main Saidina secara 'Live'/Ashabul Kahfi Day 13 MHI 12

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Hari ini dilalui dengan sempoi. Kami mencuba untuk MEMIJAK NAFSU kami dengan bangun QIAM pagi ni. Qiam Jami'é. Alhamdulillah kami diImamkan oleh Abg Deen. Solat Tahajud, Solat Taubat dan Hajat. Diteruskan dengan kebiasaan Solat Subuh, Al-Ma'thurat.

Untuk memenuhkan slot pagi kami, Abg Siraj mengambil inisiatif dengan mencadangkan untuk bermain PERANG DUNIA MH-i. Dengan mengaplikasikan jawatan2 dunia sekarang, kami seolah olah bermain REALITI SAIDINA. Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Negara dll. Kecelaruan, ke-kabut-an dan kekecohan ketika itu, seolah olah kami sedang berperang. Kehilangn duit negara, muflis, ditahan polis negara, dan berterusan begitu sehingga JuruAudit masing masing diarah ke Conference Hall untuk mengira untung rugi masing masing.














Malangnya, ikhwah tak dapat pergi solat Jumaat kerana bas tidakk dapat datang. Peluang pula kepada akhowat untuk solat Jumaat.

Malamnya pula kami ada slot yang bertajuk Ashabul Kahfi, sedikit sebanyak membangkitkan semangat kami! menurut ustaz Azhar, ulama berbeza pendapat mengenai bilangan pemuda kahfi (merujuk ayat 22: surah kahfi) namun bilangan yang rajih menurut ulamak adalah seramai 7 orang. manakala merujuk kepada ayat 9 surah Kahfi 'Ar-Raqim' bermaksud anjing ataupun batu besurat. Sifat2 pemuda Islam sjati boleh diambil daripada Surah Al-Kahfi. Wallahualam :)


*ustaz Azhar*


Hebbak!, 
Solehah Mohd Azam
Siti Sakinah Mohamad


Comments