Shiny Grey Star

Apakah ertinya saya menganut islam? -Day 11 MHI 12

Bermula lagi sekolah kehidupan Ikram! masa untuk bangkit! Hari ini slot dikendalikan oleh penceramah yang juga merupakan pemulis buku yang cukup dikenali ramai iaitu Ustaz Alias Othman dengan tajuk slotnya ''Aqidah Salimah". Terdapat pelbagai input yang telah kami peroleh daripada slot ini seperti maksud sebenar aqidah dan 'apakah ertinya saya menganut Islam'. Dalam slot ini, Ustaz Alias selalu berkata ''Please Obey To Allah". InsyaAllah kata2 itu akan tersemat di jiwa kami. Antara ilmu yang dikongsi bersama ialah bukti muslim mempunyai akidah salimah iaitu melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.


*bgambar bsama ustaz Alias Othman*

Ustaz Alias juga mengendalikan slot lain yang tajuknya 'ikhtilat'. Kata Ustaz Alias, ilmu tentang ikhtilat ama penting dalam kehidupan setiap muslim kerana ramai personaliti hebat di dunia jatuh disebabkan tidak mengambil berat soal ikhtilat. Konsep yang perlu diamalkan dalam berhubung silang jantina adalah berpandukan kata2

''Ya Allah, lindungilah kami daripada keaiban dunia dan keaiban akhirat.. Ameen!" >.<

*harini juga start sesi suap menyuap*

*''suap 3 sahabat kamu dulu, bru suap diri sdri.." kata abg deen*



Pada slot malam pula kami diberi peluang untuk menonton movie 3 idiot pada malam ini. Sebelum itu, abang Bai telah memberikan tugasan kepada kami terlebih dahulu untuk mengambil lima ibrah daripada watak utama daripada movie tersebut. Alhamdulillah, akhirnya kami dapt merilekskan minda.



Asma Tajul Ariffin
<3



SHARE ON:

MADRASATUL HAYAH IKRAM

1 comments: