SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 9 - 3 Januari 2012

Pagi
   Slot pagi ini adalah mengenai tafsir oleh Dr.Adnan . Slot ini membincangkan ayat dari surah an-nur, (24:30-31) dan surah al-ahzab,(33:32-33). Slot ini menerangkan secara mendalam tentang ikhtilaat.Umumnya, slot-slot hari ini membuat peserta ‘hyper’..bak kata abang Asyraf la…Di akhir slot kami mempelajari bahawa islam sangat perinci akan hubungan antara lelaki dan perempuan. Selain itu kami belajar bahawa badan, kelakuan, suara, penampilan merupakan antara peraturan ikhtilaat dan islam juga mengehadkan hubungan antara lelaki dan perempuan kecuali dalam keadaan yanag dibenarkan syarak. Mematuhi peraturan ikhtilaat adalah sangat penting untuk mengurangkan masalah sosial.

Tengah Hari
   Setelah selesai solat berjemaah fardhu zohor, kami menjamu selera dan bersedia untuk slot seterusnya iaitu sambungan daripada slot pagi tadi. Ramai di kalangan kami yanag amat meminati tajuk ini terutamanya kaum adam yanag nampaknya memberikan sepenuh perhatian kepada Dr. Adnan. Melalui slot ini, kami ditekankan isu sebelum perkahwinan iaitu, sesi taaruf dan tanggungjawab selepas perkahwinan. Slot berakhir dengan berkumandannya azan waktu asar.

Petang
   Selepas solat asar berjemaah, peserta ikhwah diarahkan untuk berkumpul di hadapan kantin. Manakala peserta akhawat menjalani aktiviti sukaneka. Slot bengkel kereta ini, disampaikan oleh Abang Asyraf yang merupakan salah seorang daripada fasilitator MH-i. Peserta akahwat telah pun melalui bengkel ini semalam. Melalui slot ini, kami didedahkan cara mengendalikan tayar yang pancit serta pengenalan bahagian-bahagian enjin kereta. Di masa hadapan, tiada lagi peserta MH-i yang terpaksa menahan kereta di tepi jalan demi meminta bantuan apabila tayar pancit.

Malam
   Sekali lagi, slot disambung oleh DR.Adnan yang bertajuk Physical Intimacy, Sex and You. Alhamdulillah slot berjalan dengan lancer selepas solat isya. Input yang kami peroleh ialah mengenai hubungan seksual, penyakit yang berkaitan dengannya, dan cara pencegahan. Slot pada kali ini, tidak dapat tidak, terpaksa diasingkan antara peserta ikhwah dan akhawat.

Kelainan dari Hari Lain
Pada malam ini, slot dan aktiviti berakhir agak awal, kerana esok merupakan outing kedua kami. Kami dikhabarkan bahawa kami akn ber'outing' di Gua Tempurung. Dek kerana jaraknya yg akn jauh, maka kami akn bertolak sejurus selepas solat Subuh berjemaah selesai. Dan kerana kami akn bergerak awal pagi, maka kami diarahkan oleh Abg Shukri untuk tidor awal..

Comments