Berani untuk berubah!! (Day 4)

17 DISEMBER 2013

“Allahuakbar.. Allahuakbar!!” suara azan subuh berkumandang di Kem Rimba Tamu. Azan ini menandakan permulaan hari ketiga MHI di Kem Rimba Tamu. Para peserta solat subuh secara berjemaah di dewan dan membaca ma’thurat bersama-sama serta melakukan halaqah Al-Quran.

Sesi riadah pagi di padang kawad dimulakan dengan aktiviti regangan dan memanaskan badan yang diketuai oleh JK Sukan. Setelah itu, kawad statik dilakukan bersama-sama dan peserta ikhwah dan akhawat beriadah secara berasingan. Peserta ikhwah melakukan ‘Hakka’ iaitu pergerakan bersama laungan semangat dalam formasi piramid. Kemudian, peserta bergerak ke dewan makan untuk sarapan pagi. Nasi goreng dan roti bersama telur dihidangkan. Peserta diberi masa selepas sarapan untuk bersiap sedia untuk slot seterusnya yang dimulakan dengan Public Speaking.


Selepas mendengar Public Speaking daripada barisan majlis syura Akhawat, kami meneruskan slot yang pertama iaitu Dare to Change yang telah disampaikan oleh Kak Sumayyah Abdul Aziz. Pengisian untuk slot kali ini lebih menjurus kepada remaja dan perubahan.  

Slot ini dibahagikan kepada dua masa iaitu sesi pagi dan sesi petang. Program ini dimulakan agak lewat kerana masalah namun alhamdulillah, ia berakhir dengan sangat baik. Para peserta telah memberi komitmen yang tinggi terhadap program ini dengan memberi respon apabila ditanya dan memberi pandangan apabila diminta.


Para peserta diberi pendedahan tentang realiti dunia sekarang dan diberi tips-tips untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Akhir sekali, peserta diberi kesedaran mengenai tujuan kita diciptakan dan bagaimana untuk kita bermula melangkah ke arah yang lebih baik.


Comments