Kembara Ilmu ( Day 14 )

Hari keempat belas, Jumaat, 27 Disember 2013

Hari Jumaat yang penuh barakah telah diisi dengan bacaan Surah Al-Kahfi selepas Subuh dan sedikit riadah.  Alhamdulillah, hari ini segalanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.
 Pada waktu pagi, 2 orang peserta MHi telah menyampaikan pengucapan awam dalam segmen Speakers’ Corner. Diikuti dengan slot pertama yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkarnain, salah seorang aktivis IKRAM yang telah pergi ke Syria. Tajuk perbincangan hari ini adalah “Biladdus Syam”. Peserta didedahkan dengan sedikit sebanyak tentang Biladdus Syam berdasarkan hadis dan Al-Quran. Beliau juga menceritakan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di sekitar Bumi Syam yakni Syria,Palestin dan juga Mesir.
Pada sebelah petang, 3 orang peserta menyampaikan pengucapan awam menyambung segmen Speakers’ Corner. Setelah selesai acara Speakers’ Corner, para peserta diberi masa untuk berlatih untuk aktiviti keesokan harinya. Solat Asar. Aktiviti gotong-royong di Kem Rimba Tamu mengikut kumpulan masing-masing dibahagikan ke beberapa tempat.

Pada sebelah malamnya, slot terakhir untuk hari ke-14 iaitu Keindahan Bersamamu disampaikan oleh Ummi Ida. Pengisian untuk slot kali ini adalah berkaitan persahabatan yang bertemakan Inteam. Para peserta diajar betapa pentingnya sebuah ukhuwah dalam kehidupan. Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Kesimpulannya, slot pada hari ini memberi impak yang besar dalam kehidupan setelah menjalani latihan sebagai seorang da’ie di Kem Rimba Tamu. J

YESTERDAY is HISTORY
TOMORROW is MYSTERY
TODAY is PRESENT
THAT’S WHY WE CALL IT A ‘GIFT’. XD
Quote of the day: “You’ll get what you give”
Reporter yang _________, Adik Luqman Mustaqim

                a.  Ikhlas?
                             b.  Termuda
                c.  Unik?

Comments