SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 18- 12januari

AKHAWAT

Nur Hidayah Bt Mesyasin a.k.a DAYAH

    Hari ini adalah hari yang sangat dinantikan oleh peserta MHI. Pihak Raudhatus Sakinah telah datang seawal pagi untuk meluangkan masa bersama dengan peserta MHI. Pihak RS telah berkongsi maklumat mengenai gejala salah laku seksual yg semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Mereka juga telah menayangkan gambar bayi-bayi yg telah dibuang dengan kejam sehingga menyentuh hati kebanyakan peserta. Sya juga berasa sangat terkilan dengan tindakan remaja zaman sekarang.

Mu'izzah Bt Mohd Razali a.k.a IZZAH

    Hari ini, pihak Raudhatus Sakinah telah datnag ke lokasi MHI untuk satu program yg bernama 'Anda Bijak Jauhi Zina'.Program ini merupakan satu program di mana ia menerangkan tentang bahaya melakukan seks bebas dan masalah rata-rata remaja zaman sekarang. Semasa gambar-gambar bayi yg dibuang ditayangkan, ramai akhawat yg menitiskan air mata kerana pilu melihat nasib bayi yg malang itu. Selain itu, terdapat juga aktiviti berkumpulan dimana kami berbincang mengenai isu semasa.

Humaira' Bt Ahmad Khalid a.k.a MAIRA'

ABJZ Yes!
Are you ready?!
ABJZ Yes!
Are you ready?!
ABJZ yes! yes! yes!

    Jeritan bersemangat drpd peserta MHI telah menggegarkan dewan KRT! applause~ Pimpinan drpd barisan fasi2 mantap ABJZ menyinari hari saya hari ini. Terlalu banyak perkongsian yg dikongsikan especially by Sis Jaja, Bro. Jo, Bro. AO dan ramai lagi. Bahagian yg paling menyentuh hati saya sehingga menitiskan air mata ialah apabila video yg memaparkan susasan penduduk GAZA yg mana remajanya sangat berbeza dengan remaja MALAYSIA. Mereka benar-benar berjuang untuk meraih syurga, bukan atas dasar nafsu syahwat semata-mata. Next, slot diteruskan dgn LDK sehingga lewat petang.

Siti Ummul Hadhirah Husain a.k.a UMMUL

   Kalau remaja luar sibuk membimbit I-Phone, hari ini remaja MHI rata-rata membimbit 'I-BAG', gara-gara tidur lewat untuk majlis perpisahan semalam. Pagi ini slot dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Slot yang berlanjutan hingga jam 5.30 petang ini banyak membuka minda peserta tentang realiti dunia luar an tentang penzinaan. Selain pendedahan tentang dunia percintaan remaja yg melalaikan, kami turut diberi maklumat tentand STD ( Sexulally Transmitted Disease) yg kami kira sebagai azab yg Allah janjikan kepada penzina.

Nur Aqilah Bt Mokhtar a.k.a QIQI

    Slot pada hari ini bermula pada jam 8.20 pagi setelah semua usai bersarapan. Slot pada hari ini telah dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy yg berkisar tentang kempen yg tidak asing lagi bagi kami iaitu 'Anda Bijak Jauhi Zina' atau singkatannya ABJZ.

    Slot pertama kami adalah tentang asal kejadian kita serta sejarah kita sebagai manusia. Walaupun informasi ini sudah diketahui semua umumnya, namun slot ini telah berjaya menyedarkan kami akan hakikat kebesaran dan kekuasaan Allah. Seterusnya, slot ini diteruskan dengan mendalami jiwa remaja tentang cinta yg sememangnya suatu fitrah tetapi telah disalah gunakan nikmat ini hingga mereka melakukan kemungkaran dan maksiat. Kami sedar bahawa cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, umat dan kecemerlangan khususnya, adalah cinta yg sebenar dan menjamin ke syurga serta mendaapt keredhaan Allah.

    Slot diteruskan lagi dengan isu gejala sosial dalam kalangan remaja kini yg dahagakn kebebasan seperti Emo, Gothic, Black Metal, Pengkid dan sebagainya. Slot kemudiannya menyentuh soal akibat seks bebas yg kian berleluasa kini. Antara akibatnya ialah pembuangan bayi dan pengguguran serta penyakit seperti AIDS & HIV. Kami berpeluang mengenali dengan lebih jelas tentang penyakit kelamin @ 'Sexually Transmitted Disease (STD)' seperti sifilis, gonorea serta ketuat. Sungguh azab Allah ke atas orang yg berzina itu sungguh dahsyat. Nauzubillah.

    Slot yg kedua teah dijalankan selepas Zohor. Kami dibahagikan kepada 10 kumpulan bagi menjalani sesi LDK. Slot ini mengandungi beberapabahagian iaitu tafsir surah al-Baqarah dari ayat 49 hingga ayat 57 kemudian mengaitkannya dengan ABJZ ini. Seterusnya kami diberi 4kajian kes tentang laporan akhbar berkaitan isu-isu seks bebas ini. Bahgian seterusnya ialah merancang projek kami sendiri untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat tentang isu ini. Kami juga diminta menyenaraikan 10 perancangan kami menyebarkannya.

Slot bersama Raudhatus Sakinah berakhir pada jam 5 petang.

Comments