Himpunan 1000 jiwa 1 Hati, Day 16, 17 MHI 12


Selangkah kaki  masuk ke dalam bas,  Organisasi kami secara rasminya dibubarkan. Abang Aqil memberikan kata2 amanat terakhir kepada kami.

Perjalanan selama satu jam setengah diteruskan sehingga sampai ke masjid negeri, Shah Alam pada pukul 3.30 petang. Orang ramai telah mula memenuhi  masjid yang gah dan luas itu. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan dan terdapat seorang fasilitator ditugaskan untuk menjaga kmupulan kami.  Kami diberitahu akan lebih ramai lagi orang yang akan membanjiri masjid itu pada malam ini. Wah! Kesatuan ummah di majlis ilmu. Ini gempak! :3

*booth IkramTeens*



*murah je, 2 ringgit je :3*


Kami dapat goodie bag dari IkramTeens yang mengandungi notebook dan majalah JOM dan pen. Solat maghrib selesai dan diikuti dengan tazkirah yang sangat member manfaat sementara menunggu Solat isyak. Selepas itu kami bergerak mengikut kumpulan yang ditetapkan dan mengambil tempat masing2 untuk menyaksikan konsert.

Tiraai persembahan dibuka dengan kemunculan Hafiz Hamidun yang mengalunkan selawat yang sangat menusuk kalbu kami. Seterusnya diselangi dengan forum berkenaan cinta yang diketuai oleh Fedtri Yahya dan ahli2 panelnya yang juga selebriti iaitu Wardina Safiyyah, Sham Kamikaze, dan ustaz Muhamad Nor.  Banyak input yang kami dapat dari forum tersebut dan amat berguna untuk kami as a teenagers.

Kami juga disaji dengan persembahan mendidik jiwa dari inteam, jes Ibrahim, Edcoustic dan lain2 lagi.  Acara kemuncak adalah countdown untuk Tahun 2013. Dan diikuti dengan zikrullah, ikrar serta azam tahun baru yang dilaungkan beramai2. Terasa getaran halus dihati saat takbir dilaungkan beramai2.  Jika di sana mereka bergegak gempita dengan botol arak dan teriakan sumbang, kami disini bergegak gempita dengan takbir dan smangat azam untuk mnjadi Muslim yang lebih baik. Smoga  Allah memperhatikan Mukaddimah tahun kami dengan pandangan sayangNya. Allahuakbar!

*countdown!*


*edcoustic nyanyi*



Kami tidur pada jam 12.50 malam di dalam masjid dan Qiyamullail berjemaah diteruskan hingga Solat subuh. Selepa itu , para peserta bersiap2 untuk fun games yang dipenuhi dengan Break clap, perkongsian dari Imam Muda Hassan, dan diakhiri dengan  penampilan UNIC. Bergema doa rabitah dan selawat di masjid Shah Alam. Suatu pengalaman islami yang mendidik rohani ! Himpunan 1000 jiwa diakhiri dengan Solat dhuha berjemaah dan makan tengahari ^__^


* Imam Muda Hassan*




Sehabis Perhimpunan 1000 jiwa kami ada mission impossible yang lain, jeng3!  Kami telah berflashmob di Plaza Alam Sentral Shah alam. Satu lagi pengalaman baru buat kami kerana kebanyakan daripada kami peserta MHI belum pernah melakukan flashmob, di khalayak ramai disaksikan satu shopping kompleks pulak tu. Alhamdulillah, flashmob berjalan dengan lancar! ^^






Yang berceritakannye;
Husna binti Sakhor dan Adibah Zulkepli 

Comments