SELANGKAH MERUBAH DUNIA! - DAY 20 - 14januari

   Pagi ini tiada aktiviti khusus untuk kami seperti kawad atau riadhah. Sekitar jam 9pagi kami berkumpul di dalam dewan bagi memulakan rutin harian kami iaitu sesi public speaking. Seusai sesi public speaking, tiba pula sesi Dr. Adnan. Kali ini beliau mengajar kami tafsir surah al-Mukminun. Apa yg kami dpt dr slot ini ialah, bagaimana caranya Rasulullah S.A.W bersolat. Slot tamat sekotar jam 12.30 tgh/hari.

   Selepas Zohor, tiada rasmi yg dijalankan. Namun, bagi memenuhi permintaan kami, kami telah ditayangkan dengan cerita "Valley of The Wolves" (klu xslap). Cerita ini menggambarkan tentang penderitaan yg dihadapi oleh saudara se-Islam kita di Palestine. Walaupun kami bebas melakukan apa sahaja, tp kebanyakan dr kami tetap bersemangat untuk menonton tayangan ini sehingga ke punghujung program. Tayangan tamat sekitar jam 6 petang.

    Malam pula, slot bermula agak awal iaitu pada jam 8.30malam. Kami berkumpul pada jam 8.30 malam bg memulakan slot malam kami pada hari ini bersama wakil dr PERINTIS atau Persatuan Saintis Muslim Malaysia. Slot bermula dengan pengerusi majlis mengenalkan kami kepada Prof. Pauzi Zakaria. Beliau merupakan tenaga pengajar di UPM. Beliau juga merupakan satu-satunya pakar dalam " Finger-printing Hydrocarbone" atau lebih dikenali sebagai "Environmental CSI". Satu lagi yg menarik ialah di mana beliau pernah menjelajah sehingga ke Antartika dan Artik bagi tujuan mengkaji pencemaran alam sekitar. Selepas sesi pengenalan yg mengagumkan kami itu, slot diteruskan dengan aktiviti. aktiviti ini diberi nama "Science Bridge". Ikhwah dipecahkan kepada dua kumpulan dan akhawat juga dipecahkan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diberikan beberapa bahan seperti surat khabar, salotape dan gunting. Kami dikehendaki membina satu jambatan menggunakan bahan-bahan yg diberi. Syaratnya jambatan itu mestilah kukuh dan teguh.

Hari kami berakhir dengan kepuasan membina jambatan. =D


BY : Imran Bin Kamaruzaman , We Loh , Amir Hanafi



http://www.facebook.com/media/set/?set=a.343166169036308.89317.325485660804359&type=3

Comments