Movie Sang Pencerah/ Debat MHI / Hidayah Center Day 18 MHI 13


‘SANG PENCERAH’ begitulah tajuk  tontonan movie kami  untuk slot pertama yang dikelolakan oleh abang  Deen. Malangnya sesetengah dialog di dalam movie ini di dalam bahasa Jawa asli dan menyukarkan kami untuk memahaminya, Apatah lagi, tiada sarikata disediakan menyebabkan Abang Deen menjadi translator tidak bergaji :’).  Tontonan movie berlangsung hampir 3 jam hingga ada yang ‘syahid’ di akhirnya . ( tertidur) . Antara mesej yang kami dapat ialah, Al-Quran tidak boleh dibaca  dengan akal tetapi dengan hati.



*ramai yang syahid*


Suasana petang di MHI bertambah hangat dengan sesi perdebatan  yang dipengerusikan oleh Kak aisyah Nazirah, Tajuk perdebatan kami pada kali ini ialah mengenai ‘ Dewan ini menyekat lagu2 yang mengangungkan keganasan dan gaya hidup penjenayah’  dan ‘ Dewan  percaya pemimpin perlu ada sikap karisama’. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan besar, 2 kumpulan  ikhwah dan 2 kumpulan akhowat.








Lakshmi, Parvathi, Sarasvati. Pelik tak perkataan2 ini? Pernah dengar x?  Perkataan inilah yang kami belajar pada slot malam bersama Hidayah Center mengenai Hindu. Penceramah slot ini ialah Encik Muhammad Fitri Abdullah, seorang Mualaf yang memeluk Islam ketika berumur 28 tahun. Sebelum  ini, beliau merupakan penganut agama Hindu. Tujuan slot ini diadakan adalah untuk mengajar kami cara berdakwah kepada penganut Hindu. 


Berdakwah? Perkataan yang sangat besar maknanya! InsyaAllah. Di MHI, kami belajar untuk berani mencuba pelbagai aktiviti dan misi. Kini, misi terakhir kami ‘street dakwah!’ sedang menanti. Selangkah mengubah Dunia! :D


Yang bertOoogas Ohooooohoi!
Zaidatul Hanim Binti Zainal Abidin/ Ahmad Yusri Bin Zaharudin



Comments

  1. Wahai adik2ku sayang...moga Allah permudahkan urusan dunia kalian untuk urusan dunia kalian~ amiin

    ReplyDelete

Post a Comment