Commando Track dan Solat Ikut Sunnah (S.I.S) (Day 5)

Alhamdulillah, kami masih bertahan berada di MHI setelah 5 hari berada di kem ini. Pagi ini bukan mcm pagi2 yg lain. Biasanya, kawad je. Agak bosan la. Tapi, hari ni kami sgt seronok sebab ada senam aerobik yang dikendalikan oleh abg Danny yang tough. First time kot, kami riadhah pagi berpeluh. Hehe, sebelum ni kawad tak berpeluh langsung. Abg Danny sangat friendly dan menghiburkan. Best ! Lepas habis makan, kami nyanyi lagu baru iaitu “hai sahabat”. Abg bai ajar kami dgn muka konfidennye. Rupa2nya, nak nyanyi lagu tu dgn gaya skali.......huh, berpeluh. Dah macam senam aerobik versi dua. xD

Agenda kami diteruskan dgn sesi yg sepatutnya mencabar, iaitu “COMMANDO TRACK”. Dah nama pon commando, memang ter’seksa’ lah kami semua. Kami diberitahu bahawa kami akan memasuki hutan dan hanya makan roti sahaja utk tghari. Huh, perit. >_<

Adehh, tapi commando track yg dirancang, suku jalan je. Kami hanya lalui beberapa obstacle di hutan sebelah kem je. Selesai solat zohor, kami mkn tghari hanya dgn roti berserta sardin tin. Hiasan2 pd roti dan sardin yg disediakan, mempunyai markah2 tertentu (lpas tu, fasi kebas terutama abg bai :P). Selesai makan, tibe2 je ade pengumuman yg commando track ditangguhkan. Dengar citer sbb fasi2 penat (tak tau la btol ke tak, abg bai yg kata). Hehe. Tapi, ape2 pon kitorg dpt rehat sepuas2nya a.k.a dpt mandi sungai lama2. Ada hikmah disebalik ape yg berlaku. Allah sebaik-baik perancang. :D

Pada malamnya pulak, slot S.I.S (Solat Ikut Sunnah) diceramahkan oleh abg deen yg baru ber’punya’. Slot ni sgt best. Rasa macam taknak tido sbb nk dgr pasal solat. Rupa-rupanya byk gak perkara dlm solat yg kita tak tahu. Hmmm. Bak kata abg deen “Jaga solat, yg lain2 insyaAllah terjaga, kalau tak, tak payah mimpi la.”

Utk harini je, kitorg blajar byk sgt perkara walaupun nmpk macam skit je. Nasib baik harini, hari yg menyeronokkan (sbb first time buat outdoor activity). Kalau tak, tido je la dlm slot ceramah yg berjam-jam tu. :P

ATTENTION !!
*Jangan lupa jaga solat, sbb solat tu kan tiang agama. :D
Kami bergerak selangkah mengubah dunia InsyaAllah !

Yang berdosa : Wan Ahmad Syakir Bin Wan Ahmad Sanadi & Ahmad Syahmi Bin Shahruden.


Comments