Sembelih Ayam/ Dakwah Fardiyah Day 23 MHI 13

Another Tiring Day, phew~ yeah! Its tiring but exciting,,

Apa yang exciting sangat tu? bunyi macam hiperbola je...

Hari nie lepas rutin harian pagi ( Qiam, Mathurat, Tazkirah, Tadarus, zzz, Dhuha, Makan) kami ada public speaking session yang agak lama. Sepatutnya turn akhowat tetapi ikhwah kena Qadha Public Speaking yang doang tertinggal semalam.

Selesai Public Speaking, agenda hero telah tiba. hehehe 18 ekor ayam yang masih hidup masih menanti. Guess What? Penyembelihan ayam beramai2! Dengan lafaz Bismillah maka terputuslah urat2 merih ayam2 itu. HAsilnya kami makan tengahari berlaukkan ayam asam peda. Alhamdulillah, enak dan lazat! :O

Slot seterusnya membawa kami ke alam medik. 'Safety First' yang telah dipanjangkan oleh Dr. Baizura ternyata telah memecah rekod MHI 12/13 sebagai slot yang palik banyak menerima ssoalan daripada kami. A veri big hand for her.. *CLAP2!*

......Solat Asar, Riadhah, mandi.......

Dikala ini, kumpulan 5 dan 8 tak menang tangan memasak, ikhwah pula sibuk membakar ayam. *kite bako je! bako* Anything special tonight?

Selepas solat Maghrib, mathurat dan Tangkas oleh Abang Deen Alhamdulillah kami dihidangkan makan malam yang mampu membuatkan senyuman terukir di wajah masing2. Tidaklah begitu mewah. hanya ayam BBQ, nasi planta, Mashed Potatoes, Coleslaw dan Cocktail je.. huhuhu ^..^

Akhirul Kalam, hari kami disempurnakan oleh Abang K  dalam slot DakwahFardiyah. Slot yang bermula dari pukul 9pm hingga 11p ini mengingatkan kami dalam hidup ini, segala yang berlaku adalah diatas kehendak kita. Kita yang membuat pilihan samada Fujur atau Taqwa.

Satu lagi, detik2 perpisahan semakin hampir..Sudahkah bersediakah kami untuk memulakan langkah untuk mengubah Dunia??

Wallahualam, Pen Off, 1.19 am 08012013

Faqihah Harithuddin
Mu'az B. Mohd Rozi


Comments