25 Disember 2013 , Rabu ( Day 12 )

                Pada hari ini , selepas bacaan Mathurat , hadis corner dijalankan dengan mengetengahkan tentang cara-cara pembacaan alQuran oleh Rasulullah oleh Hammad.Cara Rasulullah membaca Alquran adalah dengan jelas , satu per satu huruf.. Pengisian minda yang pertama adalah mengenai ‘’ Pengurusan kewangan Di IPT ‘’ , oleh En Harun Mohd Yusof @ Hamdy. Setiap kumpulan diarahkan untuk merangka perbelanjaan bulanan di IPT nanti. Peserta MHI pada tahun ini memberikan idea dan respon yang bernas.Tidak lupa juga kami diberi pencerahan tentang cara-cara menyimpan kewangan dengan sistematik.Resolusinya , kami semakin bijak mengurus kewangan masing-masing dengan tips-tips yang bermanfaat. In Shaa Allah ..
                Slot yang kedua di isi oleh kak Azreen @ ka E’en yang menceritakan tentang “ Marhalah seorang Daie “. Apakah maksud marhalah ? Marhalah ialah perjalanan atau jarak yang dilalui dari satu tempat ke satu tempat. Motivasi yang diberikan oleh Kak E’en telah menjentik hati kami agar tetap tsabat dalam menempuhi perjalanan kami untuk menjadi seorang pendakwah yang AWESOME !
                Selepas solat isyak , Speakers Corner dijalankan dan dimulakan dengan  Nasihah , ( ISA ).Abdul Azim ( 1 Malaysia ) , Ainul Huda ( Demokrasi ), Hilman Omar ( Pakatan Rakyat ibarat tidur sebantal mimpi lain-lain ) dan terakhir sekali Anas Rashid ( Najib itu gajah , Anwar itu semut ) . slot yang terakhir pula mengenai tafsir surah Al Kahfi yang disampaikan oleh Encik Azhar Jailani. Dalam surah Al Kahfi terkandung 4 cerita iaitu , Ashabul kahfi , 2 orang pekebun , Nabi Musa dan Nabi Khidir  dan Zulqarnain.Aktiviti hari ini diakhiri dengan tambahan Speaker Shafiq dengan tajuk , ‘’ Kalau aku kaya…’’
                ‘’ Huaargh ! ‘’ mata sudah layu.. tangan sudah kaku .. katil memanggil-memanggil  menyeru ana untuk merehatkan diri . Semoga esok dapat dilalui dengan penuh semangat . nantikan lah hari esok yang lebih Da bomm !! >.<

Attention :
* esok kitorang puasa sunat dan ada Qiamulail perdana J semangat nak bangun Qiamulail dan sahur :D hehe

Wartawan  yang Ihdinassirotul mustaqim ,
Fatin Nur Athirah dan Wan Ahmad Syakir :D


·      **   Maaf  lambat update, ada  masalah teknikal .. hehe

Comments