Commando Track! ayuh me'lasak!' -Day 5 MHI 12'

Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim..InsyaAllah hari ini kami peserta  MHI 12/13, ikhwah akhowat ada slot 'commando track' di Hutan Kem Rimba Tamu. sarapan kami hari ini diatas rumput dan cemment kerana kami ada sesi muhasabah diri di dalam sungai.



 Kami telah diketuai pakcik Osman yang kami sayangi sebelum bermula. kami telah melakukan bai'ah bahawa kami bersaksi 'tidak akan bercekak pinggang' jika kami melakukan cekak pinggang kami akan didenda ketuk ketampi dan push up. Denda ini berkonsepkan 'Harakiri' yang mendidik pesalah untuk menghukum diri sdri jika melakukan kesalahan. Hikmah method ini adalah utk melihat jika kami ini sudi utk ditegur atau tidak. ehek~ :3

 *''bahawasanya kami, tidak akan bercekak pinggang..*

Untuk commando track, ikhwah dan akhowat telah dipecahkan kpd beberapa kumpulan. Akhowat dulu memulakan commando track barulah ikhwah. well, ladies first kn? :P

        *abg bai bukan bercekak pinggang ya.. dia menggaru pinggang* :D

                                     *luruskan tekadmu..hadapi musuhmu...

*Ayuh majuuu..majuu..majoOoo..!*

Di checkpoint pertama kami perlu melalui paya tersebut dengan dengan meniti di atas paip PVC. Ramai dari kalangan kami yang jatuh  dan bermandikan selut. walaupun begitu, ramai juga kalangan kami 'excited' terjatuh dalam selut siap bergelak ketawa dan gembira pula. hehehe

*checkpoint paip PVC*

seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk ke checkpoint 2 dengan melintasi paya yang penuh dengan selut yang pekat hingga kami perlu menyillang siku untuk melintasi paya tersebut. kami juga memanjat bukit yang curam dan mesti memegang setiap dahan yang ada di dalam hutan itu. Di checkpoint seterusnya kami perlu menyeberangi tasik menggunakan tali yg disediakan.

*halangan merentasi tasik*

 *sangat lincah mereka ini. oyeh* 

 *almost surrender*
sehabis je menyeberangi tasik kami mendaki curam dengan menggunakan talil Tangan kami semua merasa kebas disebabkan terpaksa mengangkat diri sendiri naik keatas. 

 *mendaki curam pun perlukan keberanian*

*kami kumpulan pertama smpai!
*yeah! kami bersedia merentas tasik!*
*abg ashraf pun nk join bergambar jugak!*




*arahan pertama: ''abg nak kamu amik batu dan bergambar dgn batu nie''* =,=''


*arahan kedua: "abg nak kamu amik buah pulasan kat belakang tu seorg sebijik bawak kesini, "kata abg syed."amik yang merah je! hehehe" tambah abg bai pulak.


* ''kami yg amik fasi2 pulak makan." kata mereka. 

*checkpoint buat piramid: abg deen testing panjat dulu. mantap!*

*mukmin itu menguatkan mukmin yg lain*



*masih bertahan!*

*repelling: "lutut kena lurus! " kata pakcik osman

 *nie mesti bru bercekak pinggang secara berjemaah.hehe *

bagi kami, trecking kali ini lebih mencabar dan menyeronokkan. kami balik dalam keadaan yang basah! kemudian kami diberi rehat yg cukup untuk meneruskan slot malam iaitu Tafsir Surah As-Syams dan kami turut melakukan simulasi demi matahari. Slot malam ini pula telah dijayakan oleh abang Khairul Fadhli a.k.a Abg K. Abg K merungkaikan sebahagian surah as-Syams. Dan segala pengisian beliau sgt menusuk Qalbu kami. 

Itulah yang berlaku pada kami hari ini.  Subhanallah, kami selangkah merubah dunia!!

Yang ber-cher-riey-tarr;

Siti Sakinah Bt. Mohamad
Akid Syuwari B. Suhaizam
juga diguide kakak fasi multimedia. :)



Comments