SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18 - 12januari

Kali ini, hasil kerja setiap ahli AJK SETIAUSAHA akn dipaparkan.


IKHWAH

Wan Abdullah a.k.a WE LOH

    Pagi yg gelap kini sudah terang. Keheningan di waktu subuh dipecahkan dengan kebingitan suara kekalutan semua peserta MHI. Ada yg masih tidur, dan ada yg berkalut serta ada yg masih seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Jam menunjukkan pukul 8pagi dan semua peserta diminta untuk berkumpul di dalam dewan kerana krew dari Radhatus Sakinah telah tiba dan sudah bersedia untuk memulakan program.

    Program kami bermula bersama pihak Raudhatus Sakinah dengan propaganda yg dibawa 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Tajuk pada hari ini berasaskan tentang masalah 'Zina dan Padahnya'. Kami didedahkan dengan masalah-masalah sosial remaja kini yg kian merunsingkan.


Amir Hanafi a.k.a AMIR

    Pada pukul 8.30pagi, penceramah ABJZ memulakan ceramah mereka tentang kesan2 berzina. Barisan penceramah terdiri drpd Bro. Jo, Bro. Bit, Bro. Fairuz dan Sister Jaja. Ceramah yg disampaikan oleh mereka sangat menarik dan menyentuh hati. Dalam slot ini, mereka menceritakan tentang buruknya kesan melakukan zina terhadap individu seseorang. Alhamdulillah, slot ini selesai pada pukul 1 tengahhari.

    Selesainya solat Zohor, aktiviti lain pula diteruskan. Kali ini, peserta MHI dipecahkan kepada 10 kumpulan baru. Setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing di berlainan lokasi. Akhirnya, tugasnya yang diberikan selesai pada pukul 5.3o petang.

Imran Kamarulzaman a.k.a IMRAN

    Seawal 8 pagi, peserta MHI bertungkus lumus menyiapkan diri untuk menghadiri program 'Anda Bijak Jauhi Zina' @ ABJZ yg dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah. Program ini bermula dengan sesi mengenali diri sebagai remaja. Bor. Fairuz menjai pengerusi majlis. Selepas itu, Bro AO mengendalikan sesi ISK atau 'Ini Sejarah Kita'. BEliau menerangkan fitrah manusia. Ungkapan yg tersemat dikalbu peserta ialah kisah kaum Nabi Luth yg menyokong perkahwinan sejenis.

    Selepas itu, Sister Jaja menerangkan tentang akibat buruk melibatkan diri dalam pergaulan bebas. Salah seorang peserta ikhwah disuruh untuk melafazkan ayat-ayat cinta. Sister Jaja juga menerangkan kesan buruk dan risiko membuat seks sebelum kahwin. Banyak pengetahuan dan info dapat diperolehi bagi peserta MHI.

    Di sebelah petang, peserta MHI telah dibahagikan mengikut kumpulan yg terdiri drpd 10 orang. Setiap kumpulan diberikan tugas dlm sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Di dalam kumpulan3, mereka diberi tugas menghuraikan tentang keratan akhbar yg menunjukkan perbuatan zina remaja. Selepas itu, mereka diberi amanah untuk menyediakan suatu Projek Mega untuk dijadikan sumber rujukan ahli ABJZ. Mereka telah menyusun strategi unutk "Karnival Mari Berpacaran" yang boleh menarik perhatian para remaja zaman sekarang.

Comments