Dare To Change! Sayonara Jahiliah! -Day 4 MHI 12'

Rise and shine! hari ini kami meneruskan lagi pengembaraan di Sekolah Kehidupan Ikram. Alhamdulillah diberi nikmat nyawa lagi untuk majlis ilmu hari ini.

*mata kebumi, hati kelangit. MHI day 4*

Slot hari ini dimulakan seperti biasa dengan nyanyian dan simulasi bersemangat lagu Shoutul Harkah gelombang Keadilan dan Izis, Hai sahabat yang kali ini dikendalikan sendiri oleh peserta MHI sendiri iaitu ahli Syura yang telah dipilih. Seperti biasa kami kena asah lagi bakat 'public speaking' kami.

Slot DARE TO CHANGE pula banyak 'menampar lembut' hati kami hari ini, banyak memuhasabahkan tentang perilaku diri dan karat2 jahiliyah. Banyak input yang kami dapat dari Ukhti Sumayyah Abdul Aziz.  Antara yang paling terkesan di hati kami antaranya quote '' Dear past, thank you for all the lesson, Dear future, im now ready''. kami juga diberi suntikan tentang semangat2 juang rijal dan mujahidah di jalan Allah yg bjuang untuk Islam. Dan pentingnya peranan remaja di dalam dakwah dan perihal ummah.



Slot terakhir kami kali ini pula mengenai 'Perancangan Organisasi' yang dikendalikan oleh ukhty asma zaid. kami mendapat pelbagai input tentang cara2 mengendalikan organisasi. wakil dari setiap commitee diminta mmbentangkan tugas-tugas commitee masing2, seperti ajk Multimedia, Ajk makanan, ajk kerohanian, ajk  kebajikan dan sebagainya. 

Ukhty Asma juga berkongsi tentang rahsia organisasi ummah Rasulullah iaitu berpegang kepada kalimah tauhid ''Lailaahaillallah Muhammadarrasulullah''

*Ukhty Asma Zaid*



"Apa yang disampaikan dari hati, akn sampai ke hati.."- 
Kata2 Hassan Al Banna. Slot Dare to change.

young burr nurr,
Asma' Binti Tajul Ariffin,
19/12/2012
MHI DAY 4
                                            

Comments