13th Day In Kem Rimba Tamu

Hadis of the day : Rasulullah bersabda, mafhumnya :“ Amalan akan dilihat oleh Allah pada hari Isnin dan Khamis, jadi aku ingin amalanku dilihat ketika aku berpuasa”.
                Hari ini para peserta berpeluang melakukan amalan sunat iaitu puasa sunat. Pagi yang penuh barakah ini dimulakan dengan aktiviti Qiam Jamaie’.Alhamdulillah, kehadiran sangat memberangsangkan dan dengan berjalannya aktiviti ini, kita mengharapkan berkat dan rahmat Allah turun mencurah-curah di bumi “Batang Kali” ini.
Tajuk speaker’s corner pada hari ini berfokuskan WANITA. 1- Isteri Berkerjaya dan Surirumah, Suami Goyang Kaki, oleh Aliyah. 2-Shopping, Keperluan Atau Kehendak? Dibentangkan oleh Mawaddah. 3- Wanita penakluk IPT,dari Hilmi. Dua speaker’s hari ini tidak dapat beraksi dengan mantap disebabkan masalah-masalah teknikal yang dihadapi secara tidak terduga.             
Pada jam 10.00 pagi, slot bermula dengan tema Remaja dan Perubahan yang dibawa oleh Encik Roslan.  Para peserta diberi suntikan tentang kepentingan perubahan, jenis-jenisnya dan kategorinya  kerana remaja ialah fasa yang paling penting bagi persiapan untuk alam dewasa yang lebih mencabar. Menurut Encik Roslan, jika seseorang itu mahu berubah, beliau perlulah menjaga masa. Beliau juga telah menceritakan tentang seorang remaja yang berjaya berumur 18 tahun iaitu Usamah bin Zaid. Usamah pernah membunuh orang sehingga ditegur oleh nabi Muhammad SAW kerana orang yang telah dibunuh beliau telah mengucap dua kalimah syahadah. Usamah telah memandang positif terhadap teguran nabi dan menjadikannya sebagai satu sudut perubahan kepada dirinya. Kisah ini memberi impak maksima kepada peserta.
Ha! apa yang syoknya hari ini, kami menimba ilmu ukhrawi yang wajib ada dalam diri seorang mukmin, iaitu tafsir Surah Luqman. Surah ini berkaitan dengan wasiat Luqmanul Hakim kepada anaknya seperti bersyukur, aqidah yang benar, menghormati ibu bapa, reward oriented(target sesuatu amalan), ibadah sohihah, Dai’e, sabar dan berkemahuan dan berakhlak mulia kepada mukmin.
                Seusai solat Zohor, hari diteruskan dengan slot bersama 7 orang pakar menjahit dalam slot asas menjahit. Peserta didedahkan dengan 4 kaedah jahitan iaitu jelujur, sembat, back stitch dan silang pangkah. Peserta juga diberi pendedahan tentang jahitan untuk bahagian butang iaitu butang biasa, butang ketip dan butang cangkuk.para peserta kelihatan tekun dengan jarum dan benang di tangan. Walaupun keletihan, kesungguhan terpancar di muka para  peserta .
                Malamnya pula, peserta diberi juadah karipap dan buah-buahan yang sangat lazat bsebagai alas perut berbuka puasa. Alhamdulillah , semua peserta berjaya mengharungi hari dengan penuh bersemangat walaupun berpuasa.
                Selepas Isyak pula, slot diteruskan dengan program mu’ayashah bersama abang fasi dan kakak fasi. Mu’ayashah ini bertujuan untuk mengenali para peserta dalam kumpulan masing-masing dengan lebih mendalam. Hal ini bertujuan untuk membina semangat ukhuwah yang lebih erat dan kukuh serta berkekalan hingga ke syurga insyaAllah.

 #MHI1314
YESTERDAY is PAST,
TOMORROW is FUTURE,
TODAY is A GIFT.
MAKE USE OF IT WISELY J

Reporter yang telus :
·         muhamad afif bin amran.
·         Shafiqah Zulkifle
·         Abdullah Mursyid

·         Imm229

Comments