Parelling and FlyingFox / INTIM Day 14 MHI 12


Ahmad Badiuzzaman Bin Roslan a.k.a Buddy wrote:

''Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi2 kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberikan peluang untuk terus hidup dibumi ini. Pada hari ini, kami peserta MHI telah mendapat pengalaman baru yang mungkin sukar untuk dilupakan.Pengalaman ini bermula pada pukul 11.15 kalau tak silap. Peserta perempun merasmikan acara yang utama iaitu 'Flying Fox'. Manakala peserta lelaki menjalankan aktiviti 'Team Building'. Peserta lelaki disuruh untuk mendirikan paip2 dengan menggunakan tali Rafia. Selepas Zohor peserta mengambil giliran untuk menjalankan aktiviti2 Flying Fox.''

*"this is RIJAL!!"*

*menunggu utk flying fox*


*team building*



*" I believe I can fly.........."*







*The Matrix*

*Uchie & Buddy*

*muka bersemangat*

*One Direction versi MHI*

Ahmad Yusri Bin Zaharudin a.k.a Uchie wrote:

Di sebelah malam, Keindahan BersamaMu berjalan dengan sangat lancar dan sayu. Kami berkomunikasi dari hati ke hati. Teman teman semua mendakap erat sambil membuat bulatan Heppi. Tak pernah dilalui. Tak pernah dirasai. Slot yang sangat menyentuh hati dan membawa berjuta erti. Alhamdulillah rakan-rakan seperjuangan berjaya mengungkap dan melafazkan apa yang tersirat dalam hati. yang keji diambil sebagai cikgu, yang mulia dijadikan teladan. Alhamdulillah. Slot pada malam ini sangat berharga. Kami sangat berterima kasih kepada MHI kerana mengisi masa malam kami dengan pengalaman yang tidak dapat dicari dan diganti. Apa yang dapat dijadikan sebagai pengajaran dalam slot ini adalah, apa itu erti sebenar sahabat. Pertama, memaafkan sahabat walaupun beliau jauh dari pangkal jalan. Kedua, memberi kata2 semangatyang boleh membakar jiwa supaya terus berjuang tanpa penat, Ketiga, mencintai dan menyayangi sahabat lebih dari mencintai diri sendiri seperti apa yang telah disabdakan oleh nabi. Keempat, menegur teman teman sekiranya mereka terlanjur dari landasan yang jujur. Yang terakhir, tidak jemu dalam mengirimkan doa-doa kepada Tuhan. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada ummi dan MHI kerana memulakan langkah2 kami untuk merubah dunia.


*menyanyi lagu Teman sejati*

*dengannya disisi, perjuangan ini senang diharungi bertambah murni..*


*sesi banjir air mata..*

*Uhibbuki Fillah sahabat...*








Doakan kami selangkah merubah dunia,
Buddy dan Uchie <3


Comments