Tafsir Surah Al-Luqman/ How to connect with parents/ PRANK TIME! Day 15 MHI 12


Kami memulakan hari pertama kami dengan Slot yang best iaitu slot Surah Luqman dari Dr. Hassan Basri.  Kami excited sangat menafsir Surah Al-Luqman ini. Surah ini menceritakan tentang nasihat Luqman kepada anak nya. Antara point2 yang kami dapat ialah berbuatlah baik walaupun kecil Allah akan membalas, laksanakan Amar Makruf Nahi Munkar dan sebagainya. Pada waktu petang Abang Siraj telah memberi penerangan tentang Team management memandangkan peserta perlu menyiapkan 3 projek besar2 an berkenaan Palestin.

*in our heart :')*



Pada waktu malam pula, pada mulanya semua berjalan seperti biasa. Tetapi selepas usai makan malam , kami dikejutkan dengan arahan yang menyuruh semua peserta berkumpul dalam masa seminit sahaja. Pada mulanya kami ingatkan tiada apa yang berlaku. Tengkingan abang Aqil dan Abang Siraaj menyebabkan kami semua tersentak dan tatoottt sangat. Kami dicerca dan dimarahi oleh mereka disebabkan kesilapan2 kami. Amukan mereka sampai ke klimaksnya pabila mereka mengarahkan beberapa orang peserta yang  baik untuk kemas beg dan disuruh pulang kerumah.

*saya munye!*

*bufday boy, dibelakangnya adalah si mangsa keadaan calit kek :3*

*kak nazurah nak yang beeeesar punye!*



*hiyaarkk!*




Ada  diantara peserta yang tidak berpuas hati, antaranya  Apek, Uchie, dan Buddy dan lain2 telah emosional  apabila rakan2 mereka telah dihalau balik, betapa kuatnya rasa sayang antara mereka.  Masing2 cuba mempertahankan dan ‘backing’ rakan masing2.  Suasana jadi hening seketika apabila abang Aqil tiba2 menyanyi ‘’Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu…’’ Masing2 tergelak, ada juga yang menangis keharuan. Para fasilitatorr membawa masuk beberapa biji kek ‘Secret Recipe’ dihidangkan di tengah dewan. Dewan menjadi gegak gempita dan riuh kerana semua orang bermain calit2 kek di pipi, Abang aqil paling teruk kena calit sebab keesokan harinya dia akan meninggalkan kami untuk meneruskan kerjayanya :’(
Slot terakhir untuk hari ini adalah ‘Adab terhadap Ibu Bapa’ dikendalikan oleh Ustaz Bukhari Ashaari. Ceramahnya banyak menyentuh tentang adab terhadap ibu bapa. Apa peranan kepada ibu bapa, cara menjaga hati ibu-bapa dan lain2.

Daripada:
Muaz a.k.a Uchop dan Zikri. HENSHIN! >.<

Comments