Gua Batu Maloi!!! (Day 8)

Penerokaan Gua Batu Maloi

Para peserta dikejutkan daripada tidur seawall jam 5.15 pagi. Selesai menunaikan Solat Subuh, para peserta dikumpulkan di parker kereta berhadapan kantin. Oleh kerana bas tidak menepati masa, para peserta digalakkan untuk bersarapan terlebuh dahulu. Selepas bersarapan, kehadiran para peserta dan para fasilitator diambil. Para peserta dimasukkan kedalam kumpulan masing-masing utnuk penempatan bas. Tiga buah bas hadir dalam jam 7.30 pagi dan para peserta beserta fasilitator mula bergerak pada jam 7.40 pagi menuju ke Gua batu Maloi. Bacaan mathurat berlangsung di dalam bas. Pada jam 9.30 pagi, bas berhenti rehat di RnR.

Rombongan tiba di pintu gerbang Gua  Batu Maloi pada jam 10.30 pagi . Rombongan berjalan kaki ke tempat berkumpul dan diberikan taklimat berkenaan aktiviti penerokaan tersebut oleh Encik Nazri. Para peserta juga diiringi oleh 13 orang peneroka-peneroka yang diketuai oleh Abang Bujang. Penerokaan memakan masa selama lebih kurang dalam 4 jam bermula jam 12 tengahari sepanjang 24 check point. Menurut  Encik Nazri, para peserta serta fasilitator akan mendapat sijil penyertaan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Selesai aktiviti penerokaan para peserta menunaikan solat zohor dan asar secara Jama’ Takhir berjemaah sebelum menukarkan pakaian kering. Pada jam 5.15 petang kesemua peserta bergerak pulang dengan bas yang sama.  Bacaan Mathurat dilaksanakan semasa dalam bas.  Bas berhenti untuk rehat di RnR Seremban untuk memberi peluang kepada kaaami mengalas perut serta menunaikan solat  maghrib dan isyak secara jamak berjemaah. Rombongan selamat tiba di kem Rimba Tamu pada jam 9.50 malam. Sebelum tidur peserta diwajibkan menghabiskan makanan, iaitu nasi ayam yang telah dmasak untuk makan malam. Lampu dimatikan pada jam 12 malam.


Komen kami: Penerokaan Gua batu maloi memang sangat menyeronokkan. Kami semua sangat teruja. Harap harap dapat pergi lagi walaupun penat, amen 



Comments