Ghuzwatul Fikri/English Time/ SYRIA! Day 19 MHI 12


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Kak Sumayyah Aziz telah datang kesini buat kali kedua untuk menyampaikan slot silent killer. Banyak input yang menarik kami dapati dari slot ini. Tambahan pula, kak Sumayyah sangat bersungguh2 untuk menyampaikan slot ini dengan menarik supaya ikhwah dan akhowat yang keletihan tidak tertidur. Kami telah belajar taktik Israel dan musuh Islam untuk menyerang pemikiran umat Islam. Taktiknya terdiri daripada 5S dan 5F.

5S (Sex, Sport, Screen, Smoke, Song)
5F (Fun, Food, Fashion, Female, Faith)














Untuk petang pula, its English Time! Slot ini dikendalikan oleh Kak Aisyah Nazirah iaitu merupakan salah seorang kakak Fasilitator kami. Melalui slot ini, kami dapat mengetahui  “skill2” untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Malah, beliau juga bagi kami kata2 semangat untuk lebih gigih berlatih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.





Oh SYRIA! Slot ini telah dikendalikan oleh Abang Zulkarnain. Beliau telah menerangkan kepada kami lokasi Syria dan isu-isu yang telah hangat berlaku. Tambahan, ramai rakyat Syria telah terkorban akibat kekejaman Basyar Al-Assad yang mengamalkan politik kuku besi. Akhir sekali, kami sangat berasa kesal dan simpati diatas nasib saudara kami di Syria.  Semoga Allah member I kemenangan kepada mereka! AllahuAkbar!



Comments