SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 19 - 13januari

    Slot kami pada pagi ini telah diganti dengan sesi refleksi yg telah dikendalikan oleh Kak Asma Amran. Kak Asma telah meminta kami untuk menyenaraikan sebarang perubahan yg telah terjadi sepanjang tiga minggu kami berada di sini.Beberapa peserta ikhwah & akhawat telah berkongsi perubahan-perubahan yg berlaku kepada diri mereka sepanjang berada di MHI. Program-program MHI yg dijalankan telah banyak membawa perubahan kepada diri kami. Pada hari ini juga, kami bakal kehilangan tulang belakang kepada program MHI, Abg Syukri, beliau akan pulang ke Sarawak kerana beliau, Kak Aida dan Kak Fifi akn di 'posting' dlm masa terdekat. Semasa beliau mahu pergi meninggalkan kami, peserta ikhwah telah mengiringi kepulangan Abg Syukri dengan nyanyian lagu 'Untukmu Teman'. Terasa pilu dan sedih kerana Abg Syukri byk mengajar dan menegur kesilapan kami.

- Setiap pertemuan pasti akn ada perpisahan-


   Masa tengahhari kami di isi dengan slot 'English Time' yg dibawa khas olah akak fasi kami, Kak Syah. Kami di minta untuk berada dlm kumpulan masing-masing dan diberi tugasan unutk mencipta 'indoor games' kami sendiri berdasarkan kreativiti kami. Pelbagai jenis 'indoor games' telah tercipta, antaranya "The Pitch-Potch", "Mute & Deaf", "Splat" dan "Truth, Dare & Challenge".

   Semasa slot ini juga, kami hanya dibenarkan untuk berkata-kata menggunakan bahasa Inggeris. Mereka yg terlepas cakap dalm bahasa Melayu akn didenda. Beberapa peserta telah didenda kerana bercakap menggunakan bahasa Melayu, mereka dicalitkan sos cili ke muka mereka sebagai denda. Seterusnya, Kak Syah telah berkongsi kepentingan bahasa Inggeris yg menjadi bahasa perantaraan dunia sekarang.

-Menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa selain bahasa Melayu adalah adalah satu KEMESTIAN-

    Pada malam ini, kami didatangi 3 org mahasiswa dan mahasisiwi dr Universiti Islam Antarabangasa Malaysi (UIAM). Akhi Marwan telah berkongsi sedikit pengalaman hidupnya dan sedikit perkongsian mengenai kepentingan usrah di universiti kelak. Beliau juga berkongsi tentang pengalaman dan cara beliau berdakwah di kampus. Kemudian, seorang ukhti bernama Siti Amirah juga menceritakan tentang pengalaman hidup beliau sepangjang berada di alam kampus UIA. Beliau juga teah memberi kata-kata semangat kepada kami agar terus bangkit dan tidak berputus asa untuk berdakwah.


-Seseorang haruslah melibatkan diri dengan masyarakat agar dakwah dapat dikembangkan-


BY : Nur Hidayah Bt Mesyasin

Comments