Shiny Grey Star

Gua Batu Maloi! here we come! - Day 8 MHI 12

Alhamdulillah hari nie selepas solat subuh kami terus naik bas dan pergi ke Gua Batu Maloi, Tampin, Negeri Sembilan. Hari nie misi cami adalah CAVING! seriously Ohsem kot,,Abang Fasi yg bertugas jaga kami caving kata halangan kami nie tahap 'medium' je. So tak susah and tak juga senang,

*dh sampai!!*

*peserta2 ikhwah*

*peserta2 akhowat*


*apa yg pnting? kerjasama!*





*fasi2 amik barang2 keperluan*


*inchek Boss cek apa yg perlu*

*bgambar bersama encik Muhammad Nazri*

*mmperkenalkan..Lampu suluh..TORA!!*



Kami banyak lalu lalauan batu. Kami semua terfikir yang batu gua tu macam yang  selalu dibayangkan, (ala2 tempat pelancongan siap boleh lenggang kangkung) rupanya sangkaan kami tersasar jauh. Kami tak dibenarkan bawa kamera sebab banyak laluan air. so.. bayangkan jelah gua tu ekstrem camne kan.. hehehehe

*ini just luar taw..x masuk dlm lagi..*


Sudah semestinya ada yang jatuh, salah seorangya saya. Air yang deras dan batu yang licin agak menyukarkan perjalanan kami. Tapi, Alhamdulillah berjaya juga dilepasi. Oyeh! diceritakan di dalam gua tu macam2 bnda kami boleh jumpa antaranya Katak yg lebih besar dari kepala dan badannya x ubah sama seperti batu, ular yg hnya nk makan kelawar xnk patuk manusia, dan macam2 lagilah!


*pakcik kata, kdg2 kami mst akan terkeliu batu or katak...err..*

*ular tu tunggu kelawar2 ne jatuh je, dia nk makan klawar je, makan durian mmg tak la..*


Gua Batu Maloi nie ada mitos2 nya tersendiri. Menurut kepercayaan penduduk sana, Maloi tu adalah datang drpada cerita seorang asli yang mempunyai hubungan dengan seorang puteri bunian tetapi hubungan mereka tidak direstui, kediaman puteri Bunian tersebut diberi nama Maloi. Mitos yang kedua pula adalah batu yg besar tersebut adalah pintu ke dunia bunian. Orang zaman dulu kala apabila ada majlis perkahwinan mereka akan memuja batu untuk meminjam pinggan mangkuk. Tetapi malangnya ada pinggan yang dipinjam pecah dan penunggu batu itu tersangatlh marah  dan menutup pintu tersebut. kesan putih pada tasa batu maloi itu dipercayai adalah pintu. Tapi itu semua cerita yang hanya Allah S,W.T je yg tahu kebenarnanya. hehehehe

*ini dia batu maloi!!*

pengembaraan kami di gua batu Maloi diakhiri dengan jungle trecking ke bawah semula. Subhanallah, Allah je tahu betapa bahagianya kami melihat cahaya matahari selepas keluar dari gua. Bayangkan kami masuk gua pukul 10 pagi macam tu, kluar pulak pukul 4: 30 macam tu. pengembaraan seharian di dalam gua, merangkak, menyelit, berguling, berenang dan berguling seharian di dalam gua mmg kenangan yg x dpot dilupakan, horrayyy!!

*encik Muhammad nazri nie bekas pemain bola wakil Malaysia taw!*

*kami letih tapi tersenyum bahagia.*

*yea.. bahagiaaaaaaaa...........*

*kami juga!*

*jalan kaki ke bas*

*semua berebut biskut.. lapar sgt tu.. huhuhu*

*persiapan untuk family day pula!*




Yang mengalaminya...

Siti Sakinah Bt Mohamad.

SHARE ON:

MADRASATUL HAYAH IKRAM

2 comments: