ikhwah diberi kebebasan melakukan aktiviti sendiri. Kami, peserta akhawat akui kami tidak punya banyak pemgetahuan dan pengalaman dlm bidang automobile ini. Namun, Pakcik Tarmidzi telah berjaya mengajar kami benda2 asas berkaitan dengan kereta. Antara aktiviti kami ialah bagaimana cara yg betul untuk menukar tayar kereta. Salah seorang drpd kami telah memberanikan diri

Malam
     Wow~! Itulah antara respon kami apabila pemilik syarikat Brotherhood Arts, Abg Ammar Zain tampil bg member penyampaian mengenai ‘peperangan pemikiran’ atau kata lainnya ‘perang saraf’. Nama tajuk slot beliau ialah ‘Ghazwul Fikr’. Slot yg bersifat santai dan diselangi dengan beberapa aktiviti yg menarik telah berjaya mengikat focus dan perhatian kami untuk mendengar celoteh Abg Ammar hingga ke penghujungnya. Walaupun berbantalkan perasaan mengantuk, ditambah pula dengan cuaca yg hujan renyai-renyai member ujian yg sangat berat unutk kami bertahan hingga ke penghujung slot. Namun, Alhamdulillah, slot ini berjaya dihabiskan dan banyak info2 baru dan menarik yg kami perolehi pd malam ini.

Special Event
Ili Nadhirah, Aimi Atikah, Hafizuddin, Mujahid, Furqon dan beberapa nama lain telah dipanggil oleh Abg Safwan. Abg Safwan dengan muka yg sgt ‘SERIOUS’, telah memberitahu bahawa nama-nama ini dipanggil kerana mereka membuatkan Abg Safwan berasa tidak puas hati terhadap mereka. Apa kesilapan yg mereka lakukan?? Tidak, rupanya tarikh hari lahir mereka jatuh sepanjang MHI ini berlaku. Wohooo~! Beberapa kek dibawa masuk ke dalam dewan dan diletakkan di tengah2 dewan. Setiap kump diberi sebulatan kek untuk dikongsi bersama para fasilitator kump masing2. Alhamdulillah, hari kami tamat dengan senyuman tanda kegembiraan kami semua. =)








“Setiap detik yg dilalui pasti memberi 1001 makna tersendiri bagi orang yg bijak mengambil pengajaran dan orang2 yg berfikir.”

Comments